Conceive

Aku ingin berkongsi pengalaman tentang beberapa kaedah yang aku  dah cuba dalam tempoh setahun menanti kehadiran Najla.

Actually, semua kaedah yang bakal aku listkan nanti semuanya berkesan. Dengan syarat: istiqamah. Nak lakukan apa-apa, kita mestilah istiqamah. Insya-Allah semua akan berhasil dengan izin dan kuasa-Nya.

Tapi sebelum tu aku nak beritahu, aku bukanlah seorang yang istiqamah dalam melakukan semua ni. Jadi, sikap yang tidak baik ni janganlah dicontohi ye.

1. Basal Body Temperature (BBT)

Kaedah pertama yang aku cuba ialah Basal Body Temperature (BBT). BBT ni fungsinya untuk menyukat suhu badan kita pada setiap pagi, pada waktu bangun tidur (waktu yang tetap setiap hari; contohnya pukul 6 pagi pada setiap hari), and untuk melihat pola peningkatan atau peurunan suhu badan dalam menstrual cycle. Dari kitar haid yang pertama, means hari pertama datang haid, suhu badan perlu disukat pada waktu yang dah difixkan. Aku sukat suhu badan aku pada waktu aku bangun pagi, iaitu pukul 6 pagi, setiap hari. 

Termometer yang aku guna ialah termometer digital, tapi harga murah, RM 12 je and aku pun tak pasti precise atau tak. Daripada rujukan aku, kena pakai ovulation thermometer. Puas aku cari di merata farmasi, tapi tak pernah ada rezeki untuk dapat termometer ni.  So, as an alternative, termometer biasa menjadi pilihan terakhir. Kelemahan termometer ni ialah aku perlu tunggu hampir satu minit sampai bunyi ‘bip bip’ untuk bacaan suhu keluar. So pada aku, kalau nak cuba kaedah BBT ni, baik berkorban duit sikit untuk beli termometer digital macam  yang doktor guna kat klinik tu, precise and result keluar dalam masa 3 saat je. Aku beli termometer yang ini pun bila Najla dah lahir. Jenama termometer untuk Najla yang aku beli ni ialah ‘Microlife’.

Berbalik semula pada kaedah BBT ni, once bila dah bangun pagi tu, pergerakan badan cuba dikurangkan seminima mungkin untuk elakkan berlaku sebarang perubahan suhu badan. So better termometer tu diletakkan bersebelahan dengan tempat tidur. 

Untuk catat suhu yang disukat, perlulah gunakan carta BBT. Carta ni boleh dapat kat mana-mana web. Just taip BBT Chart, then akan keluarlah pelbagai jenis carta. Dulu aku print carta ni dari laman web Rahsia Mudah Hamil. Tapi tak silap aku, carta ni gunakan Farenheit bukan Celcius. So, aku buat pengubahsuaian sikit kat carta ni untuk disesuaikan dengan Celcius. 

Perbezaan suhu badan pada waktu subur tak de lah banyak sangat, about 1 degree celcius je. Termometer yang aku pakai ni bacaan dia satu tempat titik perpuluhan, example 37.5 degree celcius. So, carta tu aku buat setiap senggatan dia beza 0.1 degree celcius, starting from 36.0 sampailah 38.0, dalam 20 senggat. Bila buat macam ni nampak sikit perubahan suhu badan kita. Kelebihan buat BBT ni, kita boleh trace bila waktu subur (ovulation day) berlaku. 

Waktu badan berovulasi akan menyebabkan berlakunya peningkatan suhu badan dalam 1 degree celcius. So, bila dilihat pada carta BBT,  jika catatan suhu badan berlaku peningkatan, dikatakan dalam jangka waktu ini, kesuburan sedang berlaku.

Bila kehamilan berlaku, suhu badan yang naik tadi akan maintain, and bila kehamilan tidak berlaku, suhu badan akan turun semula. So masa ni, menstrual cycle berakhir. And bermulalah kitar haid yang pertama semula. 

Nak gunakan kaedah BBT ni mesti sekurang-kurangnya 3 bulan, barulah kita dapat lihat pola waktu kesuburan. Waktu subur bagi seseorang wanita ni tak sama setiap seorang. Tak semestinya pada hari ke-14. Ovulasi boleh bermula seawal hari ke-6 dan selewat hari ke-21. Maklumat yang aku tulis tentang BBT ni hanyalah melalui rujukan meng’google’ing dan pengalaman sendiri. Jadi kesahihan tu bukanlah 100%. 

2. Ovulation Kit

Kaedah BBT tadi aku mula guna start bulan ke-3 kahwin hingga bulan ke-6. Kenapa aku stop guna BBT tu sebab bila suhu dah turun, aku semacam frust sikit sebab dapat agak cik P akan datang lepas tu. Tapi Allah lebih tahu mana yang terbaik. Mungkin Dia nak beri aku peluang guna Ovulation Kit pula sebagai tambahan pengalaman sebelum hamil ni.

Ovulation Kit ni aku beli kat Guardian. Kit ni cara dia lebih kurang sama dengan UPT. Kena guna sample urine juga. Waktu test yang disuggestkan bukanlah waktu pagi kerana hormon LH akan mula dirembeskan sekitar 10 pagi dan ke atas. Sebaiknya gunakan kit ini pada waktu petang. Harga Kit ni around RM15-30. Aku tak berapa ingat. Dalam satu pack ada 5 kit. Kenapa sampai 5 kit? Supaya kita boleh cuba untuk beberapa hari bagi mengetahui waktu ovulasi berlaku. Oleh kerana harga untuk 5 kit ini adalah mahal, disarankan agar pengguna dapat menggunakan secara berhemah pada waktu yang dijangka akan berovulasi. 

Kalau UPT detect HCG, Ovulation Kit detect LH. LH ni akan dirembeskan sewaktu follicle menjadi matang dalam menghasilkan ovum. Ovulation Kit akan tunjuk result positif sama macam UPT, double line. So, sebaiknya bersama suami around 3 days starting from positive result. Perlu diingatkan, tak semestinya hari yang detect positive tu, telur atau kita panggil sebagai ovum dah dilepaskan ke tiub Fallopio. Sebab LH ni akan produced bila ovum mula dihasilkan dalam follicle dan hormon LH akan terus meningkat sehinggalah ovum dilepaskan ke tiub fallopio untuk dipersenyawakan. Selepas ovum dilepaskan, kuantiti hormon LH akan menurun. So better try for 2-3 days sebelum dan selepas ovulasi. Insya-Allah.

3. Abdomen Scanning

After 2 months using Ovulation Kit, aku terus stop. Tapi at least aku dah tahu the days yang aku subur. Lebih kurang starting hari ke-9 hingga hari ke-12. Bila aku try Ovulation Kit ni hari ke-14 and 15, negative result. So, tak semestinya waktu subur tu pada hari ke-14 untuk setiap wanita kan. Lagi pun kitar haid aku sampai hari ke-25 je. Mungkin itu juga yang menyebabkan the 14 is not the ‘day’ for me.

Aku ke Klinik Chia, di Taman Pelangi. Buat pemeriksaan pertama untuk tahu jika aku ada masalah lain. Just check urine dan scan je. Masa tu kebetulan aku kerap kencing. Rupanya ada masalah kencing kotor. Bila scan, rahim aku sihat, cuma retroverted, atau orang kita selalu panggil rahim terbalik. 

Rahim Terbalik? Macam mana bole terbalik. Aku pun terkejut masa tu. Ingat satu masalah besar. Masa tu appointment aku dengan Dr. Rosnah. Then Dr. Rosnah tanya, ‘secretion’ husband keluar semula? Aku jawab ‘Ya’. Thats why ia keluar sebab position rahim tu. Lepas tu Dr. Rosnah beritahu cara yang betul bagi case macam ni. 

Sesiapa yang ada masalah ini, jangan risau. Because about 90% wanita yang mengalami keadaan ini boleh mengandung secara natural! Keajaiban Allah itu tiada siapa yang tahu. Cepat atau lambat sahaja yang menjadi perbezaannya kerana Allah lebih tahu waktu terbaik untuk Dia berikan amanah itu.

4. Positive!

6 Disember 2010 –>Surprise!!! Aku missed period. Tapi satu hari jela. Then excited check UPT. Positive!!! Tapi masa tu second line tu blur sikit. Aku cuba tanya kawan-kawan yang ada pengalaman. Ramai pelik sebab macam terlalu awal boleh detect. Aku tanya kakak aku, then kakak aku cakap dia pun macam aku, jenis boleh detect awal. Kalau ikutkan cycle days aku yang 25 hari je, means aku test masa tu hari ke-26. Masa aku buat UPT tu dah petang,  bukan waktu pagi. So, may be urine cair. Aku tunggu satu hari lagi. Masa tu memang rasa bersyukur sangat-sangat. Finally hampir setahun and setiap bulan buat UPT, ni lah first time dapat result positive. Syukur Alhamdulillah. Aku and suami berbunga-bunga je.

Esok aku buat UPT lagi, tapi aku still tak buat waktu pagi. Dalam tengah hari kot. Still positive tapi second line tu makin kabur.

Hari berikutnya, aku mula sakit perut. Sakit sangat-sangat. Memulas-mulas. Aku berguling-guling. Sakit tu betul-betul kat bahagian ari-ari. Dekat 4 jam rasanya aku sakit. 

Tiba-tiba, keluar darah. Ya Allah! Tapi darah yang keluar tak sama dengan darah period sebelum ni. Darah yang keluar tu panas dan tak berbau serta cair. Aku masih lagi sakit perut. Puas urut, letak minyak, tapi sakit masih berlarutan. 

Sampailah satu tahap yang teramat sakit tu, aku berlari ke bilir air, and ‘splash!!!’, keluar satu ketulan darah sebesar separuh telapak tangan. Aku tak tahu apa tu. Tapi yang aku tahu lepas keluar ketulan darah tu, sakit aku tadi terus hilang. 

Aku terus jumpa doktor, and doktor kata ada dua kemungkinan. Pertama, aku tidak mengandung. Apa yang aku alami itu adalah chemical pregnancy. Atas beberapa faktor kromosom yang tidak sempurna, menyebabkan kehamilan itu tidak boleh berlaku. Sebab itu pada awalnya UPT itu menunjukkan result positive kerana persenyawaan mungkin telah berlaku tetapi ia tidak sempurna. Dan akhirnya, dengan kehendak Allah, ia luruh semula. Kemungkinan kedua, mungkin aku telah hamil and telah mengalami keguguran.Aku pasrah walaupun sedikit kecewa mulanya.

Namun aku tetap bersyukur dengan kegembiraan sementara itu. Dua UPT yang menunjukkan result positive itu betul-betul menggembirakan hati aku. Syukur Alhamdulillah atas kegembiraan ini. Hanya Kau Maha Mengetahui.

5. Perubahan cairan serviks.

Lepas kejadian itu, aku teruskan check up di Klinik Chia. Kali ni aku jumpa Dr. Lim. Dr. Lim ni tegas sikit tapi dia jujur dan telus. Cakap terang and senang faham. Aku cuba luahkan tentang kerisauan aku mengenai kehamilan ‘sementara’ tu. Dr. Lim kata macam ni, “U tak sakit, tapi otak u yang sakit”. Tu dia ayat Dr. Lim yang ‘sangat terus terang’ aku kira. Aku tanya lagi, bila tempoh sesuai untuk aku nak pregnant lagi, kena tunggu lepas 6 bulan ke? Pastu Dr. Lim cakap, “Bila-bila je u mahu, u boleh.  U sihat, tak payah tunggu 6 bulan. U tengok kalau u ada keluar itu macam putih telur, masa tu waktu u subur, sebab serviks u terbuka waktu tu”, aku dengar sambil berfikir dan angguk-angguk je. Takut pulak  aku nak tanya lebih-lebih. Takut kena ‘smash’ lagi.

Lepas tu aku berazam untuk tak nak stress semata-mata untuk dapat anak. Dari pembacaan aku yang pelbagai, dalam keadaan tertekan untuk mendapatkan zuriat, kehamilan sukar untuk berlaku. Kerana otak kita yang mengawal segala hormon dalam badan. Tekanan boleh menyebabkan segala ‘proses kehamilan’ itu sedikit terganggu.

And aku follow cadangan Dr. Lim tu tentang cairan serviks macam putih telur tu. Masa tu aku just relax, enjoy it, and aku juga percaya jika bukan sekarang, masih banyak lagi masa untuk aku mencuba. Pertama kali rasanya aku betul- betul tenang dan tak stress lagi fikir tentang itu. Ya, pertama kali sejak setahun berkahwin. Aku betul-betul tenang.

27 Januari 2011 – aku terjaga dari mimpi. Masa tu pukul 4 pagi. Aku mimpi aku buat UPT, positive. Kalau dikira, memang aku dah missed period. Hari tu hari ke-26 cycle days. Kebetulan aku memang ada standby satu UPT kat rumah. Aku cuba. Bismillah. Dalam beberapa saat, double line! And kali ni, dua-dua line tu clear sangat. Ya Allah! Syukur Alhamdulillah. And aku yakin kali ini aku betul-betul dah pregnant. 

Aku tak terus jumps doktor O&G sebab masih terlalu awal and  confirm aku akan diminta datang semula lagi seminggu. Seminggu kemudian, aku check klinik biasa. Doktor buat UPT, and alhamdulillah still double line. Masa tu about 4 weeks 3 days. Dah masuk 6 weeks baru aku jumpa O&G and scan, alhamdulillah nampak mujahid kecil itu and heartbeat pun dah ada. Tiada kata indah yang terucap. Hanya syukur pada Yang Maha Esa. Penantian selama setahun berhasil kini. Bayi yang kami nanti akhirnya menginap tenang dalam rahimku. Syukur alhamdulillah. Itulah ucapan dari aku dan Edy yang tak pernah putus keluar. Berita gembira itu aku khabrkan kepada semua ahli keluarga. Mereka menyambutnya dengan rasa syukur dan gembira.

Selain kaedah-kaedah di atas, kita sebagai hamba-Nya yang senantiasa diuji perlulah tiada putus asa meminta-minta kepada-Nya. Allah s.w.t suka pada hamba-Nya yang sentiasa meminta, tawakal dan redha. Insya-Allah, sampai masa yang terbaik, Allah akan tunaikan juga permintaan seseorang hamba itu 🙂

Ok, tamat cerita bagaimana aku akhirnya berjaya conceive. Syukur pada Allah, dengan berkat kesabaran kami suami isteri, akhirnya Dia menyemai Najla dalam rahim aku.

ALHAMDULILLAH!

This Post Has 56 Comments

  1. nad

    Nadia nk tnye..kalu rahim trbalik tu ade carakn bila nk "brsama"..blh kongsi x? ?tq

  2. Feed by Ummi Najla

    Insya-Allah boleh.

    Tukar posisi dari arah belakang. Pastikan awak separa bersujud. Itu sahaja cara terbaik untuk retroverted uterus selain operation. Lepas penetration, jangan terus baring. Tunggulah dalam beberapa minit. InsyaAllah dengan izin-Nya. Kalau kurang jelas, boleh email saya di nadia_rotu@yahoo.com sebab saya malu nak cerita detail di sini.

    Tq atas kesudian membaca nad. Nama kita sama 🙂

  3. unahamzah

    salam..
    boleh x nak tanya pasal Ovulation kit 2.?saya baru2 ni ada jugak guna.tapi x byk la just 4 kali je.tp semua result line nye x clear.period saya x teratur la so xtau la hari yang buat test 2 betul atau x.
    thank u for sharing ur experience.

  4. ieza ashaari

    saya ada email kepada tuan blog. sy menanti jawapan yer. terima kasih atas perkongsian berguna ini.. 🙂

  5. Anonymous

    salam tuan punyer blog,

    boleh x story details pasal rahim terbalik tu..
    nak cara2 nak bersama 🙂

    sebab sy pun sama gak setiap kali bersama "air putih" tu cepat jer keluar 🙁

    skrg tgh nak try for second baby 🙂

  6. PiSCes Za

    salam, singgah sini nak baca tntg kaedah BBT. wah tahniah dah hamil. nak tanya la, ummi punye suhu waktu hamil, maintain tinggi ke or pernah suhunya rendah tp tetap hamil?

  7. Feed by Ummi Najla

    Suhu sewaktu hamil tetap lebih tinggi daripada sebelum ovulation.. Mungkin ada orang yg suhu dia drop tapi tetap hamil. Miss za dah ada tanda2 kehamilan itu ke walaupun suhu rendah?

  8. Unknown

    As'salam?
    Alhamdulillah..tahniah ummi..
    Berminat ttg "'secretion' husband keluar semula" coz mengalami masalah yg sama. Boleh share info tak dgn saya..
    Email rz_8283@hotmail.com
    Dh nak masuk 4 tahun kahwin still lom ada rezeki.. 🙁

  9. Anonymous

    assalam akk..
    boleh share tak cara bersama kalau secretion' husband keluar semula?

    aniszshahira@gmail.com
    TQ

  10. bidadari

    Salam sis bole kah awak share tanda2 kehamilan awak

  11. ida

    Hi..sy ade menjual opk n pregnancy test dgn harga murah rm1.50/strip shj.berminat bleh call 019 3428340 ida. Sy pn retrovert case..

  12. Anonymous

    salam sis.. bole email pasal secretion.. tq.. 🙂 amiza_81@yahoo.com

  13. Anonymous

    Salam sis…sy da setaun lbh keguguran anak ke2 n lum ada tanda2 hamil…org kata bila guguq cepat je lekat..sy mmg hampir putus asa n sllu tension..

  14. Anonymous

    salam sis.. sy still ttc da 2thn kawin.. thn ni la bru usaha betul2 utk concieve.. actually dlm 2thn kawin ni sy ade 3 / 4 miss period then sakit perut yg teramat sgt tiba tiba keluar darah cair n seketul darah mcm sis.. tiap kali miss period msti mcm tu.. doc kata mybe prgnant tp xjd.. so skg sy tgh on bbt chart.. hopefully tahun ni juga ad rezeki utk sy…

  15. Nad

    Seronoknya baca kisah awak…

  16. Feed by Ummi Najla

    Kepada semua readers yg mahukan tips berkenaan, sila email saya di nurunnadiamasrom@gmail.com

    Sbb adakalanya saya tak perasan comment saudari di entry ini.. jadi boleh tetus direct email saya dan in shaa Allah saya akan reply email scpt mungkin ya 🙂

  17. Unknown

    Bole email saya petua utk rahim terbalik tu tak?

  18. Unknown

    This comment has been removed by the author.

  19. lisa

    This comment has been removed by the author.

  20. Unknown

    This comment has been removed by the author.

  21. Unknown

    This comment has been removed by the author.

  22. MIYAHNASIR

    salam sis, boleh emelkan pada saya juga hehe. terima kasih

  23. Anonymous

    hi sis..emailkn kt sy waldsuzideall@yahoo.com psal rahim terbalik dgn cara bersama sbb sy pun ada mslh mcm tu..

  24. Unknown

    As'salam/sejahtera..bleh share info x..btul ke klu nk buat UPT kna ambil air kecil pertama slps bgun tidur??n then btul ke klu nk buat second UPT kna tgu gap at least 4 jam??klu kurang drpd 4 jam,apa kesannye??

  25. Unknown

    This comment has been removed by the author.

  26. Unknown

    This comment has been removed by the author.

  27. Unknown

    salam..hi,,boleh tolong email pada sy jgak ? tq

  28. Quyupu

    salam sis nak tanya…cycle tu nk kira dr kita start period ke lpas kita dah bersih…..

  29. Quyupu

    salam sis nak tanya…cycle tu nk kira dr kita start period ke lpas kita dah bersih…..

Comments are closed.