Kunang-kunang menangis

Semalam is not my day, kot. Tapi syukur alhamdulillah aku selamat and tak ada apa berlaku.

Apa yang berlaku?

After habis exam petang semalam, aku ke pharmacy cari susu since lately ni aku constipated yang agak teruk. Aku beli Nutren Fibre. Cuma yang aku kesalkan, susu ni produk Nestle which aku sememangnya cuba banned semua produk Israel, but I haven’t choice since tak ada susu jenama lain yang boleh treat masalah aku ni.

Balik pharmacy, aku dengan senang hati beli pisang goreng, cendawan goreng, abc jagung, abc keladi, nasi ayam (tamaknya!), lepas tu terus ke rumah kakak aku. Memandangkan Edy tak ada, memang nilah rutin aku melepak-lepak sambil bermain dengan anak-anak sedara aku yang gemuk-gemuk tu. Sambil-sambil tu, melantak sekali :).

Then, dalam pukul 6 petang, aku pun bergerak balik. Dalam hati terdetik nak solat dulu rumah kakak aku tapi hati yang terikut kata syaitonirojim ni berdegil nak solat umah je. So, on the way balik tu, tak tahulah aku terover confident drive ke atau ni balasan aku tak solat dulu tadi. Masa dekat roundabout, aku dari side kiri suddenly rush ke kanan sebab nak u turn, then sebuah kereta wellfire (ke alphard ke aku pun tak perasan sebab aku ni tak kenal kereta) yang memang kat side kanan dan nak terus, terout of speed terus menghentam aku. Bangggg! Macam tulah lebih kurang bunyinye. Aku cuma jerit “Ya Allahhhhhhh!” sambil terus u turn. Aku cuba nak berhenti, tapi bila tengok kereta tu terus jalan, aku pun balik umah terus. Tak nak fikir dah! Lagi pun memang salah aku.

Sampai umah, tengok kereta ada scratch putih besar and lampu belakang cam terkeluar sikit. Mujurlah tak teruk dengan bunyi yang kuat tadi. Aku terus ambil wudhuk dan solat. Insaf. Tak ada apa nak dikesalkan tapi aku dapat good lesson lah hari tu. Solat dulu lain kali!

Sorrylah kalau korang cuba cari cerita pasal kunang-kunang dalam entry aku ni. Apa kaitan ek? Aku bayangkan aku ni kunang-kunang yang beri cahaya (kegembiraan) lepas tu accident and menangis (tapi aku tak menangis pun). Aku berangan aku ni kunang-kunang sebab last few days aku dapat tengok kunang-kunang (firefly ek?) kat kota tinggi. Nanti aku update eh dalam kunang-kunang menangis part 2. Haha!

Ok, wassalam.

Sent from my iPhone

This Post Has 9 Comments

  1. ShaSa RosSa

    Nasib baik la selamat, and tak cedera apa2x..bahayenyer…ermm..sha pun kalau sempat solat,akan solat dulu..takot jadi ape2x mase otw balik..yelahh..kita tak tahu kann..sha pun sekrang tengah nak banned produk israel..

  2. Feed by Ummi Najla

    Tula sha. Memang peringatan dari Allah, kan. Selalunya memang solat dulu tapi semalam hati rapuh agaknya. Agaknya kafarah juga sebab beli produk nestle (Ya Allah, ampunkan aku…). Jom kita banned produk israel.. Terbayang kanak-kanak kat sana :"(

  3. zuliana abd rahman

    Alhamdulillah..nasib baik kereta jer yang bercalar.Kalau tuannya yang bercalar, uwaaa….nanges edy (kehkehkeh…)

    Nanti tunjuk pic kunang2 tu ye.Excited nak tengok nie

  4. ShaSa RosSa

    aah..setiap kali nak beli tu..selalu ingatkan diri kat kanak2x kat sana..terbayang muka dorang..n terbayang israel tu camne..terus xjadi beli..dah xnak bantu ekonomi dorang..baik tolong sesama islam..kan..

  5. Feed by Ummi Najla

    Yes, kita cuba cari alternatif selagi boleh. Kadang2 terpancit juga saya bila tak de pilihan. Tapi sekurang-kurangnya kita cuba 🙂

  6. Feed by Ummi Najla

    Syukurlah nad x apa2. Alhamdulillah. Memang cuai Nad semalam. Tak apalah. Part of lesson, hati2 di jalanraya. Hihi.

    K.yana, tak boleh nak capture gambar kunang tu sebab keciiiiiiiiiiik sangat. Hihi

  7. ShaSa RosSa

    btl2x..sekurangnya kita mencuba dari takde tindakan langsung kan..

  8. Unknown

    Salam pekenalan. Leen baru dapat membaca kesah kesah ibu yg kehilangan anak kecil. Aduhai pelbagai dugaan Allah nak duga kita kan. Nway Congrats buat ibu Najla bakal dapat anak kembar ye. Seronoknye. Take care ok. Bpe bulan dah?

  9. Feed by Ummi Najla

    Slm pkenalan leen. Tq for reading. I preggy kembar? If itu satu doa, amin amin ya rabbal a'lamin. I still hard in TTC leen. Doakan I ye… 🙂

Comments are closed.