Assalammualaikum Najla.
Ibu tahu Najla tidak bisa membaca.
Ibu tahu Najla sudah berbahagia di ‘sana’.
Dan warkah ini ibu tulis sempena ulang tahun kelahiranmu sayang.
Dalam tidak sedar, sudah 4 tahun Najla meninggalkan ibu.
Ibu sedar ibu dalam kerinduan.
Kadang terbit rasa kesal, kerana ibu seolah-olah gagal menjagamu sayang.
Kesal yang tiada penyudah.
Air mata puas bertakung dan tumpah.
Hati ibu rasa sempit dan sesak.
Rindu ibu tiada penyudah…
Najla Batrisya…
Nama yang begitu indah. Semalaman sahaja ibu memilih nama itu.
Berdasarkan maknanya yang tersirat, ibu amat berharap Najla akan sihat membesar membentuk akhlak seindah nama yang diberi. Menemani ibu sehingga ibu mati.
Dan hati ibu direnggut saat Allah mengambilmu sayang. Ibu tak keruan bila melihatmu tiada di sisi ibu lagi. Ibu tak kenal apa itu sabar dan redha. Ibu menatap gambarmu berkali-kali. Hingga ibu lali dengan mata yang bengkak setiap hari.
Ibu kesal kerana dulu, ibu jahil tentang persediaan sebagai seorang ibu.
Ibu sedih kerana dulu, ibu jahil tentang penyusuan susu ibu.
Ibu terkilan kerana akhirnya ibu merasakan ibu gagal menjadi seorang ibu.
Mujur, ayah setia di sisi. Mengingatkan ibu tentang tulisan takdir. ‘Kalau’ itu tidak mengubah takdir, dan hanyalah perkataan yang dibisikkan syaitan.
Ibu cuba meniti hari. Hari-hari tanpamu di sisi. Hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun… Tah bila, ibu mula faham erti redha. Redha yang mengajar ibu tentang sabar. Sabar yang membawa ibu pada tawakal.
Saat ibu redha, ibu berjanji pada diri ibu sendiri. Andai ibu diberi pengganti, ibu akan menebus diri.
Ibu cuba bangkit. Bangkit dalam keperitan. Bangkit dalam segala kepayahan.
Ibu berjanji untuk mengatasi segala ujian yang diberi dan menyerah diri. Menyerah diri pada yang Esa. Hingga akhirnya, ibu akan dapat menebus diri. Menebus kembali apa yang dahulu tidak mampu ibu beri. Hingga akhirnya ibu menerima pengganti.
Najla Batrisya,
Ketahuilah. Walaupun ibu dan ayah sudah punya pengganti, ibu tidak pernah lupa diri. Ibu sudah berjanji. Untuk terus memberi. Memberi yang terbaik untuk adikmu ini. Sebagai tanda kasih juga pada Najla yang dirindui. Hingga nyawa ibu sendiri sanggup menjadi galang ganti.
Selamat ulang tahun yang ke-4 sayang.
Syurga tempat kita nanti.
Ibu sayang Najla dan adik-adik, dunia akhirat.
Salam kasih,
Dari ibumu.
Dari ibumu.
tahniah ummi…alhamdulilah rezeki yang dinanti2… 🙂
take care ok..mudah2an semuanya selamat…;)
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini http://www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂
Tq sis mag. Tq so much