USS? Oh yeah!

 
Assalammualaikum w.b.t
 
 
Entry ni diupdate pada 3 June 2013, but saya back-dated jadi 2 June. 3 June ada cerita lain. Jeng jeng jeng… So untuk tidak menghuru-harakan blog saya, saya split kan kedua-dua entry, sonang kojo den.
 
 
31st May 2013, saya dan sebahagian keluarga (sebahagian sebab all my family members consist of 30 person), lebih kurang 15 orang campur 3 orang ex-student kakak saya telah ‘memenatkan kedua-dua belah kaki’  di Universal Studio Singapore. Actually, this was my second time pergi USS. Mula-mula tu saya tak plan nak pergi sebab fikirkan saya belum study apa pun untuk first paper exam saya, Research Method 8 June ni. Tapi, sebab family gathering kan, saya tak nak lepaskan peluang itu! Moga Allah mudahkan saya untuk study nanti. Amin.
 
 
So, saya cerita sikit. Kami pergi USS guna agent travel yang sama dengan yang saya pernah pergi dulu masa tahun 2011; Rajawali Travel. Cuma, this year, travel ni dah upgrade sikit diorang punya services. Kalau dulu, saya bayar RM192 just untuk bas pergi balik dan tiket masuk ke USS sahaja. This year, kami bayar RM190, bayaran untuk bas pergi balik, tiket masuk, dapat voucher 5 dollar untuk redeem souvenir atau apa-apa sahaja di semua outlet dalam USS, dapat voucher snack and lunch set di salah sebuah restoran di Madagascar which is saya rasa sangat-sangat berbaloi terutama lunch set tu yang saya anggarkan dalam 15 dollar untuk seorang. So, we all dah jimat duit sangat-sangat bila dapat lunch free.
 
 
2011 : I was pregnant Najla. Miss this moment much!
 
Saya agak tak terurus sangat sebab saya sibuk jadi ‘pengurus’ hari tu. Saya plan sehabis baik untuk masuk ke setiap satu tempat seawal boleh supaya family saya tak perlu beratur panjang dan tak terlalu penat. Ni semua saya belajar dari mistake masa first timer dulu. Sebab, walaupun diberi masa lebih kurang 10 jam, tapi sebenarnya 10 jam tu agak singkat kalau nak main semua and tak pandai plan masa. Saya rasa, saya dah berjaya untuk part ini. Alhamdulillah, pengalaman lalu telah menjadi guru yang baik!
Ok, jom layan gambar.
 
 
Globe ni sebelum masuk dalam USS
 
I was planning and discussing with anak-anak saudara tentang tempat yang patut
kami pergi dulu.
 
Ni ruang masuk utama USS lepas bahagian scan ticket. (Hollywood)
 
Boleh ambil gambar free je dengan topi-topi ni. (Hollywood)
 

Lepas keluar dari transformer. (Sci-City)
 
Cylon (Battlestar Galactica). Saya yang capture gambar ni. Anak-anak sedara dalam tu 🙂
 
Depan Revenge of The Mummy (Ancient Egypt)
 
Hero Utama Mummy Return (Ancient Egypt)
 
Again (Ancient Egypt)
 
Watak utama Shrek (Far Far Away)
 
My SIL and brother (Far Far Away)
 
Live ‘water show’ yang melibatkan death-defying stunts (WaterWorld)
 
Dengan pelakon-pelakon utama (WaterWorld)
 
Pintu masuk utama tempat lakonan tadi (WaterWorld)
 
Sesame Street (New York)
 
Persembahan yang sangat comel! “I like to move it move it” (Madagascar)

Important Tips

1. Pada sesiapa yang nak ke USS, saya nak bagi tips sikit. First, lepas masuk je USS, sila dapatkan map USS. Biasanya ada dekat depan pintu masuk. Map ni sangat penting untuk mark and plan tempat-tempat yang dah or nak pergi.

See. Lunyai saya kerjakan.
 

2. And, kalau boleh (untuk menjimatkan masa dan tidak terlalu lama menunggu), lepas sampai, kurangkan ambil gambar terlalu lama. Sebab dulu, saya ambil gambar terlalu lama. Sudahnya, saya tak sempat main semua and terlampau penat berjalan. Kalau nak ambil gambar boleh, tapi sebaiknya bergerak sambil bergambar dan tak terlalu fokus pada satu tempat sahaja. Lepas tu, bergerak ke kanan ke arah New York dan masuk dulu Lights, Camera, Action! Then, pergi ke arah Sci-Fi City dan masuk ke Transformer. Lepas Transformer, pergi ke The Lost World dulu. Dekat The Lost World, memang confirm basah. So, nak jimatkan duit dari beli rain coat USD 3 tu, bawalah rain coat sendiri. We all dah standby siap-siap dengan raincoat RM2. Lepas The Lost World, tengok jam. Kalau dah nak 12.30 pm, pergi tengok show di WaterWorld untuk lihat aksi-aksi stunt secara live. Show ni cuma ada pada pukul 12.30 pm, 3.00 pm dan 5.00 pm.  Lepas berpanas-panas, pergi ke Ancient Egypt pulak dan bersedialah untuk Revenge of The Mummy. Untuk masuk ke sini, tak boleh bawa beg. Siap-siaplah simpan beg di locker dengan harga USD4 untuk satu jam. Kenapa saya suruh pergi tempat-tempat ni dulu, sebab tempat-tempat nilah biasanya paling ramai orang beratur. Kalau pergi awal, tak perlu tunggu lama.

3. Lepas tu, bolehlah pergi ke Far Far Away tonton Shrek 4D, Madagascar pun ada live show juga, then bolehlah suka hati nak bergerak ke mana. Nak naik roller coaster banyak kali pun boleh. Masa ni, ambil gambar sebanyak mana yang korang suka pun boleh.

4. Tempat solat boleh cari di Sci-Fi City, dekat bangunan yang ada transformer.

5. Paling penting, pakailah pakaian yang paling selesa sebab cuaca Singapore sama je macam Malaysia, panas. Pilihlah kasut yang lasak dan tak mudah putus (dua orang dari goup kami putus selipar), dan kalau boleh bawaklah beg galas.

6. Nak bawa bekal makanan pun boleh, tiada siapa yang rampas. We all cuma makan makanan yang kitorang bawa dan lunch set free tu je. Jimat banyak tau.

7. Bawak payung yang boleh lipat sebab hari tu we all tak sangka hujan. And, we all kehujanan 🙂

8. And paling penting, standby satu botol mineral untuk kegunaan di toilet because we all muslim kenalah cuci, tak boleh lap-lap je. Don’t expect dalam toilet kat USS ada getal atau pili ok 🙂

Ok, itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Doakan saya berjaya dalam study saya. Gemuruh jiwaku!

This Post Has 4 Comments

  1. mimiEhalim

    wahhh.. bestnya! saya teringin nak ke sana.. nta bila laa.. heheh..

Comments are closed.