Trauma

 
Assalammualaikum w.b.t
 
 
Just a simple entry. Nanti bila aku dah free, aku karang panjang-panjang sikit ye.
 
Tadi tengok rancangan Selami Jiwa kat Astro Oasis (sambil-sambil tanda buku). Isunya tentang trauma. Artis jemputan, Mawi dan Ustaz Haris yang pernah jadi mangsa rompakan. Ok, aku bukan nak cerita pasal isu rompakan sekarang. Just nak ambil kata-kata Dr Fadzilah Kamsah yang betul-betul aku pernah buat dan alami.
 
Bila kita menghadapi trauma, ada 4 cara kita boleh buat untuk atasi rasa trauma itu. Aku ingat 3 je, yang kedua macam tak berapa sure betul tak. Antaranya:
 
1. Dekatkan diri pada Allah.
 
Of course. Hanya dengan cara ini satu-satunya kita dapat kekuatan sebab kekuatan itu datangnya dari Allah dan hanya Allah yang berkuasa untuk beri kita kekuatan bagi  menghadapi rasa takut dalam diri.
 
2. Rawatan Islam
 
Amalkan rawatan secara Islam untuk melindungi diri dan keluarga. Jadilah ahli ayatul kursi iaitu orang yang istiqamah mengamalkan ayat kursi terutama sewaktu masuk ke dalam rumah, sebelum tidur, selepas bangun tidur, sewaktu hendak keluar rumah dan dalam waktu-waktu yang lain juga.
 
3. Support group
 
Dapatkan orang-orang yang boleh menyokong kita untuk hadapi rasa trauma itu. Mungkin lebih baik jika kita dapat berkongsi dengan seseorang yang pernah alami situasi yang hampir sama untuk kita dapatkan sokongan moral.
 
4. Hijrah
 
Berhijrahlah sama ada berhijrah tempat tinggal atau tempat kerja ke suatu tempat yang baharu di mana mungkin boleh menjauhkan kita dengan rasa trauma itu. Hijrah akan membuka pintu-pintu rezeki yang lain. Insya-Allah dengan hijrah, rezeki kita dan keluarga akan bertambah baik.
 
Kesimpulannya, aku pun pernah alami trauma teruk iaitu trauma kehilangan Najla. Kenapa aku kata trauma? Sebab waktu tu, berbulan-bulan lamanya aku tak boleh tengok gambar Najla, tak boleh nampak hospital tempat Najla dilahirkan, tak boleh nak pergi sekolah, tak boleh nak lalu semula tempat-tempat yang pernah jadi kenangan aku mengandungkan Najla dan paling teruk, tak boleh tinggal lama di rumah sewa yang pernah aku tinggal bersama arwah Najla dulu. Sampaikan dengar bunyi kipas pun aku rasa trauma terkenangkan bunyinya yang seiras-iras bunyi mesin ventilator.
 
Dalam tak sedar, keempat-empat cara yang Dr Fadzilah Kamsah sebutkan itu aku dah pernah buat. Aku tak pasti dan tak ingat macam mana ia bermula. Cuma, semua yang aku lakukan tu tak lain dan tak bukan hanyalah untuk mengatasi rasa trauma yang aku alami. Percaya atau tak, seminggu lalu (lebih kurang setahun lebih lepas pemergian Najla), aku baru ada kekuatan nak punggah semula barang-barang Najla yang aku sumbat semua dalam satu beg besar. Aku lipat satu persatu dan kemaskan dalam almari. Ada yang aku beri pada anak kawan Edy. Ada yang aku buat hadiah. Hadiah-hadiah baju Najla yang aku dapat dulu pun baru je aku buka bungkusannya. Perasaan aku? Alhamdulillah, dah tak ada apa-apa. Aku senyum je masa kemas semua barang Najla tu :).
 
Ok, aku nak sambung menanda buku. Tahun yang penuh azam dan kerajinan. Doakan aku kawan-kawan agar aku terus istiqamah. Amin.

This Post Has 9 Comments

  1. Anonymous

    Alhamdulilah mudah2an semua dilindungi

  2. Unknown

    mama rasa semua ibu2 diluar sana yg senasib ngan kita sedikit sebanyak pasti ada perasaan trauma..mcm mama sndri..smpai skrg masih merasa trauma nak pregnant blik,tkut sgt kejadian yg sma berulang kmbali..tpi bila difikir2kan blik…ajal dan maut tu kan ditngan Allah…dan yg trjadi psti ada hikmahnya….moga Allah sntiasa mmberi kkuatan pada kita semua ye…..

  3. Feed by Ummi Najla

    Betul mama. Semua ni ketentuan Allah. Saya tak sabar-sabar nak pregnant semula. Bab tu saya tak trauma sangat, dulu masa awal2 kejadian, rasa trauma juga takut berulang, but selepas setahun lebih, perasaan teruja untuk hamil semula datang membuak-buak :).Mudah2an rezeki anak itu akan hadir buat kami…

  4. ieza ashaari

    dear.. seriously, ieza xbaca entry lain selain dr entry yg temukan kita kt email.. nadia sangat kuat.. 🙂

  5. Feed by Ummi Najla

    Its ok ieza… Ieza dah baca pun kira dah ok sangat. I really appreciate it. Update tau ttg berita gembira itu 🙂

  6. Unknown

    slm..sy alamivyg sama..sy pn trauma..tp luar sy xtnjuk..sy rasa sy xblh duduk d tmpt keje sama..rumah sama..jln.nk g clinic pn sy xblh nmpk..blh share ng sy..saleha 0196696925

Comments are closed.