Tips Penyusuan Awal Selepas Kelahiran


Bila tengok gambar-gambar ni, teringat kenangan penyusuan awal Kak Nad dengan Khadijah.☺️

Masa tu, Kak Nad KENTAL sangat nak jayakan penyusuan awal untuk baby kedua Kak Nad. Kak Nad rasa kuat dan bersemangat sebab nak tebus balik kegagalan masa anak pertama.

Semua nurse dan doktor yang masuk labour room Kak Nad tanya, “Lepas bersalin nanti saya nak terus susukan anak saya boleh?”. Mereka tersenyum dan tentulah mereka jawab “BOLEH” if baby dan ibu tak ada masalah. 

So Kak Nad share beberapa tips untuk jayakan penyusuan awal selepas kelahiran. Harap mommies yang baru nak cuba untuk kali pertama dapat sedikit gambaran.?

1. Makan dulu 

Pastikan sebelum masuk ke labour room mommies dah makan. Kalau belum makan, bagi tahu nurse yang mommies nak makan dulu. Dan nurse akan bagi masa untuk mommies makan supaya mommies ada tenaga nanti.

2. Kena positif sewaktu hadapi sakit contraction

Sakit contraction memang tak terungkap. Tapi mommies kena cuba kuat hadapi saat ni. Bacalah zikir “Laillahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin” sewaktu sakit contraction datang. 

Caranya waktu sakit datang, tarik nafas dalam-dalam, baca zikir dan hembus nafas perlahan-lahan. 

Kalau suami dapat temankan lebih baik. Pegang tangan suami sekuat hati waktu sakit tu datang. Bila rasa haus, minum air yang disediakan.

Bila mommies baca zikir dan boleh kawal pernafasan dengan baik, in shaa Allah mommies akan ada tenaga nanti lepas bersalin.

3. Maklumkan kepada nurse dan doktor 

Sekiranya bayi perlu ditahan di NICU, minta izin nurse dan doktor untuk mommies susukan bayi selepas kelahiran. If bayi tak ada masalah pernafasan dan lain-lain, mereka akan benarkan mommies menyusu sebelum bayi dibawa ke NICU.

4. Terus menyusukan bayi selepas kelahiran

Selepas jahitan episiotomy (sekiranya ada), mommies perlu kuat untuk terus susukan bayi. Abaikan rasa penat meneran tadi. 

Lihat cue feeding dari bayi. Bila bayi mula menghisap jari atau seperti menghidu sesuatu, bayi sudah bersedia untuk disusukan.

Minta bantuan nurse supaya mommies dapat menyusukan bayi dalam posisi yang selesa dan dengan lekapan yang betul. Susukan sahaja bayi selama mana bayi ingin menyusu. 

Kak Nad menyusu selama 30 minit sehinggalah baby Kak Nad lepaskan sendiri. Selepas tu baru Kak Nad salin pakaian lain sebelum dibawa keluar dari labour room.

5. Pilih hospital Rakan Bayi

Carilah hospital Rakan Bayi yang mesra penyusuan susu ibu. Sekiranya mommies akan bersalin di hospital swasta, pilihlah hospital rakan bayi juga. Boleh check senarai di sini:

http://nutrition.moh.gov.my/…/Senarai-Hospital-Rakan-Bayi-S…

Sekiranya hospital yang mommies pilih tiada dalam senarai, boleh hubungi pihak hospital terlebih dahulu untuk pengesahan. Biasanya di hospital rakan bayi akan ada kaunselor laktasi yang boleh membantu.

Untuk hospital kerajaan tak ada masalah kerana ibu dan baby memang room in (jika baby @ ibu tak ada masalah).

Cuma di hospital swasta memang disediakan khidmat nursery (termasuk dalam pakej bayaran) di mana baby akan diasingkan dari ibu untuk beri peluang ibu berehat selepas kelahiran.

Jadi, mommies yang bersalin di hospital swasta boleh maklumkan kepada jururawat bertugas untuk bawakan baby kepada mommies bila mommies ingin menyusukan bagi.

Atau mommies boleh sediakan awal-awal Birth Plan dan maklumkan kepada gynae yang mommies ingin menyusukan baby hanya dengan susu ibu selepas bersalin nanti. Pihak hospital akan maklum dengan lebih awal tentang permintaan mommies.


Itu sahaja tips dari Kak Nad. Kalau mommies ada tips lain, boleh share sekali. Terutama mommies yang bersalin secara c-zer, macam mana mommies jayakan penyusuan awal mommies? Boleh mommies lain apply juga kalau mommies sudi share.?

Semoga perkongsian ringkas ni bermanfaat. 


Salam penyusuan susu ibu dari,
Nad Masrom
Your Breastfeeding Peer Counselor