You are currently viewing Tips Membawa Frozen EBM Semasa Travel

Tips Membawa Frozen EBM Semasa Travel

TIPS BAWA FROZEN EBM TRAVEL

Hopefully nota ringkas ni dapat membantu mommies yang bertanya.

Peralatan yang diperlukan:

  • 1. Bekas polistrin yang besar (kalau ada bekas coleman lebih baik)
  • 2. Air batu
  • 3. Garam
  • 4. Surat khabar
  • 5. Cellotape

Cara-cara:

1. Untuk mommies yang gunakan polistrin, alas bahagian bawah dengan surat khabar (untuk serap air batu yang cair).

2. Letak air batu dan taburkan garam juga (supaya air batu lambat cair).

3. Letak frozen EBM

4. Letak lagi air batu dan garam.

5. Langkah 2-4 diulang semula dengan lapiskan setiap frozen EBM dengan air batu dan garam (macam kek lapis tu).

6. Lepas dah letak semua frozen EBM berlapis-lapis dengan air batu dan garam, sebelum tutup bekas polistrin/coleman, letak lagi air batu di bahagian atas dan taburkan garam.

7. Tutup bekas polistrin dengan rapat dan seal kan dengan cellotape (rujuk gambar).

8. Dan letak di bahagian penumpang (JANGAN LETAK DI BONET sebab bonet lebih panas dan air batu akan cepat cair).

In shaa Allah, frozen EBM akan kekal beku bagi perjalanan 8-12 jam. Tips yang sama boleh digunakan juga untuk mommies yang travel dengan flight. Cuma perlu seal dengan plastik di airport untuk lebih selamat.

Selamat mencuba ya mommies ?

untuk kupasan maklumat lebih menarik boleh tekan di link ini

(Photo credit to mummy Shazlina)

Jom baca artikel seterusnya !

Kepentingan Ilmu Penyusuan Susu Ibu Supaya Ibu Tak Alami Kegagalan

Boleh tekan di link ini