Tips ibu menyusu kembali bekerja dengan gembira
Saya pasti, ibu-ibu yang bekerja selalu pening dan kusut macam mana nak uruskan masa jika kita mengepam . Takut kelam kabut . Jadi kita kene atasi masalah tersebut supaya ibu dapat menyusu semasa bekerja dalam keadaan gembira.
Kak Nad nak share beberapa tips untuk ibu bekerja sambil mengepam bagi memudahkan urusan harian kita.
- Kemas peralatan mengepam lebih awal.
Untuk pastikan mood mommies stabil di pagi hari, pastikan mommies telah menyusun dan mengemas semua peralatan mengepam sehari sebelum kembali bekerja.
.
Check juga setiap parts breastpump agar berfungsi dengan baik dan mommies tak panik di tempat kerja sekiranya breastpump tidak berfungsi.
Breastpump ringan dan paling senyap di Malaysia untuk lebih lanjut boleh tekan disini
.
Pastikan ‘nyawa’ utama dalam breastpump sentiasa ada seperti:
-valve
-diapraghm
-pump adapter/bottle converter
-plug
-powerbank/ usb adapter, etc
.
Pastikan juga storage bottles atau storage bags yang mencukupi telah disusun di dalam cooler bag. Check juga ice packs atau ice bricks supaya tidak tertinggal.
- Pam dahulu sebelum pergi kerja.
Cuti tak sempat mengepam langsung?
.
Tak apa. Mommies boleh mengepam sehari sebelum kembali bekerja agar ‘tak terkejut’ dengan hasil perahan mommies nanti.
.
Pam pada malam sebelum tidur atau pada waktu pagi sebelum mommies kembali bekerja sebagai persediaan bekalan stok susu untuk anak.
.
Jika hasil perahan tidak seperti selalu, TARIK NAFAS dengan tenang dan tanamkan azam pada diri agar mommies akan konsisten semula mengepam di tempat kerja nanti.
.
Mommies yang mempunyai stok yang mencukupi, TAHNIAH kerana mommies tidak perlu ‘panik’. Tapi jangan terlalu bersenang hati kerana banyak keadaan yang tidak dijangka mungkin berlaku sekembalinya mommies ke tempat kerja nanti.
- Rancang jadual pam di tempat kerja.
Rancang semula jadual pam?
.
Mungkin mommies dan biasa dan tak perlu nak ‘set up’ jadual pam lagi. Tapi sebelum mommies begitu yakin, cuba tengok dulu ‘working schedule’ mommies minggu ini.
.
Mungkin ada mommies yang perlu bekerja lebih masa atau bekerja di luar pejabat.
.
Jika tidak dirancang ‘perjalanan jadual pam’ mommies, mungkin akan menjejaskan hasil perahan mommies dan sedikit sebanyak mengganggu emosi mommies juga.
.
Jadi, pastikan mommies sentiasa BERSEDIA. Perlu set juga dalam jadual mengepam mommies bila mommies perlu buat Power Pumping dan sebagainya.
.
Jaga emosi selalu agar sentiasa tenang. Walaupun mungkin mommies sedikit stress, amalkan latihan pernafasan yang betul dan cuba sebaiknya untuk sentiasa menjaga jadual pam.
- Sediakan snacks yang mencukupi.
Mommies boleh standby healthy snacks supaya mommies sentiasa bertenaga di tempat kerja.
.
Bila dah mula penat, cuba tengok snacks yang mommies dah bawa dari pagi tadi. Pastikan mommies bawa snacks yang menggembirakan hati !
.
Jadi, kalau mommies tak sempat nak breakfast atau lunch, pastikan mommies ada bekalan makanan yang mencukupi ya. Bila mommies makan dengan cukup, emosi mommies pun RIANG GEMBIRA
- Positive affirmation.
Rasa down bila teringat muka boss mommies yang garang macam singa? Atau tiba-tiba rasa stress fikirkan masalah pekerja mommies?
.
Untuk tidak merosakkan mood mommies bila kembali bekerja, bawalah gambar anak dan letak di tempat kerja.
.
Kalau tak boleh tengok gambar anak sebab rasa sedih dan rindu, mommies boleh print breastfeeding quotes atau apa-apa sahaja KATA-KATA yang POSITIF.
.
Bila mommies baca selalu, ia akan tertanam dalam minda bawah sedar mommies. In shaa Allah mommies akan lebih tenang
- Atur persiapan anak lebih awal.
Pastikan semua peralatan anak-anak yang bersekolah, atau untuk dihantar ke pengasuh/taska telah disiapkan lebih awal supaya mommies tak kelam kabut nanti.
.
Mommies juga boleh merancang menu makanan untuk disediakan seminggu ini. Sama ada mommies merancang untuk masak atau beli sahaja terpulang kepada keadaan mommies.
.
Mommies juga boleh menyediakan bahan-bahan asas lebih awal sekiranya mommies merancang untuk masak sendiri.
.
Perancangan yang rapi dapat menjadikan mommies lebih relaks dan tenang menguruskan urusan seharian.
- Pilih pakaian yang terbaik.
Pilihlah pakaian yang terbaik dan memudahkan untuk mommies mengepam di tempat kerja.
.
Sama ada mommies ingin menggunakan nursing cover atau pun tidak, pastikan pakaian yang dipilih ‘tidak menyusahkan’ urusan mommies sewaktu mengepam nanti.
.
Untuk memastikan mommies sentiasa bersemangat, gosoklah baju untuk persiapan selama seminggu ini.
.
Pilihlah baju-baju yang terbaik yang mommies ada. Nak pakai baju yang CANTIK pun boleh untuk menaikkan semangat mommies.
.
Mungkin inilah masanya untuk mommies beli baju baru kan? Asalkan tidak membazir dan sekadar untuk REWARD diri mommies, apa salahnya bukan? Hehe..
Perkongsian ini daripada Kaunselor laktasi Puan Nad Masrom