You are currently viewing Tips hack freemie untuk dapatkan suction yang lebih kuat

Tips hack freemie untuk dapatkan suction yang lebih kuat

Untuk penyimpanan freemie cup dalam cooler bag, disarankan mommies guna ice packs (seperti dalam gambar) berbanding ice brick kerana biasanya ice brick akan mengambil lebih banyak ruang. Penggunaan ice packs lebih memudahkan mommies untuk simpan freemie.

Untuk kes saya, valve freemie kadang-kadang bermasalah (tiba-tiba suction tak rasa). So saya gantikan valve Freemie dengan valve lain yang fit seperti valve medela dan autumnz. Suction memang tip top dan masalah suction tak rasa tu selesai.

Sekiranya mommies guna valve lain, perlu pasang seperti ini dalam gambar. Mesti selari dengan corong.

Ini hasil saya gunakan freemie dan alternatif valve medela.

Gambar ni ialah cara pemasangan freemie dengan breastpump Autumnz Passion ikut manual book. Nampak panjang tiub tu kan? Boleh ukur jalan.

Biasanya kalau ikut manual book, suction memang tak kuat. Kadang-kadang hampir tak rasa.

Lepas adjustment.

Boleh rujuk gambar. Saya gunakan tiub sedia ada sahaja dalam kotak freemie (tak perlu potong apa-apa) dan pasang back-flow protector tu lebih dekat dengan motor pam. So bila lebih dekat (macam dalam gambar), suction akan lebih kuat.

Ni pula saya buat adjustment untuk Medela Freestyle kawan saya. Yang ni perlu potong sikit tiub freemie dan pasang pada connector medela yang berwarna kuning tu.

Freemie dan Lacte Duet Elite. Cara pasang sama macam Autumnz Passion.

Freemie dan Lacte Duet. So mommies boleh lihat, semua pam saya akan pasang back-flow protector dekat dengan motor pam.

Masalah susu masuk ke dalam tiub itu normal. Biasanya disebabkan susu banyak, position waktu mengepam, atau kedudukan breastpump. Sebab tu, WAJIB guna back-flow protector ni untuk elakkan susu termasuk ke motor pam.

Bila susu dah termasuk tiub, cepat-cepat basuh tiub untuk elakkan tiub berkulat kerana sisa susu. Kalau tiub dah kotor, boleh guna tiub breastpump lain untuk gantikan tiub freemie.

Ni kawan baik saya. Saya ambil gambar dengan izin dia.

Bila guna freemie, in shaa Allah tak ada yang perasan mommies tengah buat apa kalau tak nampak pam tu.

Mengikut pengalaman kami, pemilihan bra sangat penting untuk guna freemie. Bila bra longgar atau tak ada padded, biasanya hasil pam tak optimum. So mommies kena tahu jenis bra yang sesuai untuk mommies guna bila nak pam dengan freemie atau handsfree lain seperti Cilmire.

Hopefully nota ringkas ini dapat membantu mommies yang ada masalah dengan penggunaan freemie.

Semoga perkongsian daripada Nad Masrom ini dapat membantu para ibu yang menghadapi masalah seperti di atas . untuk link sebenar diatas boleh tekan diatas .

Nak cari ice pack seperti gambar pertama ? boleh tekan disini