TIPS GUNA BREASTPUMP YANG BETUL UNTUK TINGKATKAN HASIL PERAHAN
Corong dah ukur betul tapi setiap kali pam, breast still rasa penuh. Susu yang keluar pun sikit je.
Mungkin cara guna breastpump yang kurang betul.Semua breastpump biasanya ada dua jenis mode: STIMULATION & EXPRESSION. Ada juga breastpump yang mempunyai 3 mode atau lebih.
Fungsi setiap mode adalah untuk meniru gaya hisapan bayi seperti berikut:
1. Stimulation/massage mode – MERANGSANG penghasilan susu
2. Expression mode – MENGELUARKAN susu Stimulation/massage mode masih lagi berfungsi mengeluarkan susu juga. Cuma jenis sedutan adalah bersifat pendek-pendek dan cepat (seperti gaya hisapan bayi setiap kali memulakan penyusuan).
Bila susu telah mula dihasilkan dengan banyak, boleh guna mode expression untuk mengeluarkan susu dengan optimum. Jenis sedutan expression adalah panjang dan dalam (seperti gaya bayi menelan susu).
Ada sesetengah pam yang auto TUKAR stimulation mode ke expression mode (biasanya 2 minit stimulation kemudian terus bertukar ke expression).Ingat semula fungsi mode stimulation : MERANGSANG PENGHASILAN SUSU.
Jadi pastikan mommies tidak membiarkan sepanjang sesi memerah menggunakan mode EXPRESSION lebih banyak kerana susu akan kurang dirangsang untuk dihasilkan lebih banyak.
Ada mommies yang nak susu keluar cepat dan banyak, maka menggunakan mode expression dan level paling tinggi.Langkah ini tidak akan mengeluarkan susu banyak malah akan memberi kesan berikut:
i. Saluran susu tersumbat
ii. Puting tersumbat (ada biji putih seperti jerawat)
iii. Puting luka @ melecetiv. Susu sikitTukar kepada mode stimulation jika susu kurang dihasilkan. Bila rasa susu sudah ‘penuh’ tukar ke mode expression.
Dan begitulah seterusnya. Barulah hasil perahan lebih optimum. Namun perlulah diingatkan, tiada breastpump di dunia ini yang mampu menggantikan hisapan bayi. Hisapan bayi adalah SEDUTAN TERBAIK yang Allah telah ciptakan untuk mengeluarkan susu dengan optimum.
Hisapan bayi mempunyai DUA jenis tekanan iaitu:i. Tekanan positif : pergerakan lidah bayi menolak areolaii. Tekanan negatif: proses menelan susu seperti vacuum.
Manakala breastpump hanya mempunyai tekanan negatif. Sebab itu ibu-ibu yang bergantung dengan pam sahaja lebih mudah alami masalah saluran susu tersumbat jika tidak marmet atau lakukan breast compression.
Selain itu, adalah PENTING untuk mommies tahu cara UKUR CORONG yang betul. Boleh rujuk sini nanti https://fb.watch/2umJMgDjRC/
Dapat sesuatu mommies? Betulkan cara guna breastpump lepas ni untuk dapatkan hasil perahan yang optimum.
#SHARE post ni dan #TAG kawan-kawan mommies supaya mereka dapat tahu cara guna pam yang betul.
Nad Masrom , Kaunselor Laktasi