You are currently viewing “Terinspirasi Dengan Kisah Kegagalan Kak Nad..”

“Terinspirasi Dengan Kisah Kegagalan Kak Nad..”

Baru-baru ini kisah KEGAGALAN penyusuan pertama Kak Nad tersiar di page Pa&Ma. Lebih ramai mommies yang tahu akhirnya kisah di sebalik Kak Nad yang dahulu. Boleh baca di sini nanti ??????

Ada juga ibu-ibu yang mengecam cerita Kak Nad tu, katanya Kak Nad cuba menyalahkan formula milk.

Kak Nad tak salahkan formula milk tu sayang.. Cuma laporan doktor mengesahkan anak pertama Kak Nad intolerance to formula milk. Dalam bahasa mudahnya, tubuh badan tak boleh proses susu formula tu.

Tapi alhamdulillah di sebalik kecaman itu, RIBUAN mommies telah terinspirasi dan tidak mahu lalui kegagalan yang sama seperti Kak Nad.

Mereka ingin berusaha untuk tidak melalui saat-saat kegagalan seperti Kak Nad kerana takut dengan erti PENYESALAN.

Sekarang Kak Nad boleh menarik nafas lega. Allah pilih Kak Nad untuk diuji dahulu bersebab. Kerana Dia ingin Kak Nad terus memberi ‘manfaat’ kepada ribuan mommies yang lain.

Kak Nad sebenarnya tak selesa cerita Kak Nad diketahui ramai. Siapalah suka kisah silam hidupnya diselak semula.

Tapi selagi boleh memberi pengajaran kepada orang lain, Kak Nad redha bila orang tahu dan rasa gembira bila ramai mommies yang mula dapat kesedaran.

Terima kasih mommies. Terima kasih kerana tidak kenal erti penat dan belum lagi BERALAH!

P/s: Tq mummy Nurwani sudi berkongsi rasa selepas baca kisah Kak Nad. In shaa Allah mummy Nurwani akan berjaya menyusukan anaknya sehingga 2 tahun. Amin.

Salam Penyusuan Susu Ibu dari;
Nad Masrom
Your Breastfeeding Peer Counselor