Puting hanyalah membantu untuk ibu menyusukan bayi dengan baik. Puting leper atau puting tenggelam bukanlah satu masalah dalam penyusuan sekiranya ibu-ibu tahu teknik lekapan dengan betul.
Namun, puting boleh di’bentuk’ perlahan-lahan dengan merujuk kepada teknik dalam album ini. Dengan harapan selepas puting ibu-ibu timbul, ibu-ibu lebih yakin untuk menyusukan bayi tanpa sebarang masalah.
Peralatan yang diperlukan:
Picagari (rujuk gambar).
Picagari (rujuk gambar).
Pastikan ibu-ibu memilih picagari yang bersesuaian dengan saiz puting.
Ukur saiz puting dan carilah picagari yang mempunyai ukuran diameter yang hampir sama. Kesilapan memilih picagari boleh menyebabkan puting terluka (sekiranya puting besar dan ibu memilih picagari yang kecil).
Potong bahagian hadapan picagari seperti dalam gambar. Bahagian yang dipotong ini tidak diperlukan.
Letakkan tomboh picagari bertentangan dengan bahagian yang dipotong tadi.
Masukkan tomboh ke dalam picagari (rujuk gambar).
Untuk membentuk puting, tarik perlahan puting dengan menggunakan picagari (rujuk gambar).
Setelah puting ditarik keluar, tekan sedikit di bahagian aerola di tepi puting untuk keluarkan tekanan udara dalam picagari dan untuk keluarkan puting tanpa rasa sakit.
Ulang semula kaedah ini 2-3 kali sehari setiap hari. In shaa Allah puting akan terbentuk sedikit..
Contoh gambar puting normal, puting leper, dan puting tenggelam.
Contoh gambar dari posisi hadapan. Harap ibu-ibu mengenali jenis puting masing-masing.