Tak ada cara selamat!

Hacked Accounts:
Your account has probably been compromised if:
  • Your password has been changed without your knowledge.
  • Your account is sending spam.
  • There are emails in your “Sent” mail folder that you did not send.
  • Your account is locked. (This will happen if someone tries to log into your account unsuccessfully three times or more. 
Email terakhir aku terima semalam dari seorang kenalan bernama Juria Zainal. Aku mula sedar, akaun email aku sudah di’hacked’ bila berpuluh-puluh kali aku cuba reply email Juria Zainal through iphone, tapi Yahoo still minta password dan tak nak access. Pagi semalam, aku hairan bila ada notification email sampai 30. Bila check di sent item, ada email mengarut yang dihantar dari id aku. Aku tak fikir apa pun. Lambatnya aku sedar :”(
Aku terima ujian hari ini sebagai dugaan. Aku sayangkan memori dan kenangan email tu sendiri yang dah ‘bersama’ aku since 2005. Tulah email ‘penyelamat’ aku. Kalau dulu, masa buat tesis peringkat sarjana muda, aku akan sent tesis-tesis yang dah hampir siap tu kat email. Isunya sebab masa tu banyak isu laptop kena virus, external hard disk kena curi, hard disk laptop rosak dan macam-macam lagi. Sampaikan sekarang, email aku tu dah simpan macam-macam khazanah yang berharga untuk aku sebagai seorang pelajar, kawan, guru dan manusia. Semuanya dalam email tu! Syukurlah perkara ini tidak berlaku sewaktu aku perlu siapkan tesis sarjana nanti. Pengajaran yang sangat mahal untuk aku hari ini. Nasi sudah jadi bubur. Aku dah cuba hantar report pada Yahoo. Yahoo minta tunggu dalam tempoh 12 jam. Inilah akibat tak pernah log out email. Aku ingat selamat bila tak perlu sign out email sebab aku hanya log in dari laptop dan iphone sahaja. Dan kerana sikap aku yang paranoid, setiap kali log in email, aku selalu abaikan permintaan Yahoo untuk aku lengkapkan nombor telefon. Rupanya, itulah yang boleh tolong aku dalam kes seperti ini.
Iktibar: Musibah itu kifarah. Redha dan bersyukurlah 🙂
Wassalam~
p/s: Bila manusia celaru, dia tak boleh nak sembunyikan kata-kata dalam hati, kan? Perasan tak saya sudah guna balik perkataan ‘aku’? Saya memang tak boleh hipokrit. Finally, saya tetap saya. Aku tetap aku. 🙂

This Post Has 2 Comments

  1. Anugerah

    Ish..cuak plak dengar..sama gak la, selalu x logout email apatah lagi email sentiasa aktif melalui tab..camno nih..

  2. Feed by Ummi Najla

    Log out la min. Bahaya. Saya dulu pun tak terfikir boleh kena hacked sebab rasa selamat laptop n iphone kat tgn sendiri. Tp tak selamat juga. Hihi

Comments are closed.