Tahniah, Tahniah dan Tahniah! I’m So Happy!

Assalammualaikum w.b.t
 
 
Selamat Hari Ahad semua. Well, i’m updating my blog at Muar right now. Sudah lama sejak Aidilfitri tidak pulang menjenguk my MIL and FIL. Nampak macam merajuk sikit diorang aku dah lama tak balik especially ayah yang selalu bilang dia sudah tua, mestilah selalu dijenguk. Bukan apa. Aku memang terikat dengan banyak komitmen akhir-akhir ni. Minggu lepas terlibat dengan pembentangan Kajian Tindakan. Semalam pula hantar abang ipar aku di Senai Aiport untuk menunaikan haji. Sepatutnya aku di Kulai menemankan kakak aku yang masih kesedihan kerana suaminya bepergian tapi tanggungjawab as menantu yang baik  perlu ditunaikan juga.
 
Straight to tajuk entry. Korang ingat tak tentang kawan baik aku yang baru sahaja kehilangan puteri keduanya kerana menghidap Edward Syndrome bulan Mei lalu? Boleh rujuk entry ini.
 
Actually aku baru je dapat tahu yang sekarang dia sedang preggy anak ketiga. 2 months already! Syukur alhamdulillah. Thanks to my dearest Kak Mila for telling me this good news (I’ve dedicated special entry for you – Terima Kasih Teman). Al-maklumlah aku ni serupa katak bawah tempurung, ditambah dengan FB yang sudah lama deactivate. Memang banyaklah berita yang aku tak tahu termasuklah jemputan kahwin dari kawan-kawan aku. I’m so sorry.
 
Aku rasa gembira. Betul-betul gembira. Tah kenapa ye, aku lebih gembira dengar berita kawan-kawan aku preggy berbanding berita dari aku sendiri (???). Actually minggu ni sahaja aku dapat tahu 3 daripada collegues aku sudah preggy. Paling menyentuh hati dari seorang adik, yang aku panggil sebagai R yang sudah mengandung 7 weeks tanpa diketahui. But the good news tu cuma diberitahu pada aku seorang. Kenapa aku? Tah ye. Aku dan R memang rapat sejak R posting kali pertama dulu. R terus approach aku, perkenalkan diri. Masa tu R baru sahaja 2 bulan berkahwin. Memang R seorang yang sangat baik hati, lemah lembut dan baik akhlaknya. Sejak R berkahwin, aku tak pernah tanya soalan tentang “Dah ada isi ke?”, “R dah pregnant?” dan yang seangkatan dengannya sebab aku sendiri kurang selesa ditanya sebegitu setiap waktu.
 
Sampailah satu hari, dalam bulan Ramadhan, aku termimpi R jumpa aku dengan excitednya beritahu yang dia sudah mengandung. Siap tunjuk lagi aku yang dia sudah tidak pakai lagi platform shoes since preggy. Kebetulan esoknya, di sekolah aku ternampak R pakai flat shoes. Aku tersenyum. Tak berani nak bertanya. Tapi aku cerita tentang mimpi tu pada R selepas solat zuhur bersama. “Kak, saya belum ada lagi. Mak saya pun dah bising sebab orang kampung asyik tanya.”  Aku tak ingat apa yang aku balas pada R cuma aku memang berharap sangat R pregnant cepat. Bukan mudah nak berhadapan selalu dengan kata-kata ‘memilukan hati’. Aku pernah lalui perasaan itu dan aku tak nak R hadapi pressure yang sama.
 
Hinggalah Jumaat lepas, R jumpa aku dan separa berbisik beritahu tentang berita gembira itu. R pun tak sangka dia sudah pregnant 7 minggu since LMP raya hari itu. Aku peluk R. Gembira tak terkata. R salam dan cium tangan aku, buat aku bertambah terharu. Syukur pada-Mu ya Allah kerana memperkenankan doa-doa mereka terutama orang-orang yang sentiasa menyayangiku kerana cinta pada-Mu.
 
Kelmarin, sepupu aku telah selamat melahirkan sepasang kembar, identical, lelaki, di Hospital Sultan Ismail setelah penantian hampir 4 tahun. Bertambah syukur melihat gambar kedua-dua bayi itu yang cukup sifat dan sihat. Kebetulan berjumpa dengan makcik aku di airport semalam, terus dia mendoakan agar aku juga bakal mendapat berita gembira seperti anaknya. Bertambah-tambah terharu dan berbunga-bunga hati aku bila dalam masa seminggu banyak berita gembira yang dikhabarkan. Syukur Alhamdulillah Ya Allah atas rezeki kurniaan-Mu kepada mereka.
 
Insya-Allah, doa dan harapan tidak pernah putus agar aku juga bakal menerima ucapan tahniah itu dari mereka pula. Bila? Semua itu rahsia Allah dan sesungguhnya sesuatu yang ditunda itu pasti ada kebaikan pada masa akan datang. Dengan berkat kesabaran dan doa dari rakan-rakan,  aku dan Edy bakal dapat rezeki yang tertunda itu juga nanti, Insya-Allah. Siapa yang bisa jangka bukan? Ketentuan-Mu itu adalah yang terbaik buat kami.
 
Sekali lagi buat mereka, Tahniah, Tahniah, dan Tahniah!

This Post Has One Comment

  1. Anonymous

    Amin…….Semoga Allah S.W.T makbulkan doa kita

Comments are closed.