You are currently viewing Susu Tak Ada Lepas Bersalin?

Susu Tak Ada Lepas Bersalin?

Kak Nad nak share tentang masalah ramai mommies yang selalu fikir susu mommies TAK ADA selepas bersalin. .Betul ke TAK ADA mommies? .Pada peringkat awal selepas kelahiran, susu yang ada dikenali sebagai KOLOSTRUM.

Begini, Menghindari Bau Menyengat Akibat Tumpahan Susu!

Kolostrum ni dah sedia ada dalam payudara sejak mommies mengandung lagi..Selepas proses kelahiran berlaku, bila aras hormon kehamilan (estrogen & progestron) menurun, maka aras hormon penyusuan (prolaktin & oksitosin) mula meningkat.

Rangsangan awal dan kerap sangat diperlukan selepas kelahiran untuk memastikan kolostrum sedia ada dalam payudara mommies boleh dikeluarkan dengan baik..Mungkin ada sesetengah mommies (macam Kak Nad), bila bersalin sahaja, picit-picit puting macam ‘tak ada’.

Tak apa, jangan panik. Terus je susukan bayi. Penyusuan awal dan kerap akan membantu kolostrum dikeluarkan nanti. .Sebab tu SKIN TO SKIN sangat digalakkan lepas kelahiran untuk ‘mengajar’ bayi menyusu dengan cepat dan untuk memastikan bayi boleh melekap juga dengan baik.

“Berapa kerap nak menyusu Kak Nad untuk pastikan kolostrum keluar?”.SEBERAPA KERAP YANG BOLEH!.Mommies kena ingat –> RANGSANGAN yang KERAP akan menggalakkan pengeluaran kolostrum dengan lebih cepat.

Dan yang penting, pastikan POSISI pegangan dan LEKAPAN adalah BETUL. Sebab ramai mommies yang Kak Nad perhatikan di hospital, tak pegang bayi dengan betul..So bila posisi pegangan tak betul, bayi tak boleh nak melekap dengan baik.

Dan bila tak melekap dengan baik, susahlah bayi nak menghisap dengan baik dan lebih lama. So mommies pun stress dan terus fikir SUSU TAK ADA ?.Jadi, mommies yang bakal bersalin nanti, pastikan mommies menyusukan bayi mommies secepat mungkin ya.

Nak jayakan penyusuan pada awal kelahiran? Baca tips kat sini https://www.facebook.com/feedbyumminajla/posts/1960161020869193.Nanti Kak Nad share pula tentang TIPS cepat & berkesan untuk turunkan kuning bayi dengan SUSU IBU ?.

Salam Penyusuan Susu Ibu dari, Nad Masrom Your Certified Lactation Counselor