You are currently viewing Surirumah Perlu Ke Pam?

Surirumah Perlu Ke Pam?

PERLU KE SURIRUMAH PAM SUSU?

Bila ada ibu yang bertanya – PERLU atau TAK sebagai surirumah untuk pam susu, saya akan tanya semula,

May be an image of text that says "PERLU KE PAM? -Surirumah- Ⅲ FB: Nad Masrom"

“Apa keperluan untuk puan pam susu?”Sebab ada sebahagian ibu walaupun surirumah perlu pam susu atas pelbagai faktor seperti:

1. Perlu keluar 3-4 kali ambil anak sekolah dan anak yang besar bantu uruskan si kecil.

2. Perlu menguruskan kerja sambilan di rumah.

3. Rawatan berkala, etc.Biasanya ibu yang ada KEPERLUAN, mereka lebih bersedia dari segi mental dan emosi serta ada keperluan untuk melakukannya.

Jadi tiada isu. Tapi, ada sebahagian ibu-ibu yang tiada keperluan di atas dan tiada masalah untuk menyusukan bayi secara terus (direct feeding) masih lagi keliru sama ada perlu pam atau tidak.

Rata-rata mereka dimomokkan bahawa memerah susu dengan pam dapat meningkatkan demand dan supply dan sekiranya bergantung kepada direct feeding sahaja, maka peluang untuk berjaya selama 2 tahun itu adalah TIPIS.

Ini adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI. Kerana penyusuan susu ibu secara direct tidak boleh diukur dengan berapa banyak hasil yang diperolehi melalui pam.

Menyusu secara terus juga dapat meningkatkan demand (permintaan) dan supply (penghasilan) susu ibu itu sendiri jika dilakukan dengan KERAP. Ramai ibu-ibu yang menyusu direct percaya mereka perlu lihat jumlah perahan untuk mengukur berapa banyak yang bayi minum.

Malah ada juga golongan profesional kesihatan yang mencadangkan untuk ibu pam bagi melihat berapa banyak yang ibu dapat dan membuat konklusi sama ada susu “cukup atau tidak”.

Satu kajian telah dijalankan oleh Rei et.al (2019) dalam kalangan 25000 orang ibu. Kelompok kajian ini telah memberikan dapatan bahawa:

1. Ibu-ibu bimbang tentang jumlah perahan yang sepatutnya diperolehi.

2. Ibu rungsing tentang berapa jumpah oz susu ibu yang perlu diberikan kepada bayi.

3. Ibu-ibu mengadu susu ibu tidak ‘mencukupi’ setiap kali memerah dan akhirnya terpaksa topup dengan susu formula.

Dari kajian ini telah membuktikan bahawa, ibu-ibu suka melihat jumlah perahan sebagai KAYU PENGUKUR kejayaan penyusuan susu ibu.

Image result for gambar ibu murung

Akhirnya keadaan ini memberi tekanan kepada sebahagian ibu yang TIDAK TAHU dan sering memikirkan cara untuk meningkatkan susu di saat ibu sebenarnya TIADA MASALAH dalam penyusuan.

Berbalik kepada soalan tadi, perlu atau tidak?

Jawapannya adalah melihat kepada keperluan ibu untuk memerah. Dan perlulah diperbetulkan semula tanggapan, ibu surirumah bukanlah perlu bergantung kepada pam untuk berjaya selama 2 tahun.

Menyusu secara terus dan kerap itu sendiri membantu ibu dalam menghasilkan susu yang mencukupi buat bayi. Selepas usianya 6 bulan, bayi sudah diberi makan dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu.

Sedangkan ramai juga ibu bekerja yang tidak berjaya dalam penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun kerana jadual pam ke laut dan tiada masa yang banyak untuk direct feed bayi.

Lebih bertuah lagi buat ibu-ibu yang berpeluang menyusukan bayi secara terus ialah dapat MENGURANGKAN RISIKO BAYI TERDEDAH DENGAN BAHAYA penggunaan botol plastik.

Boleh baca sini nanti ??????https://www.facebook.com/1790216991196931/posts/2671655536386401/

Ibu yang menyusu secara direct tak boleh ukur hasil perahan itu CUKUP ATAU TAK dengan ibu yang memang perlu pam susu dan berpisah dengan bayi (untuk bekerja).

Kuantitinya walaupun sedikit (contoh 2oz) tapi bayi minum kerap dan saiz perut bayi terlatih minum sedikit-sedikit adalah memadai.Melainkan ibu yang ada masalah kemeruduman susu, mungkin ada masalah susu sikit.

Boleh rujuk post ini untuk ketahui punca susu sikit ??????https://www.facebook.com/1790216991196931/posts/2766775183541102/

Perlu tahu tentang sifat susu ibu yang MUDAH CERNA (dalam tempoh lebih kurang 1 jam). Jadi, berilah banyak mana, tempoh cernanya tetap sama. Yang membezakan ialah saiz perut bayi yang kita dah latih untuk minum sikit atau banyak.

Image result for gambar bayi

Kalau bayi nampak macam nak ‘menyusu lagi’ tu bukanlah kerana susu tak cukup, tapi kerana ragam dan tangisan bayi yang ibu perlu pelajari. Boleh belajar dari page Baby Language.

Jadi selepas ini, diharap ibu-ibu lebih jelas dengan matlamat penyusuan dan tiada salah tanggap lagi. Jangan cipta tekanan yang tidak diperlukan.

Buat ibu-ibu yang tiada masalah untuk pam susu walaupun 24 jam di rumah, tidak perlulah memberi pendapat tidak berasas seperti di atas kepada ibu-ibu lain. Jangan kelirukan mereka.

Anda mungkin tiada kekangan dan BAHAGIA melakukannya. Tapi perlu lihat keadaan ibu-ibu lain yang mungkin banyak kekangan.Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.

Semoga ibu-ibu surirumah yang keliru dapat penjelasan sebaiknya dari post ini.

#SHARE post ini dan #TAG kawan-kawan menyusu mommies.

Semoga lebih ramai akan dapat manfaat.

Nad Masrom , Kaunselor Laktasi Bertauliah

Fasilitator Art Therapy in Breastfeeding

Rujukan:Rei Yamada, Kathleen M. Rasmussen, and Julia P. Felice.Breastfeeding Medicine.Feb 2019.17 21.http://doi.org/10.1089/bfm.2018.0154