You are currently viewing Sejarah bermulanya susu formula/gantian

Sejarah bermulanya susu formula/gantian

Saya sangat tertarik dengan sejarah bermulanya susu gantian yang mungkin ramai dalam kalangan kita, ibu-ibu kurang cakna tentang perkara ini.

Sehingga kurun ke-19, semua ibu masih menyusukan bayi dengan susu ibu. Sekiranya ibu mati, bayi akan disusukan oleh wanita lain.Selepas kurun ke-19, teknik pengawaten dalam industri pertanian agar susu haiwan lebih tahan lama mula berkembang.

No photo description available.

Sejak itu, bermulalah pasaran ‘fresh and preserved milk’ dalam negara tertentu yang mengamalkan. Bermula kurun ke-20, pemasaran botol susu, puting, dan makanan gantian telah berkembang menyebabkan berlakunya kemerosotan peratus penyusuan susu ibu.

Selepas perang dunia ke-2, hubungan komunikasi semakin meningkat sehingga berlakunya ‘widespread promotion’ tentang susu gantian oleh stesyen televisyen dan radio tempatan.

Fenomena baru tercipta apabila ibu-ibu disogokkan dengan susu gantian dan media memainkan peranan dalam mempengaruhi pemikiran ibu bahawa pemberian susu gantian adalah ‘normal’.

Ibu-ibu mula rasa yang susu ibu bukanlah yang terbaik.Pada tahun 1960-an dan 1970-an, penurunan peratusan penyusuan susu ibu berlaku dengan sangat drastik sehingga menarik perhatian umum seluruh dunia.

No photo description available.

Promosi yang agresif dan tidak beretika dari syarikat pengeluar susu formula telah menyumbang kepada perkara ini. Akibat dari kemerosotan ini, ramai bayi dan kanak-kanak mengalami masalah seperti malnutrisi, berpenyakit dan meningkatnya kes kematian.

WHO dan UNICEF telah mengadakan perjumpaan pada Oktober 1979 dan mewujudkan ‘International Code of Marketing’ untuk syarikat pengeluar susu gantian.

Image may contain: text

Wujudnya kod ini dapat mengelakkan tindakan tidak beretika syarikat pengeluar supaya tidak:-mencabar keunggulan susu ibu.-bersaing dengan apa jua cara dengan susu ibu.

Rujukan:[5th National Lactation Conference : Code of Marketing in Malaysia – Evolution by Puan Noreen Fazila]

Jelas dari sejarah ini, susu ibu adalah yang terbaik untuk mengurangkan sebarang kemudaratan.Jika ibu-ibu tidak boleh menyusukan bayi, ibu-ibu bolehlah mencari ibu susuan buat bayi mereka.

Sekiranya timbul masalah kesihatan kepada ibu atau bayi yang menghalang bayi menerima susu ibu, ibu seharusnya merujuk kepada pakar untuk mendapatkan nasihat selanjutnya.

Nad Masrom, Kaunselor Laktasi Anda #nadbreastfeedinginfo