“SAYUR PENGGALAK SUSU SEMULAJADI”

“SAYUR PENGGALAK SUSU SEMULAJADI”

“SAYUR PENGGALAK SUSU SEMULAJADI”.Ramadhan dah pun tiba. Macam mana dengan menu bersahur dan berbuka mommies? Minggu lepas Kak Nad dah share tentang persediaan menyambut puasa bagi ibu menyusu di sini 👇🏻👇🏻👇🏻https://www.facebook.com/feedbyumminajla/videos/2055626454655982/

Hari ni Kak Nad nak share tentang MENU SAYUR-SAYURAN yang mommies boleh makan sewaktu berbuka atau bersahur. .In shaa Allah sayur-sayuran ini boleh menjadi penggalak susu yang baik.

Menu ni disediakan oleh mak mertua Kak Nad sewaktu berpantang dan memang sayur-sayuran ini mengikut kajian boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.

Paling penting mommies kenalah jaga jadual mengepam, minum air secukupnya pada waktu malam, jaga emosi dan pastikan ambil pemakanan yang seimbang.

Tempe goreng
Sayur campur (lobak merah + kobis bunga + taugeh)
Peria + taugeh dicelur
Lobak putih masak air
Sup sayur campur (kentang + lobak merah + lobak putih + kobis bunga)
Brokoli kukus
Sawi + tempe + ikan bilis
Peria + tempe + ikan bilis
Jenis sayuran lain

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mommies untuk menyambut Ramadhan Kareem 😍.

#LIKE post ni dan #SHARE supaya lebih ramai lagi mommies yang akan dapat manfaat..#TAG kawan-kawan mommies yang menyusu untuk beri idea menu pada mereka 😍.

Salam Penyusuan Susu Ibu dari, Nad Masrom Your Certified Lactation Counselor

Leave a Reply