You are currently viewing Rupanya saya tak bahagia – Kisah Susu Merudum

Rupanya saya tak bahagia – Kisah Susu Merudum

  • Post author:
  • Post category:Wanita

“Rupanya saya tak bahagia..

”Itulah luahan seorang ibu kepada saya. “Saya tipu diri saya nampak bahagia. Sampailah saya tahu ini rupanya punca kepada masalah saya..

”Dalam tempoh beberapa minggu ni saya banyak beri tumpuan pada seni terapi penyusuan bagi ibu-ibu yang alami masalah production: susu drop, susu tak cukup.Asalnya mereka datang untuk kaunseling masalah penyusuan.

Bila sesi berjalan, tiba-tiba ibu menangis, menggigil, tersentak badan bila saya sentuh payudara (walaupun perlahan) dan rasa trauma untuk menyusukan bayi.

Peranan Suami Amat Penting" - Wanita Kongsi Pengalaman Hidap Kemurungan  Semasa Mengandung

Tak kurang juga yang rasa give up untuk menyusukan bayi bila anak kerap sakit dan diberikan pula kata-kata sinis seperti, “Dah bagi susu ibu pun anak sakit juga ke?”.

Kali pertama bila saya perkenalkan seni terapi penyusuan, ramai yang tak percaya macam mana ia boleh membantu seseorang ibu yang ada masalah penyusuan.“Macam mana lukisan itu berfungsi?” – soalan yang selalu saya terima.

Ramai yang salah sangka ingatkan saya akan jadi ‘bomoh’ untuk tafsir segala lukisan yang dihasilkan. Tak tak tak. Bukan itu yang dilakukan dalam terapi seni ini.

Sebenarnya terapi seni ni bila dilakukan dengan guideline yang betul bersama fasilitator yang terlatih, ia dapat ‘membongkar’ punca kepada masalah kemeruduman susu tu.

Penting! 7 Sebab Kenapa Ibu Ayah Kena Galak Anak Suka Melukis Sejak Awal  Usia Tiga Tahun - Pa&Ma

Selalunya ramai yang tak sangka – INI RUPANYA PUNCA MASALAH AKU SELAMA NI. Sebab kita banyak fokus pada benda-benda lain yang remeh dan tak penting tapi buat kita rasa STRESS.

STRESS = HORMON OKSITOSIN MENURUN = SUSU DROPNak kenali diri bagi seorang ibu yang selalu tak ada masa untuk diri sendiri bukanlah mudah. Rasa macam semua tu tak penting pun.Sampailah masalah SUSU MERUDUM berlaku.

Puas buat power pumping, ambil milk booster sana sini, minum air bergelen tapi hasilnya tetap sama.Rupanya, EMOSI yang masih belum di’rawat’. Dan paling lucu, ibu-ibu ramai tak sedar ini rupanya masalah yang berlaku selama ni.

Saya sendiri kerap lakukan seni terapi untuk diri sendiri. Bukan untuk masalah penyusuan, tapi untuk dapatkan emosi yang lebih stabil pada kerjaya, kewangan, keluarga dan lain-lain.

Pernah juga saya dengan kawan baik saya buat bersama-sama, hasilnya kami berdua sama-sama mengalir air mata bila dah kenali ‘block’ dalam diri yang jadi penghalang untuk dapat bahagia.

Pernah melalui fasa MEROYAN kerana kegagalan penyusuan saya suatu ketika dahulu hingga tahap delusi dan halusinasi buatkan saya tekad untuk belajar tentang seni terapi atau dikenali sebagai Art Therapy.Dulu saya tak tahu kewujudan seni terapi ini.

Tapi saya telah lakukan salah satunya iaitu menulis jurnal selama hampir 5 tahun untuk saya pulih (di sinilah saya berlatih menulis dan menajamkan skil penulisan saya).5 TAHUN bukan satu tempoh yang pendek ya.

5 Langkah Membuat Buku Jurnal untuk Menulis Kegiatan Sehari-hari hingga  Curahan Hati - Pikiran-Rakyat.com

Saya sendiri tak sanggup nak baca semula penulisan saya dahulu kerana ia ditulis dengan penuh emosi dan air mata. Tapi saya masih simpan rapi segala episod suka duka itu untuk tatapan anak cucu saya nanti.

Bila bertemu ibu yang pernah meroyan dan trauma, empati saya tinggi. Sebab kami pernah berada dalam ‘kasut’ yang sama.Sebab tulah saya nekad untuk lakukan seni terapi ini untuk membantu lebih ramai ibu-ibu yang alami masalah seperti saya dahulu.

Siapalah sangka masalah penyusuan yang kita lalui sekarang berpunca dari perkara-perkara kecil yang kita sendiri tak tahu dan tak sedar.Inilah sedekah jariah saya untuk saya bawa ke akhirat nanti.

Saya tak ada harta yang banyak atau duit yang melimpah untuk bagi pada ribuan orang. Tapi saya berharap, sedikit ilmu dan pengalaman yang saya ada dapat membantu lebih ramai ibu untuk mereka jalani dunia penyusuan dengan lebih baik.In shaa Allah 29 September 2019 ini saya bersama rakan seperjuangan saya Dr Zarina Rahman akan bersama-sama berkongsi ilmu dalam bengkel ‘Empowering Breastfeeding’.

Dalam bengkel ini juga saya akan kongsikan lebih lanjut tentang seni terapi penyusuan. Saya tahu ramai ibu yang stress tapi malu untuk mengakuinya. Mungkin inilah platform yang terbaik untuk ibu-ibu belajar dan apply kepada diri sendiri.

Untuk para kaunselor penyusuan dan jururawat juga sangat digalakkan untuk hadir kerana in shaa Allah kita sama-sama dapat menambah baik skil bagi membantu client dengan cara yang lebih baik.

Jom belajar seni terapi penyusuan bersama-sama di samping ilmu penyusuan secara praktikal. Sama-sama kita memperkasakan penyusuan susu ibu untuk generasi yang akhlaknya terbina dengan susu ibu.

Nad Masrom

Certified Lactation Counselor Art Therapy Lover #nadbreastfeedinginfo