Rezeki Mei… Alhamdulillah

Assalammualaikum w.b.t
Pertama sekali, terima kasih buat buat sahabat saya, Chak yang telah mengajarkan saya doa ini;

“Tambahkan imanku, ilmuku dan ibadatku”



Click link tersebut dan boleh rujuk entry yang saya maksudkan. Saya tambahkan dalam doa seharian saya, “Ya Allah, tambahkan imanku, amalku, ibadatku, dan ilmu yang bermanfaat..”
28 Mei 2015. Alhamdulillah
Rasanya setahun setengah sudah saya amalkan. Dan sejak saya mengamalkan doa ini, rezeki Allah itu acapkali datang tanpa diduga. Di saat saya perlu mengambil cuti separuh gaji atas faktor kesihatan, saya dikhabarkan dengan berita penerimaan APC dari pihak sekolah. Alhamdulillah, benarlah kata orang, rezeki Allah itu terbentang luas. Kita hanya perlu menyakininya sahaja. Bukan niat untuk merasa riak dengan pencapaian diri, tapi hanya berkongsi dengan amalan yang sahabat saya pernah amalkan dan minta saya mengamalkannya pula. Sungguh, saya tak tahu di mana kerja saya dinilai untuk diberikan anugerah ini. Mungkin pada orang lain yang memang layak, tiada pertikaian. Tapi untuk saya, rasanya seperti mimpi kerana saya hanyalah guru biasa-biasa yang bekerja cara biasa tanpa ada yang luar biasa pada saya. Prinsip saya, biarlah apa yang kita lakukan hanya untuk Allah sekali pun mereka (manusia) tidak mengetahui dan tidak menghargai. Biarlah manusia tidak menghargai, tapi yakinlah pada penghargaan Allah kerana Allah menghargai apa yang kita lakukan atas niat untuk mendapat keredhaan-Nya dan penghargaan itu boleh hadir dalam pelbagai bentuk tanpa kita sedari.
Dan, terima kasih juga buat sahabat blogger saya, Falina Sanusi yang setia ada bersama saya ketika saya berada di jalan yang buntu malah hampir mengalami kemurungan pada 10 Mac 2015 yang lalu yang akhirnya menyebabkan saya mengambil keputusan drastik untuk memohon cuti separuh gaji. Alhamdulillah, Allah memudahkan dan melindungi segalanya. Dan syukur, saya telah mengenali Fa, seorang kawan yang positif, yakin pada pertolongan Allah, dan di saat saya kebuntuan, hanya nasihat Fa yang masuk ke telinga saya. Terima kasih Fa, Nad terhutang budi pada Fa :”). Saya tahu, Allah hanya ingin melihat sejauh mana saya mahu lebih hampir kepada-Nya. Dan saya bersyukur, di sekeliling saya, masih ada insan-insan yang sentiasa mengingatkan saya untuk sentiasa ingat kepada Dia yang Maha Esa. In shaa Allah, saya akan update ‘cerita ini’ dalam entry terbaru nanti.
Di atas nikmat yang Kau beri sehingga ke hari ini, hanya
Alhamdulillah yang mampu ku tutur. Terima Kasih Ya Allah.
(Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru ~ 12 Mei 2015)

This Post Has 6 Comments

  1. Unknown

    Assalam cikgu najla…sy ashikin juga cikgu dari utara…tahniah atas penganugerahan APC…sy mengikuti blog cikgu dan juga blog cikgu falina..di saat sy lemah dan tertekan entry cikgu berdua sy baca untuk dijadikan sumber kekuatan sy…teruskan mengarang…kisah hidup cikgu memberi sumber kekuatan kepada sy…setiap hari sy menjenguk blog cikgu berdua untuk menunggu entry terbaru….jaga diri…semoga sihat sentiasa dan dalam lindungannya…

  2. Feed by Ummi Najla

    Terima kasih ashikin sebab sudi baca blog saya dan falina. Kadangkala, kami juga melalui kejatuhan dan kami bina kekuatan sesama sendiri serta dari pengalaman lalu. Saya yakin ashikin juga boleh lalui perkara yg sama. Tq again ye sudi drop comment di sini 🙂

  3. Anonymous

    Alhamdulillah tahniah nad. Semoga diberikan kesihatan yang baik & kejayaan dunia akhirat.

    Kak Bie, SDJ

  4. MissTTC

    Alhamdulillah tahniah kak…semoga segala urusan dipermudahkan olehNya..amin 🙂

  5. Feed by Ummi Najla

    Terima kasih kak bie sudi baca blog nad..Actually nad rasa maluuuu sgt klu tahu kawan2 nad baca blog nad.. hehe.. shy shy cat terus jadinya..

    Smoga kak bie juga berjaya cmerlang bersama anak-anak kak bie yg comel tu 🙂
    Sampaikan salam rindu pada kawan2 di sana ya 🙂

Comments are closed.