Rezeki Buah Zuriat

Alhamdulillah. Tak sangka akhirnya aku dapat juga minum air buah zuriat ni. Nilah satu-satunya ikhtiar yang aku tak pernah terfikir pun nak buat sebelum ni dalam berTTC. Walaupun dah beberapa kali baca blog TTCian lain cerita tentang buah zuriat, tapi tah kenapa, buah zuriat tak pernah ada dalam list ‘ikhtiar’ aku. Mungkin sebab memikirkan tentang betapa susahnya nak ‘kerjakan’ buah zuriat ni buat aku tak terfikir nak cuba, kot.

And korang mestilah pelik kalau aku tak beli buah zuriat masa pergi umrah dulu kan. Dah tentu-tentulah buat zuriat ni berlambak-lambak dijual kat sana dengan harga sekitar 5 Riyal hinggan 10 Riyal sebiji. Aku ada terbaca, kalau beli borong, boleh jatuh 25 sen sebiji. Wallahua’lam. Tapi kenapa aku tak beli?

Ceritanya macam ni. Sejujurnya selama hampir 2 minggu aku di Madinah dan Mekah, aku tak pernah terfikir nak cari buah zuriat. Mungkin kerana jemputan yang tidak diduga, so aku tak plan langsung nak membeli apa bila dah tiba di tanah suci nanti. Masa tu, perasaan aku memang bercampur-baur ditambah perasaan nak berjauhan dengan Edy lagi selama 2 minggu. Haih, memang susah nak describe. Senang kata, plan nak membeli-belah memang tak ada langsung, lagilah kalau nak cari buah zuriat ni, memang tak terfikirlah.

Dipendekkan cerita, malam terakhir sebelum kami berangkat pulang ke tanah air, tah macam mana, kami terjumpa satu kedai Melayu di sekitar kedai bersebelahan hotel kami. Penjual tu orang Kelantan. Semua barang dia jual murah pada kami. Kalau tasbih kayu koka biasanya 30 Riyal, dia jual 10 Riyal je. Dia kata orang arab memang suka jual kayu koka mahal sebab orang kita ni taksub sangat dengan kelebihan kayu koka walhal harganya taklah semahal mana.

Sambil tengok-tengok barang kat kedai dia, aku ternampaklah buah zuriat ni. Dengan tak malunya aku teruslah tanya, sebiji buah zuriat ni dia jual berapa. Dia jawab soalan aku dengan soalan, “Nak buat mende?” Aku jawab kononnya nak bagi kakak aku yang dah lama kahwin tak ada anak, padahal waktu tu aku terfikir juga nak beli untuk aku. Then penjual tu jawab, “Kenapa tak doa depan Kaabah je? Percaya sangat dengan buah zuriat”.

Danggggg!

Ok, sejujurnya masa tu aku terkedu. Kitorang datang kedai tu berlima. Semua terdiam dengar jawapan penjual tu. Aku balik bilik tanpa membeli buah zuriat sebab aku tengok gaya penjual tu memang tak nak jual kat aku. Aku muhasabah diri dan beristighfar. Adakah ini satu peringatan Allah SWT agar aku tak terlalu taksub dengan kelebihan buah zuriat? Esoknya, sebelum buat tawaf wada’ (tawaf selamat tinggal), aku pergi lagi ke kedai melayu tu. Tapi malangnya masih belum dibuka. Memang bukan rezeki aku nak beli buah zuriat ni masa tu. Bila difikir-fikir balik, betul juga kata penjual tu. Kenapa tak doa depan Kaabah je. Dah tentu-tentu doa lebih makbul di sana. Subhanallah. Mengenangkan peristiwa itu, aku jadi malu dengan Allah. Adakah aku telah taksub sebelum ini kepada sesuatu berbanding keyakinan pada kekuatan doa? Allah Maha Mendengar. Bukan Dia tak nak bagi rezeki anak tu sekarang, tapi mesti ada hikmah-Nya yang tersembunyi. Dia lebih tahu bila waktu terbaik untuk aku peroleh kurniaan itu. Dalam berusaha, aku kenalah 100% letakkan seluruh keyakinan kepada Allah SWT selepas berikhtiar <– Muhasabah!

Ok, so apa kes aku dah terminum air buah zuriat ni?

Tulah yang orang kata rezeki walaupun aku kena beli. Sebenarnya ada seorang kawan aku tanya tentang buah zuriat ni. So aku pun promotelah dia supaya beli kat hamilcomel. Promote punya promote, bila aku tengok harga buah zuriat yang hamilcomel jual agak murah, RM20 untuk sepasang (dua biji) including postage. So, untuk memudahkan cara dan cerita, aku pun tolong belikan untuk kawan aku ni. Alang-alang membeli, aku pun order juga untuk diri sendiri. Memang tak ada masalah beli dengan hamilcomel. Sebelum ni pun aku dah pernah beli Ovulation Kit. Hari ni order, esok sampai. Puas hati.

So, aku nak share sikit pengalaman aku dan Edy dengan buah zuriat ni. Sharing is caring 🙂

1. Gambar di bawah ni saiz buah zuriat yang aku dapat. Rasanya memang nilah standard saiz dia kot. Tangan tu ialah tangan Edy tau.

Buah zuriat.

Buah zuriat dari posisi lain pulak.
2. Peralatan yang diperlukan untuk mengopek dan membelah:
Parang, suratkhabar, dan papan pemotong.

3. Cara-cara mengopek buah zuriat:

Buah zuriat kena dikupas dulu. Macam nak kupas kelapa tu.
Dalam kulit tu ada biji buah zuriat. Nampak tak?
Buah zuriat. Dari kiri: Sebelum dibelah, lapisan pertama dan biji buah zuriat.

Macam nilah rupa biji buah zuriat. Biji ni keras sangat.

Nak belah biji buah zuriat ni sangatlah mencabar. Kena guna hammer baru boleh.

Macam nilah rupanya bila dah dibelah.
Setelah dibelah menjadi lebih kecil (Ni tangan aku tau)

Rebus hinga air bertukar warna menjadi warna teh.
Macam nilah lebih kurang warna air lepas direbus. Air rebusan jangan dibuang.
Tambah air dan ulangi merebus sehingga air rebusan sudah tidak berwarna lagi,
barulah ditukar buah zuriat yang baru. Amalkan setiap hari. Insya-Allah.
Tadaaaa… Siap untuk dihidang!

Macam mana rasa dia? Depend kot pada jenis buah zuriat. Kebetulan pula aku dapat yang berbau harum. Macam bau koko. Air dia sedap. Macam rasa kurma + kismis tapi tawarlah. Hari ni hari kedua kami minum air buah zuriat. Sambil minum, doa Nabi Zakaria tidak dilupakan;

Doa nabi Zakaria bagi memperoleh zuriat dan menghadapi kehidupan dalam kesabaran.

وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (surah al-anbiya, ayat 89)

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (surah ali-imran, ayat 38)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) (surah ali-imran, ayat 200)

Korang nak cuba? Boleh. Tapi ingat, ini adalah salah satu ikhtiar dan bukan kerana buah zuriat ini korang mengandung atau pun tidak. Yakinlah pada doa. Hayati doa yang dipinta. Kalau susah untuk membaca doa dalam bahasa arab, bacalah doa dalam bahasa yang difahami supaya apa yang kita minta itu benar-benar dari hati dan bukan sekadar hafalan semata-mata. Selain kita berusaha keras dengan segala ikhtiar ini, berusaha keraslah juga dalam mendekatkan diri kita pada Allah SWT. Patuh kepada segala perintah-Nya dan jauhi larangan-Nya, rajin bersedekah, berpuasa, solat dhuha, solat tahajud, hayati  al-Qur’an, taat dan hormat pada suami, sayangi keluarga suami, jaga hubungan kita dengan manusia, dan sentiasa berfikiran positif. Insya-Allah, usaha kita akan diperkenan-Nya dan tentulah kemanisan akan lebih terasa jika apa yang kita buat semuanya adalah kerana Allah SWT <– Muhasabah diri sendiri.

Semoga apa yang kita usahakan selama ini akan beroleh kurniaan dari-Nya. Bersabarlah juga jika apa yang kita inginkan belum dikabulkan kerana yakinlah Allah SWT ingin berikan yang terbaik buat kita semua. Insya-Allah.


This Post Has 69 Comments

  1. Aine Ainun

    Betul, yang penting kita ikhtiar…
    Kira murah rm20 boleh beli,,,
    ada yg amek kesempatan jual mahal2…

    Bonda sy beli rm10 dpt la 5biji kat mekah…
    Sy pun da minum, rasanya tawar, sy letak gula batu sikit…

    Insyaallah, akan sampai rezeki nanti;)

  2. Feed by Ummi Najla

    Syukran ainun. Memang ada penjual yang sanggup jual sebiji dengan harga RM50. tak tahulah kenapa perlu aniaya pembeli. InsyaAllah akan hadir juga rezeki Allah itu. Amin 🙂

  3. Anonymous

    Salam..kat mana leh dpt buah zuriat ni??..nk try la..xsalah kita ikhtiar kn..

  4. Feed by Ummi Najla

    Wssalam. Boleh hubungi encik Hasni, 0164412347. Atau cuba tengok blog beliau, hamilcomel.blogspot.com.
    Ye, kita wajar mencuba pelbagai ikhtiar. InsyaAllah ada rezeki dariNya nanti. Aminnnn

  5. Anonymous

    mudah-mudahan amin

  6. Mummy Chenta

    chenta ada juga cuba dgn buah zuriat 4 biji dah..tinggal lagi 2 biji kat rumah tu igt nk try lagi buah zuriat ni

  7. Feed by Ummi Najla

    Wah chenta. Alang-alang terus rebus dua-dua biji tu. Semoga beroleh berita gembira chenta 🙂

  8. Anugerah

    Buah zuriat? Ermm…baru2 ni mentua min ada belikan untuk min, nak tergelak min tgk suami n adik ipar dok pulun nak kupas buah ni…hehe..tapi yang kesian nya kat diorg, min x minum pun sbb tak sempat…diorg proses buah tu time min dah nak balik IPG, makanya mana la smpat kan..hehe…makanya takde la min minum…

  9. Feed by Ummi Najla

    Haha. Memang lucu masa nak kerjakan buah ni. Mujurlah saya dah buat research dulu. Kalau tak, tak tahulah jadi apa min

  10. aNNe DyaNa

    Salam, sy baru je jumpe blog awak tgh dok google2 ttg buah zuriat. Sbb ada kawan office bg sy 3biji buah zuriat. Tp sy xtahu mcm mana nk buat tuk jadikan air, kawan sy suruh sy sagat buah zuriat tu. Tp bile dh bace blog awak rasenya cara awal lebih menyakinkan. Terima kasih ye sbb share ttg buah zuriat ni.

  11. Feed by Ummi Najla

    Wssalam anne. Thanks for reading! Actually sebelum saya buat pun, saya baca blog blogger lain. Bila dah betul-betul faham, baru saya buat sendiri. Alhamdulillah tak susah. Sbb tu saya nak share dengan orang lain. Selamat mngerjakan buah zuriat tu ye 🙂

  12. Aida Awie

    oh.. kena rebus biji dia ye. saya pulak ketuk2 kulit buah tu dan rebus je. pas tu habis seperiuk, saya buang buah tu. sayangnya, alahai.. tak terpikir nak search kat internet pulak sebelum buat tu.

  13. Anonymous

    sesiapa berminat untuk buah zuriat,minyak kelapa dara dan biji aprikot boleh contact or sms me 0139050410 or visit me at http://cocoapinky.blogspot.com/

  14. Feed by Ummi Najla

    Tak apa. Sebenarnya macam-macam cara nak kerjakan buah zuriat ni. Tak pe, at least Aida learn something baru kan? 🙂

  15. Anonymous

    saya xda acc fb..selain dr fb cmner sy nk dptkn buah zuriat tue ek?

  16. Feed by Ummi Najla

    Cuba SMS no2 ni:
    0164412327
    0139050410
    Untuk tanya harga buah zuriat 🙂

  17. Unknown

    Nak cuba tapi cari kat mana buah tu yer…. Hurm. Rezeki di tangan Allah tapi tak salah kalau kita mencuba.

  18. Feed by Ummi Najla

    Saya order dari blog hamilcomel.blogspot.com
    Noura boleh lihat comment2 di atas, saya ada sertakan no-no hp yg boleh dihubungi. Just mesej dan order, kmudian buat payment. Esok lusa dah spi selalunya 🙂

  19. cik ieyka

    Nk tnye,buah zuriat ni kne mnum ngn suami or isteri je yg mnum???

  20. Feed by Ummi Najla

    Terpulang. Isteri saja pun boleh. Kalau nak suami isteri minum pun boleh.

  21. Aini Qamariah

    Buah zuriat serendah RM4.45 sebiji. Sms 0164441497 🙂

    Selamat berusaha 🙂

  22. Anonymous

    saya beli sekilo sr10 je..ade 30biji…hihi..itulah harga sebenar…huhu

  23. Anonymous

    puan boleh hubungi hj. ibrahim no talifon 0123344001 dia ada jual buah doum atau di kenali buah zuriat dalam bentuk serbuk dari sudan murah

  24. zulkifle

    Kiriman boleh sampai ke singapore?

  25. Feed by Ummi Najla

    Boleh, tp agak mahal jika guna pos laju. Pos berdaftar mungkin lmbt sedikit. Encik boleh hubungi no tel yg disenaraikan di atas.

  26. Anonymous

    berapa lama buah zuriat ni boleh bertahan ye? sebab ada kawan bagi dalam 5 bulan lepas tapi tak sempat nak kupas dan rebus pun..

  27. Feed by Ummi Najla

    Selagi buah zuriat ni tak dikopek @ x nampak tanda2 kulit rosak, insya-Allah masih boleh digunakan selagi mana kualiti buah tu masih terjaga…

  28. Anonymous

    Saya ada terjumpa buah zuriat atau buah hawa ni di Mahnaz, Shah Alam. Rm7 for 3 pcs. Tapi warna dah tak segelap yg dibeli Di Mekah. Kebetulan saya baru balik umrah last week n belikan 2 biji Utk seorang sahabat. Got it there fir SAR 5 for 2 pcs.

  29. Anonymous

    sya bl rm 37 utk 2bji..slmt search google,tdk mmg xth nk bt cm mana

  30. Feed by Ummi Najla

    Agak mahal jugak harga tu. Tak apalah yang penting kita ikhtiat kan. Good luck ye 🙂

  31. miss

    Saya dpt sebiji je..itu pon kwn mak kasi..ble kot rebus sebiji dulu..

  32. miss

    Saya dpt sebiji je..itu pon kwn mak kasi..ble kot rebus sebiji dulu..

  33. Anonymous

    sy bru dpt 3 biji buah zuriat drp sorg kwn..dh dikopek tiga2..kna rebus satu2 or tiga sekaligus??n leh ke simpan buah ni dlm peti sejuk??

  34. Feed by Ummi Najla

    Tak kisah. Nak satu boleh, terus tiga-tiga pun boleh. Tak ada syarat sebenarnya dalam ikhtiar buah zuriat. Yang penting, niat nak dapat anak sebagai pencen kubur. InsyaAllah diizinkanNya juga :). Good luck 🙂

  35. Anonymous

    harap2 d kurniakan allah zuriat yg soleh n solehhah sihat dan sempurna….sy baru jumpe,kwan sy jual 3biji rm 15 je….kite ihktiar…allah yg menentukan….semoga d permudahkan amin..

  36. Unknown

    Wa..ade doa ape2 x mase nk minum 2?

  37. Unknown

    Wa..ade doa ape2 x mase nk minum 2?

  38. Feed by Ummi Najla

    Pergi blog hamilcomel.blogspot.com, then boleh order di sana 🙂

  39. Anonymous

    beli kn mane?
    klau nk beli nk oder kt mane?

  40. Anonymous

    salam Dik..akak nak tanya mana boleh beli buah zuriat ni? Ovulation Kit tu ke? camner nk order ye..tlg akak pls?

  41. Anonymous

    kalau saya nak order camner?

  42. Anonymous

    Saya pom beli sr10 jer..beli di bukit Uhud. kt sana byk. dan lebih murah.

  43. faezah

    Brapa lama boleh beratahan bila kita dah masak buah zuriat ni dah masuk dlm botol?

  44. Unknown

    As salam dan salam perkenalan,
    Nak try tak set kesuburan SHAKLEE..Alhamdulilah ramai yang dah berjaya dapat zuriat dengn izinNya..

    untuk info lanjut layari :
    http://rinnran.blogspot.com/2013/06/set-kesuburan-shaklee.html

    jangan putus asa ya..berusaha dan terus berusaha In Sha Allah satu hari nanti Allah akan makbulkan..amin

  45. Anonymous

    time kasih di atas info anda..sy pon nk try jgk lah buah zuriat ni…dgn izin Allah…

  46. Ummu Hanan

    dah nampak hasilnya x??

  47. nana

    Salam,

    Buah Zuriat Adam Hawa ini datangnya dari tanah arab terutama dari mekah, ia sebagai petua iktiar untuk hamil,sebagai ubat untuk merawat kesuburan. bukan sebagai penentu untuk dapat anak atau tidak, namun tidak salah mencuba, dan ramai juga yang telah berjaya hamil dengan usaha kecil ini dan dengan izin Allah, Allah nak beri itu dengan bermacam cara. selain utk kehamilan, ia juga bagus merawat piriod yang tak teratur, melawaskan ovum dan membantu kesuburan lelaki juga. kaedah penggunaannya berbeza2 namun semuanya boleh digunapakai

    bagi sesiapa yang mencari buah zuriat adam hawa ini, tidak perlu lagi susah hati, kerana saya juga ada memasarkan dari tanah arab, ada berbagai jenis, ada yang dah siap kapsulkan, ada yang sudah dijadikan pati jus, ada yang sudah dihancurkan dan masih belum proses pun ada.

    bagi semua yang sedang mengusahakan mendapatkan zuriat, saya sarankan sangat untuk mengamalkan bersama2 debunga kurma, debunga kurma ini adalah debu dari pohon kurma, bagus utk menguatkan rahim, mengurangkan risioko keguguran, merawat sperma yang rosak dan memekatkan air mani

    cara penggunaan setiap produk akan diberikan bersama barangan

    anda boleh SMS 0194344930 untuk mendapatkan harga, juga boleh click link dibawah ini utk testimoni

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=204053036393923&set=a.204052783060615.53496.145535915578969&type=3&theater

  48. Fatemah Abdullah

    السلام عليكم ورحمة اللة وبركاتة
    kami ada jual
    buah zuriat
    serbuk buah zuriat
    serbuk debunga kurma
    serbuk helba
    serbuk manjakani
    minyak alhabbatusawda asli 100%
    minyak zaitun asli 100%
    kapsul alhabbatusawda
    kapsul minyak zaitun
    madu sidir grd A
    madu alhabbatusawda

    pemborong besar malah pemborong kecil di alu-alukan… harga murah barang pun berkualiti ^_^
    sila sms or call di nombor ini
    0132737078

  49. Anonymous

    saya dah kawen selama 7 bulan,pelbagai cara saya iktiar untuk hamil tetapi rezeki masih belum ada…teringin jugak nak cuba buah zuriat nie..InsyaaAllah kalau di Izinkan olehNya, semoga dapat hamil selepas nie. usaha + doa = tawakal 🙂

  50. Unknown

    kalau berminat degan buah zuriat boleh whatsapp sy.. 0134080229

  51. Unknown

    kalau berminat degan buah zuriat boleh whatsapp sy.. 0134080229

  52. Anonymous

    Assalammualaikum..saya ada jual buah zuriat hanya rm20, susu kambing kurma, serbuk debunga kurma…lawat insta saya buahzuriat_delima atau fb patidelima zamzam madu kurma…nak cepat terus whatsapp di 0176106717 🙂

  53. Unknown

    Assalamualaikum..sy ada jual instant Doum/buah zuriat…sng n mudah ..cuma ambil 1 sudu mkn utk 1 cwn air cpr sedikit gula perang n sedikit lemon..sdp.tapis dulu baru minum..blh wsp terus 011 26167078…

  54. Unknown

    Assalamualaikum..sy ada jual instant Doum/buah zuriat…sng n mudah ..cuma ambil 1 sudu mkn utk 1 cwn air cpr sedikit gula perang n sedikit lemon..sdp.tapis dulu baru minum..blh wsp terus 011 26167078…

  55. Anonymous

    Ada lagi ke . Sebab mahalnya org jual .

  56. Anonymous

    Ada lg ke . Pm 0129088461

  57. Aziera

    Susahkan nak proses buah Zuriat ni..
    Siapa berminat nak cuba dan iktiar hamil (dengan izin Allah) saya ada jual JUS ZURIAT Homemade. Boleh terus minum.

    Boleh wasap saya +60194486772 AZIERA (klik nama saya dekat atas untuk terus wasap)

    InsyaAllah semoga kita semua dimurahkan rezeki Zuriat. Ameen ��

    Terima kasih tuan blog tumpang iklan ��

  58. JusZuriat

    Susahnyaa nak proses buah Zuriat ni.. ???

    Berminat nak cuba dan ikhtiar hamil (dengan izin Allah) dengan JUS ZURIAT Homemade. Boleh terus minum.

    Whatsapp;
    http://www.wasap.my/601128258867

    Atau;
    Klik link JusZuriat dekat atas tu untuk terus ke whatsapp ?

    InsyaAllah semoga kita semua dimurahkan rezeki Zuriat. Ameen ?

    Terima kasih admin tumpang iklan ?

Comments are closed.