Revert to draft

Assalammualaikum w.b.t
Atas permintaan suami, entry “Selepas 3 Tahun” saya revert to draft. Suami tidak mahu saya melukakan hati sesiapa. Maaf sejuta kali maaf sekiranya entry tersebut buat sesiapa jua yang membaca merasa sedih hati atau kecil diri. Percayalah, tiada sebesar zarah pun saya ingin sesiapa merasa sedemikian. Kerana itu, entry itu memang dibekukan sekian lama dalam draft iaitu selama 11 bulan dan saya sejujurnya tidak senang berkongsi entry itu walaupun sudah minta izin Edy sebelum ini. Saya mohon maaf yang teramat-amat. Saya khilaf.