Resepi Milkbooster Organik

Resepi Milkbooster Organik

Mak teringin nak minum air yang orang selalu cakap boleh jadi milkbooster tu.Tapi mak saya bukan menyusu. Dia cuma suka minum air tu bila saya pernah bawa pergi hospital masa mak kena warded.

No photo description available.

Bila saya balik kampung, saya rebuskan semua (kurma merah, kurma hitam, buah longan, gula madu, goji dan rose bud). Saya hidang panas-panas. Bukan mak je suka, ayah dengan adik ipar pun suka.

Cuma mak suka bila minum yang panas-panas. Mak tak suka yang dah sejuk. Bila rebus banyak, yang lebih tu nanti sejuk. Bila panaskan balik, rasanya dah kurang ‘segar’.

Mak request nak set ni yang dah siap packet (macam 3 in 1 tu). Tinggal tuang air panas je.Sebab nak tunaikan permintaan mak, kami anak-beranak ni belilah semua set ni kat kedai ubat berhampiran.

Mak memang dah kenal rapat dengan tuan kedai tu, Lim.Kami pun cakap nak buat macam ni sekian-sekian. Jadi Lim pun bantu sediakan bahan-bahan.Balik tu kami berjemaahlah buat.

Potong kecil-kecil (kurma merah, kurma hitam, longan). Lepas tu rose bud tu kami letak dalam bekas uncang teh dan lipat je.Gula madu kami potong guna pisau sambil diketuk dengan tukul.

Gigih betul nak siapkan set 3 in 1 untuk mak. Tukul besi semua keluar (boleh je nak guna gula batu tapi kami nak buat special untuk mak).Lepas tu kami cuba lah minum. Fuhhhhh… Sedap dan menyegarkan. Ayah pun suka.

No photo description available.

Tengah tidur siap terjaga nak minum juga.So bolehlah saya balik Kulai dengan tenang. Mak tinggal tuang air panas je bila-bila nak minum. Nak bawa pergi mana-mana pun dah senang.

Dengar kata mak-mak menyusu suka minum juga ya? Yang bertanya tentang uncang teh beli di mana, saya beli di kedai ubat juga. Kos pula?

Semua ni RM30, saya beli setiap jenis RM5 sebungkus (boleh request nak berapa ringgit nanti mereka timbangkan). Dan dengan kos RM30 tu saya dapat buat 40 packets 3 in 1 ni.

Setiap pack tu anggaran 5g. Mungkin ada yang lebih murah, boleh survey dahulu.

Nota kaki: Mak dan ayah ialah mak mertua dan ayah mertua saya. Mak dan ayah sendiri dah lebih 10 tahun meninggal dunia. Saya tak menjual produk ni dan buat ni sebab nak gembirakan mak dan ayah mertua je.

Sekian.Nad Masrom, Kakak susu suka cuba #nadbreastfeedinginfo

Leave a Reply