Rawatan Tradisional vs Moden. Kenapa saya tak nampak selama ni?

Kronologi TTC
 
17 Disember 2009 : Saya bernikah. Kemudian saya berttc lebih kurang setahun.
 
2010
 
Dalam tempoh setahun, saya mulakan dengan BBT, OPK, berurut dan check up pakar O&G. Kali pertama berurut ialah dengan nenek Edy. Nenek Edy ialah bekas bidan kampung dan pakar mengurut wanita yang selalu dicari-cari tak kira oleh orang Melayu, Cina atau India. Tapi bukan rezeki saya bersama nenek Edy, walaupun sudah berikhtiar dengan petuanya, saya belum diizinkan hamil lagi. Kemudian MIL saya bawa saya berjumpa dengan bidan yang pernah mengurut MIL saya dahulu. Saya ingat lagi waktu diurut, saya menjerit-jerit sambil menarik rambut sendiri terutama bila bidan itu menyentuh bahagian ovari kanan saya. Selepas diurut, bidan itu membisikkan sesuatu pada MIL saya. MIL saya angguk-angguk.
 
Pada hari yang sama, saya dibawa berjumpa dengan seorang pakar perubatan alternatif yang agak terkenal di kampung Edy. Kali ni Edy yang menghantar saya. Saya sampai di rumah pakcik itu petang. Orang sangat ramai. Keluarga Edy dan keluarga pakcik itu sudah lama kenal tambahan pakcik itu kawan baik FIL saya. Saya pernah ke rumah pakcik itu 2 tahun sebelum ketika ‘merawat’ adik Edy saya. Saya rasa semacam bila lihat ada pesakit yang meracau-racau. Apa masalah saya hingga di bawa ke sini? Pakcik itu terus memanggil saya duduk di hadapannya. Saya sebenarnya agak ragu. Selepas dibacakan doa, tiba-tiba hujung jari saya rasa sejuk beku macam air batu. Apa ni?! Saya diminta balik dan disuruh datang semula malamnya. “Benda ni sejuk. Kena tunggu malam. Petang panas.” Edy angguk dan terus bawa saya balik. Saya masih bingung. Pertama kali saya alami situasi aneh seperti ini. Apa masalah saya?
 
Dan sejak itu, lebih kurang 3 kali saya berubat dengan pakcik itu. Pakcik itu tak banyak cakap. Dia ubati pesakit pun tanpa menyentuh pesakit. Saya selalu rasa sejuk beku bila berubat dengan pakcik tu. Tah kenapa saya pun tak tahu. Pakcik kata ‘berat’ saya ni. Pakcik banyak tumpukan sebelah kanan badan saya. Pakcik cuba buang sesuatu dari badan saya.
 
6 Disember 2010 : Positive HPT! But end up with chemical pregnancy. Dua minggu selepas itu, saya ke utara, menghadiri majlis kahwin kawan saya. Saya menumpang tidur di rumah sahabat saya, Chak. Chak dan maknya bawa saya berjumpa dengan seorang bidan di Ayer Hitam, Kedah. “Belah kanan ni keras sangat. Payah nak ngandung macam ni. Patutnya kena lembut macam sebelah kiri..” sambil bidan tu tekan-tekan dengan jari telunjuk pada bahagian ovari kanan saya. Saya disuruh makan bunga cengkih dengan apa tah saya tak ingat. Balik Johor saya memang amalkan. Dalam masa yang sama saya masih terus berubat dengan pakcik juga. Saya ada juga buat abdoment scan di Pakar Perbidanan Wanita (Klinik Chia) bersama Dr Lim untuk pastikan condition rahim saya ok dan saya masih ada harapan untuk mengandung. Saya consistent consume Obimin setiap hari.
 
2011
 
27 Januari 2011 : Positive HPT! Saya disahkan hamil 4 minggu. Sehingga kelahiran Najla pada usia kandungan 30 minggu dan saya kehilangannya 3 minggu selepas itu.
 
Saya mulakan berttc selepas habis nifas. Perasaan inginkan pengganti Najla tak dapat dinafikan kerana rasa rindu yang teramat pada arwah Najla. Saya semacam give up dengan sebarang rawatan. Saya cari masa sendiri untuk tenangkan perasaan dan berhijrah.
 
2012
 
Tah bulan yang ke berapa, saya consume collagen NH sebab saya nak kulit yang cantik. Sejak itu, period saya mula tidak teratur.  Dalam tahun yang sama juga saya berusaha keras untuk turunkan berat badan dan kembalikan bentuk badan. Saya memakai Premium Beautiful selama hampir 7 bulan. Masa ni saya banyak fokus untuk diri sendiri. Usaha untuk zuriat masih diteruskan tapi secara sendiri sahaja tanpa rawatan moden mahupun tradisional.
 
28 Oktober 2012 : Saya didiagnose dengan left ovarian cyst. Saya tak tahu puncanya apa. Tapi cyst saya burst keesokan harinya selepas saya jalani pemeriksaan di KPJ Johor bersama Dr Hafetz. Seminggu selepas itu, dalam pemeriksaan susulan, saya dapat lihat telur saya di ovari kiri dengan saiz 1.9 cm sedang membesar cantik. Alhamdulillah saya bebas cyst. 
 
Sejak pernah ada cyst, saya jadi agak trauma. Saya consume banyak supplement. Jadi, saya stop dulu collagen sebab dah pening nak makan banyak jenis ubat/ vitamin ikut masa berbeza dalam satu hari.
 
2013
 
Januari 2013 : Saya consume semula collagen NH. Saya suka collagen NH selain rasanya yang sangat sedap, kesannya sangat ketara pada kulit saya. 2-3 bulan juga saya consume balik collagen ni. Dan period saya kembali ting tong. Kemudian saya stop. Saya cuba google tentang kesan sampingan collagen tapi saya tak jumpa. Tapi, saya mula syak saya tak serasi dengan collagen.
Mei 2013 : Saya lakukan check up semula di Klinik Chia. Saya sudah bersedia untuk jalani rawatan moden. Rahim saya masih lagi retroverted. Tapi saya tak bimbang tentang itu sebab saya pernah alami dulu sebelum mengandungkan Najla. Untuk kes infertiliti yang tidak ketahui, Dr Chia cadangkan saya mulakan dulu dengan chlomid. Saya bercadang untuk on chlomid selepas final exam.
17 Jun 2013 : CD-2, kali pertama saya makan chlomid selama 5 hari dengan dos 100mg sehari. Perubahan ketara yang saya rasa ialah selera makan yang membuak-buak. Saya kawal pemakanan saya. Saya tak nak kerana chlomid, saya tak dapat mengawal berat badan. Dr Chia minta saya datang pada CD-13 sebab jangkaan saya akan ovulate pada CD-14. Start dari CD-9, saya sudah mula gunakan OPK. Saya kenal badan saya dan saya tahu saya ovulate awal, bukan pada CD-14. Pada CD-12, OPK positive. So, within 24-48 hours saya jangkakan saya akan ovulate Insya-Allah.
28 Jun 2013 : CD-13, check up susulan bersama Dr Chia. Sewaktu scan, telur hanya berada di ovari kiri. Saya sudah jangka sebab saya rasa senak 2-3 hari sebelum di bahagian kiri. Telur ada sebanyak 3 tapi yang paling besar hanya 1.7 cm. Dr Chia hairan. Dia kata, mungkin bulan ni saya akan ovulate lewat. Sebab telur yang matang sepatutnya reach ukuran lebih kurang 2 cm. Saya beritahu dia, saya sudah check dengan OPK. Line positive appear semalam, masa CD-12. Dengar apa yang saya cakap, Dr Chia suspect saya sebenarnya dah ovulate. Telur yang masih ada dalam ovari kiri belum cukup matang untuk ovulate. Saya tanya Dr, macam mana dengan ovari kanan saya. Dr cakap folikel tersangat kecil. Nampak juga tapi sangat-sangat kecil. Dr kata tak apa sebab sebelah kiri dah ada. Folikel sebelah kanan boleh guna untuk cycle akan datang. Saya sebenarnya sangat berharap ovari kanan saya dapat hasilkan telur. Bukan kerana apa, saya tak nak ovari kanan saya terlalu pasif compare to ovari kiri.
10 Julai 2013 : Awal Ramadhan dan jangkaan hari saya sepatutnya period. Saya tergerak hati untuk buat HPT.  Kali pertama buat saya nampak negative. Saya terus bungkus semula HPT cassette dan terus cuci pinggan. Selesai cuci pinggan, saya tergerak hati mahu tengok semula HPT cassette tadi. Saya macam nampak ada satu line yang sangat faint. Tapi saya abaikan. Saya tinggalkan semula. Kemudian, saya rasa tak senang hati. Tipulah kalau saya tak mengharap kan. Saya tengok lagi. Line tadi makin terang tapi cuma ada satu garis halus sahaja dan lebih samar dari line C. Kalau dulu masa saya mengandungkan Najla, line positive appear dalam beberapa saat dan sangat terang. Dalam hati saya sudah syak, mungkin chemical pregnancy lagi jika benar saya hamil.
11 Julai 2013 : Saya ulang semula HPT. Kali ni gunakan urine pagi sebelum sahur. Negative! Saya tersengih. Saya ni berharap sangat agaknya semalam. Saya terus buang dalam tong sampah di bilik. Tapi lepas beberapa lama, waktu saya masuk bilik semula, saya nampak position HPT cassette tu menghala ke atas. Saya ambil semula. Oh, ada rupanya faint line tu tapi semakin samar sampai hampir tak nampak. Sah, chemical pregnancy. Saya cuma menanti period datang.
13 Julai 2013 : Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun period tak tentu hala, saya dapat semula kitar haid 28 hari. Saya rasmi period pada CD-28. Saya akan teruskan semula dengan chlomid untuk cycle ini. Dan Edy pula berharap saya sudi untuk berubat kembali dengan pakcik. Saya malu sebenarnya dengan pakcik. Sejak saya mengandung Najla dulu, saya seakan lupa diri. Lepas tu saya dah tak nak buat treatment dah. Saya sangat berharap saya boleh mengandung secara natural lagi tanpa perlukan apa-apa rawatan. Jadi bila berubat kembali dengan pakcik, saya berazam agar kali ni saya lebih fokus dan serius sewaktu berubat. Dalam hati saya berdoa kuat, segala apa yang saya lakukan ini adalah bersandarkan kepada Allah SWT jua. Saya cuma berikhtiar dan saya tak tahu ikhtiar yang mana Allah akan makbulkan nanti. Pakcik mulakan rawatan. Saya melunjur kaki menghadap kiblat seperti dulu. Pakcik mula baca ayat al-quran dan hembus pada air. Selepas itu saya minum dan sapu di bahagian badan tertentu. Semasa sedang merawat, pakcik kata belah kanan saya ‘berat’ lagi. Kanan lagi? Pakcik cuba ‘buang’ apa yang sepatutnya dibuang. Lepas habis rawatan, pakcik suruh saya tengok dulu dalam sebulan dua ni macam mana. Lepas habis rawatan, saya tengok di luar sudah ramai pesakit yang menunggu untuk dirawat pakcik. Saya terus pulang.
Sejak saya terima email dari seorang sahabat blogger, kemudian saya berubat semula dengan pakcik, saya seolah-olah rewind balik apa yang saya dah lalui selama ni. Sepanjang saya berubat tradisional, sudah beberapa kali saya diberitahu bahagian kanan saya (ovari) keras atau berat. Kemudian setiap kali saya check up dengan pakar, sewaktu Allah izinkan saya lihat telur saya dalam ovari, saya cuma nampak telur-telur itu berada dalam ovari kiri sahaja. Bila saya kena cyst dulu, pun sebelah kiri juga. Kebetulan beberapa hari lepas, saya berbual dengan seorang akak yang juga consume collagen, dan dia beritahu saya, kalau seseorang perempuan yang sudah ada cyst, fibroid atau endometriosis, tak digalakkan untuk ambil collagen. Sebab fungsi utama collagen adalah memperbaharui sel. Collagen juga mempercepatkan pembahagian sel. Jadi secara tak langsung, kalau sudah ada ‘agen’ yang membantu pembahagian sel tu, maka cyst, fibroid atau endometriosis akan lebih cepat besar. Mungkin saya sangat tidak serasi dengan collagen, mana-mana collagen atau mungkin saya allergy dengan marine collagen, saya tak berapa pasti. Semua ni hanya andaian saya. Cuma kesimpulan yang saya dapat dari rawatan saya selama ni, ovari kiri saya lebih aktif agaknya dalam menghasilkan telur setiap bulan. Saya tak sabar untuk check telur bulan ni. Saya sebenarnya nak tahu apa perkembangan ovari kanan saya. Sudah membesarkah telur nanti? Semoga ada khabar postif buat saya nanti. Insya-Allah.
 
Untuk pengetahuan kalian atau rakan-rakan yang mencari-cari facebook saya dan kemudiannya tahu akan kewujudan blog ini, saya masih lagi berusaha untuk mendapat pangganti Najla. Mana-mana rawatan atau kaedah yang seseorang cadangkan kepada saya, pasti saya akan segera lakukan. Saya seolah-olah belum pernah bosan berusaha. Saya tak nak setiap satu ikhtiar itu saya terlepas. Jadi, apa sahaja yang dicadangkan pasti saya akan cuba juga. Dalam tak sedar, selama 2 tahun ini, saya tak ingat sudah berapa jenis supplement yang saya telan, sudah berapa orang tukang urut yang saya sudah jumpa baik dekat mahu pun jauh, sudah berapa banyak petua yang saya amalkan dan sudah tentu doa saya pada-Nya tidak terkira. Sambil berusaha, saya tidak lupa untuk menghiburkan diri saya dan Edy dengan habiskan masa terluang bercuti bersama. Saya tak nak terlalu tertekan. Saya tak nak persiakan usia muda saya. Biarlah saya ke sana ke mari mencari ikhtiar sambil menggembirakan hati juga. Cuma sekarang, saya masih melatih diri untuk benar-benar ikhlas dalam melakukan sesuatu kerana Allah SWT semata-mata. Tak dinafikan ada kalanya setiap kebaikan yang saya lakukan pasti terselit satu pengharapan agar kebaikan itu dibalas segera. Mengapa saya tidak ikhlas sahaja sepenuhnya? Saya seolah-olah terdesak agar doa saya dimakbulkan kerana inilah yang kebaikan yang saya impikan. Tapi saya terlupa, sudah terlalu banyak Allah beri kebaikan kepada saya tanpa saya mampu menolaknya. Saya perlu muhasabah diri. Saya sebenarnya masih jauh dalam mencapai kekhusyukan dalam solat saya. Itulah yang saya paling kesalkan. Saya cuma terfikir, jika selama ini, apabila saya menginginkan sesuatu, saya akan berdoa dengan penuh khusyuk dan berharap doa itu dimakbulkan, mengapa saya tidak boleh khusyuk dalam setiap saat saya di dalam solat fardu yang hanya beberapa minit itu? Nyata iman dalam hati saya masih tipis. Saya belum mencapai tahap itu lagi dan saya masih mengejar tahap itu.
Maafkan segala kekhilafan saya dalam entry ini. Alhamdulillah, saya benar-benar rasa lega dapat meluahkannya di sini hari ini πŸ™‚

This Post Has 22 Comments

  1. Farhah

    bace post kali nih ade rase sedih tapi sebenarnye ade rase gembira. sebab akak berusaha lebih dri ape yg saye usaha utk dptkan zuriat. adore akak so much. semoga akak tabah dan cepat dikurniakan pengganti najla. moga2 kak. amin!

  2. ieza ashaari

    assalamualaikum sahabat blogger.

    sbnrnya dh agak lama juga sy follow blog ini, tp mungkin tidak pernah langsung meninggalkan sebarang komen dan hny membaca entry shj. mungkin bermula sejak sy mula berkahwin setahun yang lalu dan 'kosong' utk tempoh beberapa bulan.

    tiba2, bila baca entry ni, tergerak hati sy untuk komen. dulu, sblm disahkan mengandung, sy juga ada cyst. alhamdulillah, dgn supplement yg sy amalkan, cyst sy hilg bila kandungan cecah usia 3bulan.

    saudari, sy teringat psl collagen. tp, kebenarannya sy tak pasti. collagen yg benar2 asli itu katanya tak wujud dr luar krna hnya bdn kita shj yg mampu menghasilkan collagen. waallahua'lam.

    kalau saudari sanggup berubat, mengamalkan pemakanan yg baik spt supplement, sy cdgkan saudari mencuba supplement yg saya sudah cuba dan alhamdulillah, baik utk kesihatan. sy juga minta saudari jlnkan sedikit kajian mengenai produk ini. insyaAllah, rezeki Allah, kita tak tahu.

  3. BaTiK_PiNk

    Usaha Ummi Najla jika dibandingkan dengan Yani, malu rasanya Yani untuk katakan Yani dah sehabis usaha mendapatkan zuriat selama 2 tahun 8 bulan lebih ini. Tak layak sebenarnya Yani nak menitiskan airmata meminta2 padanya sedangkan usaha diri sendiri tak seberapa. Bab khusyuk solat….herm, terasa terhantuk!

  4. Feed by Ummi Najla

    amin. Untuk Farhah juga. Amin3x. Insya-Allah Farhah, ada rezeki buat Farhah nanti. Yakin yakin dan yakinlah ye dik. πŸ™‚

  5. Feed by Ummi Najla

    Tq izfa. Sebenarnya saya pun tak tahu sangat pasal collagen. Tak buat research sangat pun pasal collagen tu sebab lebih banyak buat research pasal ttc ni. Izfa nak cadangkan produk apa ye? Insya-Allah jika baik untuk saya, saya mungkin akan cuba πŸ™‚

  6. Feed by Ummi Najla

    Saya faham apa yang Yani rasa. Kerana fikirkan kawan-kawan ttc yang saya sayang, saya selalu sangat fikirkan cerita apa yang boleh dikongsi bersama di blog ini untuk sama-sama kita mensyukuri nikmat yang kita masih ada dan memperbaiki diri kita juga. Kalau tak sedih tu tipu namanya Yani. Perasaan sedih tu normal, paling penting kita tahu untuk mengawalnya. Allah dan tulis rezeki Yani sejak Luh Mahfudz setiap detik, minit, dan jam semua sudah berada dalam rahsia-Nya.

    Kadang-kadang kita tak nak 'kehidupan' seperti ini tapi kita langsung tak tahu rupanya inilah yang terbaik untuk kita yang telah Allah aturkan. Insya-Allah Yani. Saya juga sentiasa melatih diri untuk mengawal rasa sedih dan menikmati apa yang saya masih ada lagi kini. Saya tak nak kulit berkedut asyik sedih je. Hihi. Enjoy your life insya-Allah rezeki Allah itu akan dating waktu yang tak disangka-sangka. Think positive Yani! I know u can do it!

  7. umie

    as salam ummi najla…suka saya baca post ummi,sungguh ummi antara insan2 yg terpilih olehNya..akal manusia yang terbatas membuatkan kita tidak nampak apakah hikmah disebalik yang ingin Allah tentukan buat kita..hakikatnya kita merancang, Allah juga merancang namun sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah..yg terbaik buat hamba-Nya..dan selalu kita fikir sesuatu yg kita rasakan 'baik' itu sepatutnya perlu berlaku, hakikatnya Allah tahu jika ia berlaku itu bukanlah yg terbaik, Allah Maha Mengetahui..sungguh tak terdaya sebagai seorang 'hamba' untuk melawan kehendak tuannya inikan pula 'Tuhan' yang Maha Menguasai..siapalah kita yg cuma seorang peminjam di dunia yg sementara, namun Alhamdulillah syukur diberi setiap nikmat kurniaanNya yang lain tak terhitung banyaknya..bukan semua insan mampu hadapi ujian seperti ummi lalui.ummi mampu hadapi kerana kekuatan itu dariNya, Dia menguji dan hanya Dia yg mampu memberikan kekuatan itu buat kita kan…mudah2an semoga kita semua akan selalu diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi setiap ujian-Nya..ameen.

    salam kenal ye ummi najla..

  8. Feed by Ummi Najla

    Wassalam umie. Rasa tertarik dengan comment umie. Beberapakali saya baca. Speechless. Saya yakin umie juga seorang yg kuat dalam hadapi ujian Allah ini. Alhamdulillah, mengenangkan saya srbenarnya tidak seorang diri, saya mendapat byk kekuatan dan sokongan sebenarnya dari rakan-rakan yg lain.. InsyaAllah umie, tah bila detik, minit dan jam itu terjadi, Allah pasti memperkenankan jua usaha kita dengan caraNya yg tersendiri…

  9. min

    Ikhtiar selagi termampu…tak tahu selepas ikhtiar mana Allah nak bagi..kadang2 mungkin Allah sengaja menguji kekuatan dan keteguhan hambaNya dalam berusaha..Apapun usaha kita, mestilah bersandar kepadaNya walau usaha moden atau pun usaha tradisional…

  10. mas

    Salam Ummi….sy berharap ummi terus tabah menghadapi ujian2 ini…sesungguhnya apa yg berlaku ini adalah rahsia Allah kenapa ummi diuji sedemikian rupa…cuma sy berharap agar ummi tidak mudah berputus asa untuk kearah itu…saya doakan agar ummi sihat2 dan seterusnya dikurniakan cahaya mata..Insyallah…

  11. Feed by Ummi Najla

    Tq so much min. Slmt hr raya maaf zahir batin. Min telah mnjadi inspirasi saya tau πŸ™‚

  12. Feed by Ummi Najla

    Terima kasih byk2 kak mas.. Mengenangkan ujian kak mas dulu lebih besar rasanya. Saya harap saya dapat jd setabah akk dlm tempuh khidupan ini πŸ™‚

  13. Anonymous

    Salam.
    sis,saya baca post sis dan sy rasa sedih sekali.Sis, disini sy titipkan sedikit kata kata untuk sama2 kita fikirkan. Allah itu sayangkan kita sbnrnya.kadangkala usaha kita tidak mencapai target yang disetkan oleh Allah. Sebagai contoh,target Allah adalah 200% tp usaha kita hanya 100% tapi kita mengeluh bahawa kita telah berusaha dengan bersungguh2. Bg sy,pengalaman sy berkahwin dalam usia lanjut,sy tidak pernah rasa menyesal dan menyalahkan takdir.Even ramai kawan2 yang seusia dgn saya telah berkahwin dan mempunyai anak,dan sy masih single.Saya tidak pernah mengganggap ia satu ujian tetapi sbnrnya satu rahmat kerana akhirnya saya bertemu jodoh dengan lelaki yang menyenangkan diri saya.Mungkin sikap kita sendiri yang belum sedia,mulut mmg kata ingin,tp persiapan ke arah itu mungkin belum 100%,eya bila difikirkan saya belum sedia untuk berkahwin sebenarnya,dan sy masih tidak mahu meninggalkan ibu bapa saya.Sbb itu saya lambat kahwin. Bukan sekali banyak kali terjadi membuatkan saya terfikir sbnrnya diri kita blm sedia utk ke arah itu dan ,Allah tidak menunaikannya. Allah mengetahui isi hati kita,even kita tidak zahirkan melalui kata2.Mungkin sis belum ada anak,bukan kerana sis belum sedia tp pasangan sis ke,cuba tanya pasangan sis,adakah dia sudah bersedia utk menjadi bapa. Adakah dia sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab ataupun diri sis sendiri,adakah tanggungjawab sbgi ibu dpt dipikul apatahlagi dgn pelajaran(sis cerita sis belajar) dengan kerja.Allah mengetahui setiap kemampuan hambanya. Percayalah sekiranya sama detik dan saat,sis mengandung,walau tidak makan ubatpun,sis akan ttp mengandung dan dikurniakan anak.Redha,ikhlas dan percaya.Saya sendiri belum dikurniakan anak even kawan2 yg kawin sama date dgn sy sudah ramai mengandung,kerana saya tahu,Allah tahu kemampuan diri saya menghadapi dugaan.Jgn sedih dan cheer up dan sentiasa berfikiran positif dan berbaik sangka kepada Allah. Selain itu,amalkan la yassin utk mengelak diri daripada gangguan,usaha perlu ada bagi tukang ubat dan diri sendiri,kerana yassin adalah amal sy ketika saya disihir dulu.Walau berjuta orang kita berubat,tp kita tidak mengubati diri sendiri dengan amalan,maka ia adalah sia2..Maaf atas kelancangan kata2 saya dan sekiranya saya membuatkan sis terasa.

  14. nblhnni

    Assalammualaikum kak, saya Nabilah, saya berumur 21 tahun dan tk kwin lg kak. Last 2 weeks, Dr bgthu sy ada cyst dan kena operate. So sy dh dpt date utk operate nx month, 27 DEC. Saya mg kalau blh tk nak operate. Sy nak cari perubatan tradisional. Dr ckp sy 6×4/3. Saya pun tk sure. Saya blurr sgt. Sy baru shj kehilangan mak dan ayah tahun ni. Saya betul-betul buntu. Saya nak minta pendapat, dkt mana atau dkt siapa sy ptt pergi berubat tradisional. Satu lg, ni bln first sy kena sakit teruk masa dtg bulan. Sy ambik marine collagen. Nk habis dh utk 2 bln. Lps ni sy mg tak nak sentuh lg ubat ubat mcm tu lg kak. Serik. :'(

  15. nblhnni

    Assalammualaikum kak, saya Nabilah, saya berumur 21 tahun dan tk kwin lg kak. Last 2 weeks, Dr bgthu sy ada cyst dan kena operate. So sy dh dpt date utk operate nx month, 27 DEC. Saya mg kalau blh tk nak operate. Sy nak cari perubatan tradisional. Dr ckp sy 6×4/3. Saya pun tk sure. Saya blurr sgt. Sy baru shj kehilangan mak dan ayah tahun ni. Saya betul-betul buntu. Saya nak minta pendapat, dkt mana atau dkt siapa sy ptt pergi berubat tradisional. Satu lg, ni bln first sy kena sakit teruk masa dtg bulan. Sy ambik marine collagen. Nk habis dh utk 2 bln. Lps ni sy mg tak nak sentuh lg ubat ubat mcm tu lg kak. Serik. :'(

  16. Unknown

    berilhtiar itu wajib, selagi berdaya dalam kehidupan. jngan menyerah kalah bila ada masaalah bab penyakit. Saya cuma ingin berkongsi maklumat sebagai jalan usaha ikhtiar. Beberapa orang rakan saya pernah mengunjungi rumah ustaz adi wijaya di kg belahan tampok, rengit, batu pahat, johor hagi tujuan perubatan traditional / alternatif. Alhamdulilah nampaknya serasi. ustaz ni jenis low profile dan bukan jenis materialistik. jenis ikhlas menolong sesama umat…

  17. norhamida

    ALHAMDULILLAH…
    Cyst di pangkal rahim ku sudah tiada lagi. .
    Terima kasih padamu ya Allah,
    Kerana ketemu kan ku dengan jelly gamat goal G yang mujarab ini…
    Sebarang pertanyaan boleh pm Norhamida Ida@wassap 012-6879843. .

  18. Unknown

    Salam dimana tmpat ustaz ini..saya dr jauh mcm mana nak cari

  19. Unknown

    Boleh sy tau spplemnt ape yg puan gunakan utk hilangkan cyst…tima kasih

  20. ezam969

    Assalamualaikum..utk makluman, kpd sesiapa yg memerlukan khidmat urut tradisional blh lah hubungi sy di talian 011-11036311…sy menetap di kota bharu kelantan

  21. Unknown

    TESTIMONY ON HOW I GOT CURED OF MY FIBROID WITHOUT SURGERY.

    HELLO EVERYONE,
    I WANT TO USE THIS MEDIUM TO SAY A BIG THANK YOU TO DR,OKOGUN FOR HIS HERBAL WORK AND FOR HIS ABILITY TO LET ME BEAR A CHILD. I AND MY HUSBAND HAVE BEEN TOGETHER FOR YEARS LOOKING FOR THE FRUIT OF THE WOMB THERE WAS NO WAY OUT AND WE WENT TO THE HOSPITAL FOR CHECK UP AND THE DOCTOR SAID MY HUSBAND IS FINE AS FOR ME AM HAVING FIBROID AND I WILL NOT BE ABLE TO CONCEIVE, AND I WAS ADVICE TO GO ADOPT A CHILD WHICH I NEVER LIKED I THOUGHT OF WHAT TO DO, UNTIL WHEN I EXPLAINED TO MY VERY CLOSED FRIEND, AND SHE TOLD ME ABOUT DR,OKOGUN AND HOW HE HAVE BEEN HELPING WOMEN TO CONCEIVE AND HOW HE ALSO HELPED HER SISTER TO CONCEIVE AND SHE ASSURE ME THAT HE CAN HELP ME OUT, THEN SHE GAVE ME HIS EMAIL WHICH IS (drokogunsolutionhome@gmail.com) and I EMAIL HIM AND EXPLAIN EVERY THING TO HIM AND HE TOLD ME NOT TO WORRY THAT EVERY THING IS GOING TO BE FINE, DR.OKOGUN PREPARE SOME HERBS FOR ME AND I USED IT, EVERY THING WAS FINE, GLORY BE TO GOD I AM NOW PREGNANT IF THERE IS ANY ONE HERE THAT IS HAVING SIMILAR PROBLEM YOU CAN CONTACT DR OKOGUN ON HIS EMAIL:drokogunsolutionhome@gmail.com OR YOU CAN KINDLY CALL HIM ON:+2347069023473 I AM FLORA MYERS FROM USA.

    Note: He can also cure HIV/Aids,Cure any kind of cancer
    sickness, cure kidney diseases without any transplant, he can also
    stop you from having bad dreams okay.

    TESTIMONI ON bagaimana saya mendapat sembuh daripada fibroid MY TANPA PEMBEDAHAN.

    HAI SEMUA,
    Saya MAHU MENGGUNAKAN MEDIUM INI KATA RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA DR, OKOGUN KERJA HERBAL NYA DAN UNTUK keupayaannya untuk LET ME melahirkan anak. Saya DAN SUAMI SAYA TELAH BERSAMA UNTUK TAHUN MENCARI THE buah kandungan TERDAPAT NO WAY OUT DAN KAMI pergi ke hospital UNTUK CHECK UP DAN DOKTOR SAID SUAMI SAYA FINE AS UNTUK ME AM MEMPUNYAI fibroid dan saya TIDAK BOLEH untuk hamil, dan saya NASIHAT PERGI mengambil anak angkat yang saya tidak pernah menyukai saya fikir apa yang perlu dilakukan, SEHINGGA APABILA saya dITERANGKAN TO MY FRIEND SANGAT TERTUTUP, dan dia memberitahu saya ABOUT DR, OKOGUN DAN WALAUPUN TELAH MEMBANTU WANITA untuk hamil dAN WALAUPUN JUGA MEMBANTU SISTER perempuan itu mengandung, SHE ASSURE ME BAHAWA dIA DAPAT ME OUT, THEN dia memberikan saya EMAIL NYA YANG (drokogunsolutionhome@gmail.com) dan saya EMAIL HIM dAN MENERANGKAN PERKARA SETIAP TO HIM dan dia memberitahu saya TIDAK RISAU BAHAWA PERKARA SETIAP ADALAH aKAN DIKENAKAN DENDA, DR.OKOGUN MENYEDIAKAN BEBERAPA HERBS FOR ME AND Saya DIGUNAKAN IT, PERKARA SETIAP WAS FINE, Maha Suci ALLAH AKU SEKARANG MENGANDUNG JIKA ADA MANA-MANA ​​SATU DI SINI YANG MEMPUNYAI MASALAH YANG SAMA ANDA BOLEH HUBUNGI DR OKOGUN ON EMAIL HIS: drokogunsolutionhome@gmail.com ATAU ANDA SILA BOLEH CALL HIM ON: +2347069023473 I AM FLORA MYERS DARI USA.

    Nota: Beliau juga boleh menyembuhkan HIV / Aids, Penyembuhan apa-apa jenis kanser
    penyakit, menyembuhkan penyakit buah pinggang tanpa apa-apa pemindahan, beliau juga boleh
    menghalang anda daripada mempunyai mimpi buruk okay.

  22. Unknown

    ustaz adi wijaya bin iskandar ni tinggal di kg belahan tampok, rengit, batu pahat, johor. Saya pun dah lama tak kesana, tetapi kalau tak silap (kalau belum bertukar) nombor hp beliau : 013-7251546 dan 011-35109407.

Comments are closed.