Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah. Raya Haji sudah pun ke penghujungnya. Aku dan Edy sambut Aidiladha tahun ini di Muar. Syukur, ibadah qurban telah dilaksana. Namun ada kisah pahit di sebaliknya. Kesyukuran kami menyambut Aidiladha sedikit tercemar dengan adanya insan yang bermasam muka. Tahla. Aku malas nak ambil kira. Aku dan Edy tak pernah mencari musuh. Kami sedaya yang ada melayan orang lain sebaiknya, membantu seadanya, dan menjaga hati mereka sebolehnya walau hati kami sendiri adakalanya perlu diketepikan. Malah, keperluan dan hak kami juga selalu kami pinggirkan agar orang lain tidak merasa kurang. Tapi manusia, lumrahnya jarang bersyukur, kerana marah pada orang lain, kami yang dapat tempiasnya. Apakan daya, kami hanyalah manusia biasa, tidak ada apa-apa, yang ada hanyalah cinta dan kasih-sayang. Bersikap sedemikian dan berprasangka buruk tanpa usul periksa pada pendapat aku hanyalah sikap orang yang tidak matang. Aku tidak sekali-kali mahu mengeruhkan keadaan. Cukuplah sekadar menyerahkan pada Yang Maha Esa. Esok lusa, dapatlah mereka petunjuk dari-Nya.
Me & Edy (Aidiladha 2012) |
With our niece and nephew |
Ketupat (Makanan wajib) |
Our qurban |
Semoga menjadi kemudahan buat kami di sana |
Ok, kita lupakan yang pahit. Pandanglah kemanisan yang kita masih ada. Pandanglah insan-insan yang masih mengasihi kita. Kasih sayang Allah itu Maha Luas. InsyaAllah, kita tak akan pernah kehabisan kasih sayang itu di dunia. Apatah lagi di akhirat kelak.
Hari raya kedua, 11 Zulhijjah bersamaan 27 Oktober 2012, aku mula rasa nak pitam, hilang selera makan, dan mula rasa nak muntahkan balik semua yang aku telan. Tak terfikir pula ini simptom apa. Mak dah mula senyum-senyum. Mesti ingatkan aku alami simptom ‘pembawakan budak’. Aku baringkan diri atas kerusi panjang. Terlena. Bila sedar, aku rasa ada benda keluar dari Miss V. Aku senyum. Alhamdulillah, period rupanya. Bolehlah aku makan kat Tutti Frutti.
Beberapa minit lepas tu, aku senggugut yang Masya-Allah teruknya. Macam sakit nak bersalin. Aku berguling dalam bilik. Semua posisi tak kena. Sampai terdetik dalam hati, “Ya Allah, aku dah nak mati ke?”. Kadang-kadang aku rasa macam nak meneran. Kesian Edy masa tu. Serba salah dibuatnya. Diurut, dipicit, semua jadi serba tak kena. Selepas hampir 1 jam, barulah aku mula rasa kebah. Barulah boleh gelak-gelak balik. Barulah boleh melantak tak ingat dunia.
Malam tu, aku dengan family Edy pergi makan kat Tutti Frutti. Aku tak minta pun, tapi kebetulan mak memang nak pergi, nak belanja semua makan. Jadi, kami berbondong-bondonglah ke Tutti Frutti di Muar selepas maghrib.
Mak with me. Mak kemasaman tergigit biji masam 🙂 |
Our family members |
Walaupun perut aku masih lagi tak sedap, aku bolayankan je. Malas aku nak fikir sangat masa tu. Lagi pun, dah dua bulan rasanya perut aku rasa bloating. Lepas makan kat Tutti Frutti, kami jalan-jalan di Tanjung Mas. Aku dah mula rasa penat and tak selesa. Tapi muka kena sentiasa happy kan?
Keep smiling 🙂 |
Esoknya, sebelum balik, aku rasa tak sedap hati. Aku pergi check up juga. Kot-kotlah aku ni ada ulcer perut or masalah usus ke. Coz rasanya dah 2 bulan perut aku rasa tak sedap. Bukan time period je, tapi tak period pun rasa semacam.
And nak tahu doktor kata apa?
Tengok dulu pic mata aku yang macam apam ni. Agak-agak sebab apa ye? Did I cried?
Ok, nanti aku sambung cerita lagi…
Assalammualaikum…I'm ur SR..boleh dikatakan sy adalah org suka@ xsbar menanti khabar gembira dr awak…Apa yg Doc katakn ye?cepatlah update..:)..Moga ada berita gembira d'atas usaha2 awk dlm berTTc…Kalau d'sebaliknya sabarlah sebab awk adalah org terpilih utk menghadapi ujian Allah d'muka bumi ini…Apapun..SMILES..:)
Syukran miss anon. InsyaAllah saya akan update secepat mungkin :). Tq cz sudi membaca 😉