Puteri Yang Pergi Tiada Kembali

Aku kembali bertugas selepas ‘beristirehat’ lama dari cuti bersalin 3 bulan. Sehari sebelum mula bertugas, aku merayu-rayu pada Edy. Aku tidak mahu ke sekolah! Bukan kerana sudah terlalu asyik dengan bercuti, tetapi kerana aku trauma. Trauma dengan segala kenangan aku mengandungkan Najla di situ. Bukan mudah rasanya untuk berhadapan dengan keadaan ini. Tapi aku perlu gagahkan diri juga untuk ke sekolah. Sampai bila aku perlu macam ini.
Kedatangan aku pagi itu disambut pelukan hiba oleh kebanyakan rakan sekerja. Aku cuba sedaya habis memberikan senyuman dan tawa yang paling manis agar mereka tidak gelisah dengan keadaan aku. Aku cuba berlagak kuat dengan apa yang telah berlaku. Aku cuba melupakan segala episod sedih yang telah berlalu. Aku ingin mulakan hidup baru!
Setengah jam pertama, aku masih mampu bertahan. Aku tidak mahu kesedihan aku terlihat pada riak wajah yang sememangnya suram hari itu. Kelas pertama pagi itu seawal jam 7.30 pagi. Rasanya kurang bersedia untuk menghadapi kelas pertama selepas 3 bulan sudah tidak mengajar. Pelajar-pelajar sudah mula riuh bila nampak aku berjalan di tepi corridor untuk masuk ke kelas. “Cikgu Nadia is coming!”, teriak mereka. Selalunya teriakan seperti itu sebelum ni adalah sebagai amaran kepada rakan-rakan mereka yang berkeliaran supaya duduk di tempat masing-masing. Tapi kali ini, nada itu sungguh berbeza.
Sepi. Itulah keadaannya bila aku mula melangkah masuk ke kelas. Terasa kagum sebab selama ini, aku perlu menjerit untuk mengarah mereka duduk. Maklumlah, sekolah pelajar lelaki. Tapi pagi tu, keadaan cukup berbeza. Ya, mereka memandang aku dengan penuh simpati. Seolah kelu untuk bertanya atau berkata apa-apa. Apatah lagi untuk tegar membuat bising.
“Good morning class…”, perlahan keluar dari mulut aku.
“Good morning teacher…”, sayup disambut oleh mereka.
“Ok, sebelum kita mulakan peperiksaan hari ni, saya nak minta tolong agar kamu luruskan meja masing-masing, kutip segala sampah sarap yang ada, kemudian kembali ke tempat duduk kamu”, perlahan aku tutur pada mereka. Dalam masa 30 saat, mereka meluru mengutip sampah dan membuang ke dalam tong sampah, meluruskan meja, dan segera kembali ke tempat masing-masing. Aku terkagum. Kerana biasanya untuk lakukan semua itu sebelum ini mengambil masa berminit-minit. Tapi aku tahu, mereka sangat bersimpati pada aku hari itu. Mungkin juga terbit rasa bersalah atas sifat nakal mereka sebelum ini. Tapi aku tak pernah rasa marah pada mereka. Malah sangat merindui telatah mereka. Keadaan itu menyebabkan air mata aku bertakung tiba-tiba! Aduh, aku berharap sangat agar air mata ini tidak tumpah di hadapan pelajar-pelajar aku.
Alhamdulillah. Kelas pertama hanya mengambil masa 40 minit dan mujur minggu itu adalah minggu peperiksaan akhir tahun. Aku keluar dan meluru ke tempat tersembunyi. Air mata tidak dapat ditahan. Ya, aku masih sedih! Aku masih rindu pada anak aku. Aku masih terlihat-lihat segala kenangan mengandungkan Najla di situ.
Dan tiba-tiba aku teringat pada Aishah yang berkerja di sekolah berhadapan dengan sekolah aku. Aku cuba menjadi kuat seperti Aishah. Meniru kematangan yang sentiasa tergambar dari cerita-cerita yang sentiasa meruntun jiwa. Dan kerana Aishah juga secara tidak langsung aku mula untuk minat berblogging semula. Aishah inspirasi yang terbaik untuk aku masa ini. Kerana rasa hati kami hampir sama walau latar cerita kami berbeza. Aku selalu merasakan aku adalah Aishah dan Aishah adalah aku.
Aku mula kenal dengan Aishah melalui blog Life Is Short, Make It Sweet! Kami tidak pernah bersua. Tapi aku rasa cukup dekat dengan Aishah. Selepas membaca cerita Aishah mengenai pengalaman pahitnya melalui saat-saat kehilangan puteri sulungnya, Nur Anis Nashrah, aku jadi begitu teruja untuk lebih mengenali siapa Aishah dan apa yang pernah berlaku dalam hidupnya suatu masa lalu. Dalam keadaan aku yang hampir terjelopok itu, aku sangat bersyukur dipertemukan dengan blog ini. Aku sedaya yang ada mengutip sebanyak mungkin kekuatan yang ada pada  diri Aishah. Sehingga akhirnya, aku bulatkan hati untuk berkongsi rasa. Aku tekadkan jiwa untuk mengirim email pada Aishah. Dan  Alhamdulillah selepas kiriman email itu, setelah mendapat feedback positif dari Aishah dan rakan-rakannya, aku telah temui jalan hidup baru yang begitu indah. Aku yakin, dugaan ini hadir dengan sejuta hikmah.
Kiriman email ini telah Aishah kongsikan dalam Kongsi Cerita #2. Aku copy semula email yang aku tuliskan kepada Aishah itu di sini.
” Assalammualaikum aishah..saya Nadia..saya ni bolelah dikatakan sbg silent reader aishah yg setia..tp baru shj lagi iaitu sejak putri pertama saya kembali ke rahmatullah pd 24 Ogos yg lalu iaitu pada hari ke-24 Ramadhan..Sejak itu bermulalah kisah duka yg teramat pilu dlm hidup saya..

Kisah saya dan pglman aishah kehilangan nashrah dahulu mungkin sedikit berbeza..Saya telah selamat melahirkan anak sulung yg dinanti selama setahun pada 3/8/2011,pd pukul 1.02pagi secara normal.Najla Batrisya nama diberi..Namun Najla dilahirkan tidak cukup bulan iaitu pd 30 minggu kehamilan kerana preterm premature rupture of membranes atau pecah air ketuban pramatang dgn berat cuma 1.5kg..

Selama 5 hari Najla diletakkan dalam incubator dan disuntik antibiotik..Selama itu juga saya bekalkan Najla dgn EBM..Saya berulang-alik setiap hari ke hospital utk melihat Najla..Alhamdulillah pd hari ke-6,Najla sudah bole tinggal di luar incubator dan tidak disuntik antibiotik lagi..Namun,Najla masih perlu tinggal di wad A3 (di HSA) kerana berat yg tidak mncukupi..

Pada hari ke-7,saya dihubungi pihak hospital memaklumkan anak saya telah diturunkan ke wad A2 dan saya dipinta utk tggal bersama Najla utk belajar direct bf..Selalunya bayi2 yg tidak cukup bulan tidak kuat dan tidak mahir utk suck sewaktu bf..Jadi kehadiran saya di situ amat perlu untuk najla berlatih sebelum keluar hospital..Sejak itu,saya tinggal bersama Najla dan saya sgt gembira dpt bersama Najla setiap hari..Saya gembira dapat peluk dan cium dia tiap saat..Saya gembira melihat Najla yg begitu aktif..Saya gembira melihat kenaikan berat Najla setiap hari..Saya sangat gembira dan bahagia bersama Najla walaupun saya menguruskannya seorang diri dalam keadaan diri sendiri yg tidak berapa terjaga..Saya bahagia ketika itu aishah..Suami saya juga terlalu teruja dgn kehadiran najla yg dinanti2 selama ini..Tidak putus2 ucapan terima kasih yg keluar dari bibirnya kerana telah melahirkan zuriatnya..Segala persiapan dari kamar tidur,peralatan mandi,alat permainan,pakaian2 yg comel disediakan oleh suami sewaktu saya dan najla di hospital..Membayangkan segala persiapan itu,saya tidak berputus asa untuk membangunkan najla setiap 3 jam untuk memastikan berat najla sentiasa bertambah agar najla lekas keluar..Ahli keluarga dan rakan2 juga tidak sabar untuk berjumpa si kecil najla..Saya begitu teruja utk menyambut aidilfitri bersama najla dan suami..Najla begitu menghiburkan hati kami..Walaupun saya tidak cukup tidur menjaga najla di hospital,tapi perasaan saya cukup bahagia..Sangat bahagia sehingga masa yg berlalu tidak saya sedari..

Namun semua tu tiba2 berubah jd satu peristiwa yg sy tak boleh lupakan spi bila2.. Pada hari ke-18,muka Najla beberapa kali bertukar biru utk seketika..Susu yg diminum muntah beberapa kali..Saya rujuk pd MO yg ada dan doktor kata kmungkinan Najla tersedak susu..Namun semua tu jd lebih dr apa yg disangka.(Aishah,saya x mampu nk tulis balik apa yg berlaku pada hari tersebut..saya belum cukup kuat utk ingat balik..saya masih bersedih lagi dengan setiap kenangan yg saya lalui bersama Najla..saya masih lagi trauma).

Najla dimasukkan ke wad NICU A4 selama 6 hari kerana jangkitan kuman yg menyerang paru2 dan mengganggu sistem pernafasan Najla..pada hari ke-6,kesihatan Najla bertambah baik..mamun semua itu tidak lama..lebih kurang pukul 6.30petang,23/8/2011,najla lihat saya dan menangis sekuat hati..saya rasa tak sedap hati..saya nampak di kerongkong najla penuh susu..najla muntah lagi!Saya jerit panggil staff nurse,kemudian mereka lakukan rutin biasa utk menyedut keluar susu yang tersekat..Hati saya berdebar..Kuat dalam hati saya mengatakan ada sesuatu yang tak kena..Selepas susu disedut keluar,saya tak tinggalkan najla..Saya tak sedap hati..Betul telahan saya..5minit selepas itu bacaan oksigen najla drop dari 96% ke 17%!Saya panik dan saya jerit sekali lagi panggil staff nurse..Keadaan jadi kelam kabut..Najla segera dibantu dengan ventilator..Mesin yang begitu canggih itu tidak dapat membantu pernafasan najla ketika itu..Saya faham melalui pemerhatian saya dari ruang cermin apabila beberapa staff nurse di situ memeriksa pernafasan najla menggunakan steteskop..Paru2 najla tidak expand!

2 orang HO datang,tapi mereka tiada kepakaran dgn keadaan najla..Seorang staff nurse bergegas menghubungi MO dan memaklumkan keadaan najla..Saya berdoa agar MO segera dtg..Saya tak nak kehilangan najla ketika itu..Lebih kurang pukul 7.45malam,MO datang diikuti doktor pakar..Saya dapat lihat doktor melakukan CPR dan bantuan utk jantung najla berdegup sebab saya dapat dgr dan lihat bacaan jantung najla di mesin, drop hingga bawah 20 dengan bunyi amaran yg begitu kuat..Ya Allah!Suami terus solat hajat..Saya hampir jatuh terkulai tapi saya tetap terus berdoa..Saya hubungi semua ahli keluarga dan rakan2..Saya juga turut segera publish di fb minta rakan2 fb doakan..Alhamdulillah mereka terus berdoa,ada yg berjemaah buat solat hajat,bacakan yassin,rakan2 di fb juga ada yg publish di wall masing2 minta mendoakan anak saya..Begitu ramai yg mendoakan kesejahteraan anak saya ketika Najla sedang kritikal.

Bantuan yg diberikan oleh doktor berlarutan sehingga 3 jam lamanya..hancur luluh hati saya bila melihat najla dicucuk-cucuk hingga lebam setiap penjuru tubuh kecil itu..Tilam najla penuh dgn darah kesan tusukan jarum untuk memasukkan pelbagai ubat dgn dos maksimum. Hinggakan suatu ketika yg amat kritikal,salur darah najla sukar untuk ditemui,doktor terpaksa mencari salur darah di kepala najla..Najla terus bertarung nyawa..Saya dan suami bertarung air mata dan tidak putus2 berdoa kepada-Nya..pukul 10.30 mlm,keadaan Najla kembali stabil dan najla begitu aktif..Aktif seperti hari2 sebelum dimasukkan ke ICU..Mata najla terbuka luas dan najla tersenyum bila saya berdiri di sisi..Najla terus melihat2 sekeliling dan memandang ke arah family saya yg hadir..Pertama kali najla memandang dgn wajah yg begitu menggembirakan dan melegakan hati semua org..Begitu comel dan wajah terakhir itu tidak mungkin akan dilupakan sampai bila2..

Saya terus merujuk kepada doktor pakar ttg keadaan najla. Menurut doktor,keadaan najla sangat2 tidak stabil kerana daripada sample darah yg diambil didapati terdapat kandungan garam yg sgt tinggi apabila antibiotic dimasukkan untuk melawan serangan kuman menyebabkan jantung najla terhenti dan najla berhenti bernafas..Keadaan najla sgt2 tidak diduga sebegitu rupa kerana najla dijangka akan sembuh dan keadaannya jauh lebih baik sebelum ini berbanding bayi2 lain yang sedang kritikal..Namun melihat keadaannya yg aktif kembali,doktor tetap suruh saya berdoa kerana bila2 masa shj apabila ubat2 yg dimasukkan telah habis digunakan,najla akan kembali tidak stabil..Sempat saya bisikkan pada najla sambil merenung matanya dalam2,”Najla,terima kasih sebab masih bersama ibu..Najla kena kuat ye sayang..Ibu akan kuat supaya Najla kuat..Nanti Najla dah sihat,Najla dah boleh minum susu ibu..”.Najla tak berkelip dan tak henti memandang wajah saya..Sewaktu itu,ingin sahaja saya mengangkat dan memeluk najla..Namun dengan wayar dan tiub yang berselirat tidak memungkinkan saya utk melakukan semua itu..Air mata saya tahan sedalam2nya walaupun jauh di sudut hati,hati saya remuk melihat keadaan najla sebegitu rupa…

Saya mengambil keputusan utk tetap di situ bersama suami..Suami tidak berhenti berdoa dan solat hajat di luar wad bersebelahan dgn tingkap yg menempatkan najla..Kami suami isteri saling berpelukan,cuba menguatkan hati masing2..Saya tidak henti2 memohon maaf daripada suami atas dosa2 saya selama ini..Waktu itu,saya dapat rasakan cinta kami suami isteri begitu utuh..

Lebih kurang pukul 3 pagi..saya yg sedang berbaring atas riba suami di luar tingkap wad terdengar bunyi mesin oksigen najla..bunyi itu begitu kuat dan saya faham dgn maksud bunyi itu!Najla berhenti bernafas!Saya berlari masuk ke dalam wad,suami terus sujud memohon kepada Allah..Sekali lagi Najla cuba dibantu oleh beberapa staff nurse dan doktor..Pelbagai bantuan dibuat tapi akhirnya..Najla tidak memberi sebarang respons..Bacaan jantung dan oksigen najla tidak dapat dikesan..Doktor suruh saya memanggil suami,dan menyatakan keadaan najla sudah tiada harapan..Saya genggam tangan suami erat2..Air mata ditahan..Kami diizinkan utk memegang najla..Kornea mata najla menebal,najla kaku,dan matanya terbuka dan tidak boleh ditutup..

Saya dan suami masing2 memegang tangan najla kanan dan kiri..Kami bisikkan kalimah2 Allah dan shahadah..Tiba2 najla memegang erat tgn kami..Begitu erat seperti genggaman tgn org dewasa..Dan tiba2 juga bacaan oksigen najla meningkat kepada 100% dan bacaan jantung najla meningkat kepada 166..Saya tergamam..Doktor juga bingung..Saya dan suami diminta ketepi dan pemeriksaan dilakukan..”Dia masih ada lagi..”,kata doktor..Namun saya tahu,najla masih ada kerana ingin menguatkan hati kami supaya redha dengan pemergiannya nnt..Saya tahu najla tidak mahu kami ralat dan ingin bersama kami utk suatu ketika yg lebih lama..Gerak hati saya begitu kuat sbg seorang ibu..Saya bisikkan pada suami,”kita jgn siksa dia lagi ye..”.Suami yg begitu inginkan najla tertunduk,bibir diketap kuat,air mata yg ditahan2 tertumpah dan akhirnya akur bila saya berkata sedemikian..Saya tahu suami takut utk terima hakikat itu..Entah dari mana kekuatan dtg utk saya redha dgn apa shj ketentuan-Nya tika itu kerana saya yakin Dia lebih tahu apa yg terbaik untuk kami bertiga..Sedari awal kami tidak berputus asa berdoa walaupun kdgkala saya sendiri hampir mengalah..Dan najla begitu jua..Tidak berputus asa bertarung nyawa utk memenuhi permintaan kami suami isteri utk hidup bersamanya..Najla begitu kuat..”Sekuat ibunya..”,kata kakak saya.Saya tidak tahu dimana org lain melihat kekuatan saya selama ini apatah lg pada waktu segenting itu…

Pukul 5pagi saya mengambil keputusan utk memaklumkan pada semua ahli keluarga bahawa najla sdg nazak tapi dihalang oleh suami saya..Renungan yg sepenuhnya berharap agar keajaiban berlaku dari mata suami..Saya bisikkan padanya,”Kita berdoa dan berharap keajaiban-Nya ye..”.Suami saya angguk..Kami terus berdoa namun hati saya tidak sedap dan terbayang betapa ralatnya ahli keluarga saya jika tidak dapat menghadap najla di saat2 itu..Pukul 5.30 pagi saya pujuk suami..Saya bgthunya,perlu utk maklumkan pd semua..Suami akur..Saya terus menghubungi ahli keluarga dan rakan2..Tidak sampai sejam,wad A4 tiba2 dikerumuni oleh rakan2 karib dan ahli keluarga yg ramai..Saya minta izin doktor utk ahli keluarga saya masuk secara bergilir ke ICU itu..Doktor mengangguk dan memenuhi impian saya walaupun peraturan seharusnya tidak membenarkan..Syukur mereka seolah memahami..Semua ahli keluarga yg hadir akhirnya buat pertama kali dan terakhir dapat memegang najla sejak 22hari yang lalu..Saya dapat lihat wajah2 yg begitu berduka dgn keadaan najla pd saat itu..Air mata saya seperti tidak mahu keluar lagi..Saya redha dan berserah pada-Nya..

Bacaan yassin dan kalimah2 Allah terus berkumandang di wad A4 pada subuh yg hening itu..Suasana jadi begitu sayu..Bayi-bayi lain seolah2 turut mengerti bahawa Najla akan pergi selamanya..Suasana jadi sunyi sepi..Yg kedengaran hanya esakan air mata kami,dan bunyi2 mesin diselang-seli dgn bacaan kalimah2 suci Allah..

Pukul 8pagi,doktor pakar hadir,pemeriksaan dilakukan dan memaklumkan kpd kami,najla sudah tiada harapan lagi..Doktor pakar menunaikan impian terakhir kami untuk memeluk dan memangku najla..Segala wayar dan tiub yg berselirat pada tubuh kecil najla dicabut..Akhirnya saya dan suami dpt memangku najla utk terakhir kalinya..Jari-jemari Najla masih kuat memegang jari saya..Doktor dan sister memeluk saya dari belakang..Berharap agar saya tabah menghadapi saat2 kehilangan itu..Saya peluk dan cium najla berkali2..adik beradik bergilir masuk mencium najla yg masih lagi bernyawa..saya jelas dpt melihat ahli keluarga yg lain sdg melihat saat2 hiba itu dari luar tingkap sambil meraup muka mengesat air mata dan berserah kepada-Nya..semua spt x sggup melihat saat2 terakhir si kecil itu bertarung nyawa..

Tepat pukul 8.20pagi,mata najla yg sejak tadi terbuka tertutup sendiri..Genggaman yg begitu kuat dilepaskan..Najla tersenyum..Saya terus memanggil doktor..Selepas diperiksa,doktor memandang saya dan menggelengkan kepala..Innalilahiwainnailaihirojiun..
Ya,Najla sudah tiada lagi..Saya serahkan Najla kepada mereka utk prosedur pembersihan.Saya dan suami berpelukan..Anak yg kami sayangi telah dijemput Illahi…

Prosedur memandikan dan mengkhafankan saya pinta pihak hospital uruskan..Saya sentiasa ada utk setiap prosedur itu..Tubuh kecil itu seperti bayi-bayi cukup bulan yg lain..Cukup besar..Wajahnya yg mulus dan tersenyum selepas nafas terakhir cukup menggamit hati semua yg melihat..Rakan2 turut hadir dan memeluk saya seeratnya..Puluhan mesej diterima sejurus beberapa minit najla meninggal..Begitu pantas berita pemergian najla diketahui semua..Saya tidak tahu untuk berkata apa..Tergamam..Namun masih boleh tersenyum pada semua yg hadir..Jenazah najla dikebumikan di Muar,kampung halaman suami saya..Perjalanan kami dipercepatkan dari Johor Bahru ke Muar utk urusan pengkebumian..Saya dan suami bergilir memegang jenazah najla..Suasana dlm kereta begitu sepi dan memilukan..

Setibanya di Muar,saya masih memeluk erat tubuh kaku najla..Semua seakan mengerti dan membiarkan saya beberapa ketika..Akhirnya saya dipujuk jua utk melepaskan najla agar tidak menyiksanya sedemikian rupa..

Aishah…Saya mengambil masa yg agak lama untuk menulis kisah ini..Berhari2 saya cuba untuk menghabiskan cerita najla ini..Selalunya terhenti bila saya tidak kuat utk mengingatnya kembali..Dan saya akn segera sambung bila teringatkan aishah..Saya bercerita ttg blog aishah pd suami,keluarga,dan rakan2 saya.Betapa saya ingin jd setabah aishah..Saya terasa ingin memeluk aishah dan menangis di bahu aishah kerana saya yakin aishah sgt mengerti apa yg saya rasa kini..

7tahun yg lalu saya kehilangan kedua ibu bapa saya..Beza tempoh kematian mereka hanyalah 49 hari bermula dgn pemergian abah tercinta dan diikuti mak tersayang..Saya baru menginjak 18 tahun tika itu..Personaliti saya berubah sejak itu.Saya jadi seorang yg sukar diduga..Hinggalah saya bertemu cinta hati saya iaitu suami saya dan kekuatan cinta kami menghadirkan najla,permata yg akan dikenang dan dirindui sampai bila2..Saya begitu trauma aishah..Hanya suami tempat saya mengadu air mata setiap hari..Kadangkala saya jadi hilang kewarasan bila terlalu rindukan najla..Dan suami akan memeluk saya sambil menangis dan berkata,”ayah xnak kehilangan ibu pulak..tolong ibu…”. Saya sedar saya masih lagi ada suami yg begitu menyayangi saya sejak mula..Dan saya yakin,suami aishah pasti menutur perkara yg hampir sama sewaktu aishah sedih kehilangan nashrah dulu..”Ibu,ayah nak hidup bersama ibu..Ibu kena hidup utk ayah ye..”,kata2 itu keluar dari mulut suami bila saya tiba2 perlu dihantar ke labour room setelah bukaan serviks 4cm dan saya sendiri terkejut dimaklumkan akan bersalin bila2 masa..Dan kata2 itu sedikit sebanyak menguatkan saya bila saya terlalu sedih utk hadapi kehilangan najla..

Maaf kerana saya menulis begitu panjang..Saya tiada masalah jika aishah ingin berkongsi cerita saya pd blogger yg lain..Saya pun mmg berhasrat utk hasil tulisan saya ini menjadi bacaan dan rujukan pada ibu2 di luar sana..Dahulunya saya juga ada blog seperti aishah..Tetapi penulisan saya telah terhenti dan saya telah padamkan blog saya..Begitu juga dgn fb..Saya ambil masa utk kembali semula kerana saya amat sedih melihat rakan2 seangkatan saya telah selamat atau menunggu hari utk melahirkan ank masing2..

Suka saya sekiranya rakan2 aishah yg membaca kisah saya nanti memberi sokongan kepada saya..Serta mendokan ketabahan hati saya dan suami..Sejak najla meninggal,sehingga ke hari ini saya masih lagi tidak berhenti menangis aishah..Rasanya tiada satu hari pun yg tiada air mata..Walaupun saya tetap ingat najla pasti menunggu saya dan suami di pintu syurga,hati saya tetap rindukannya..Jauh di lubuk hati tentang betapa saya amat2 terasa kehilangannya..Namun saya pasrah..Redha dgn ketentuan-Nya..Doakan saya aishah.. :”(

Maaf sekiranya penulisan saya yg begitu panjang mengambil masa aishah utk membacanya..Salam kasih dari saya, Nurun Nadia binti Masrom..

Al-Fatihah untuk Najla Batrisya binti Mawardi..”

Terima kasih Aishah kerana sudi melayani email saya. Walaupun kita tidak pernah kenal, apatah lagi bersua muka, tapi saya kira, kita cukup dekat di hati. Syukur ukhuwah ini dipertemukan selepas saya kehilangan Najla. Inilah hikmahNya yang tidak kita ketahui. Sesungguhnya, sesuatu yang telah diambil oleh Dia akan digantiNya dengan lebih banyak nikmat yang tak terperi. Yang penting, kita perlu sentiasa sabar, redha, dan syukur. Saya sentiasa berdoa dan yakin bahawa Allah akan memberi ganti yang lebih baik setelah pemergian Najla. Insya-Allah 🙂 

This Post Has 35 Comments

  1. Anonymous

    akum.. Saya melahirkan kedua-dua bayi kembar saya pd 05.07.2011 @ 35 mggu. Tarikh yg tidak akan dilupakan..05/07 merupakan anniversary kami,sekaligus menyambut kelahiran ke dua-dua kembar tanpa tangisan.. meninggal di dlm kandungan merupakan tamparan yg hebat buat saya.. kesedihan yg Allah bg pd kita ni SGT menginsafkan..tanpa sebab musabab dan condition both baby yg sgt baik menyebabkan saya lupa yg semua di dunia ni, hy pinjaman. Puan bertuah, dpt memeluk anak walau hanya seketika.. saya pula pada mulanya hanyut mencari2 sebab & punca kedua-dua baby saya ( 2.5 kg & 2 kg )dilahirkan IUD.. Spt Muslim yg lain, hy pd Allah lah sebaik2 tmpt mengadu…Moga Allah bg kita kekuatan redha.

  2. Feed by Ummi Najla

    Wslm Puan Anonymous. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dengan saya. Terlebih dahulu saya ingin ucapkn takziah atas pemergian kembar puan. Jujur saya akui, ujian yang dilalui puan jauh lebih kuat dari pengalaman saya kerana puan perlu menghadapi pemergian dua anak sekaligus. Saya kelu. Tiada kata. Mungkin sedang membayangkan betapa sakitnya rasa rindu itu mengenangkan kedua-dua cahaya mata yang telah pergi jika saya berada di tempat puan. Ya, seperti yang puan kata, hanya Allah sebaik-baik tempat mengadu. Dan saya yakin, pasti semua ini punya beribu hikmah yang kita tak mampu nak singkap.

    Baru saya tersedar betapa saya sebenarnya telah diberi nikmat menjaga anak saya walaupun untuk seketika. Terima kasih puan kerana telah mengingatkan saya untuk terus bersyukur dengan apa yang telah berlaku. Sekali lagi puan, takziah dari saya.

    Wordless :"(

    Al-fatihah~

  3. PutriesNoora

    Allah..runtun hati saya baca..takziah..semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kita semua..amin..

  4. Anonymous

    salam…takziah….awk seorang ibu yg ckup tabah dan apa yg sy bca ketika ini m'buat airmata sy mgalir deras..Al-fatihah..dn sy minta izin kongsikn di fb sy…moga Allah berikn zuriat kpd awk..juga kepada sy..amin Ya rabbalalamin

  5. Feed by Ummi Najla

    Allah.. Syukran miss anon.. Silakan share, tidak ada masalah. Salam perkenalan 🙂

  6. Hamizah Binti Zulkifli

    subhanallah, sedihnye sy baca. semoga akak dan suami terus tabah. kisah akak hampir sama dgn pegawai sy dkt opis ni. bezanya pegawai sy tu smpt bersama puteri sulung setahun stgh dan puteri kedua 8bulan. kedua2nya meninggal sbb kuman dlm drah dan muntah2 muka biru. tp rezeki cpt skrg dah brsalin ank ketiga dan semoga sihat shingga dewasa. sy doakan akak juga jd tabah seperti pegawai sy tu…insyaAllah…ramai yg doakan akak…=)

  7. Feed by Ummi Najla

    Tq hamizah. Saya sendiri pun tak sanggup nak baca balik kisah saya ni. Rupanya ada orang lain yang lebih berat ujianNya. Saya berharap dan terus berdoa, semoga Allah kurniakan pengganti itu segera buat saya dan suami. Tq sekali lagi hamizah sebab sudi membaca 🙂

  8. Shadow Of Life

    Ya Allah…tak sedar air mata jatuh mase tgh bace entry ni..Sungguh berat dugaan kamu..
    Semoga Allah kurniakan pengganti dan mengkabulkan doa2 kamu dan husbad..In Shaa Allah ~

  9. Anonymous

    Salam
    menitis airmata mbaca email tersebut.sesungguhnya sungguh besar dugaan yg allah berikan.
    Sy penah mngalami saat2 anak dirawat di nicu tetapi tidak sehebat dugaan puan. sekecil mn pon dugaan,jika melanda anak2 kita pasti diibaratkan sebesar2 dugaan.hati ibu tiada yg dpt memahami.semoga puan terus tabah.insyaallah najla menunggu di sana.

  10. Feed by Ummi Najla

    Tq miss shadow. Tq sbb sudi baca. Semoga Allah mengkabulkan juga doa2 kamu 🙂

  11. Feed by Ummi Najla

    Tq miss anon. Saya tak sangka sudah hampir 2 tahun najla tinggalkan kami. Terima kasih atas sokongan dan doa yang diberikan. Semoga Allah membalas kebaikan kamu 🙂

  12. nurul izzan

    salam~
    teresak2 saya menangis baca kisah ni.. saya baca dari kisah akak ttc najla smpai dia mninggal.. sy kagum dengan kekuatan akak.. sesungguhnya ALLAH menyanyangi hambanya yg bersabar..
    saya pn dah sethun kwin masih tungu zuriat.. semoga kita dpt zuriat yg solah dan solehah =)

  13. Feed by Ummi Najla

    Terima kasih izzan sudi baca san drop comment. Akk macam dah terlupa kisah sedih ni sebab sudah hsmpir 2 tahun berlalu. InsyaAllah akan ada rezeki Izzan. Percaya ye dik 🙂

  14. mas

    salam ummi….meruntun hati saya mendengar setiap coretan yang ummi paparkan di sini….mmg sy tau ummi amat tabah serta kuat dalam mengharungi kisah sedih ini….sy berdoa dan mengharapkan agar satu hari nanti ummi juga dikurniakan zuriat bukan sebagai pengganti najlabatrisya…tetapi sebagai adik2 kepada kakaknya yang telah dijemput terlebih dahulu…ummi…sy ada tiga org bidadari syurga yg pasti akan menunggu sy di sana nanti….terkadang hati saya terlalu amat merindui mereka…tetapi nasib sy baik…alhamdulillah,….Tuhan juga mengurniakan sy 3 org cahaya mata…harap dpt baca coretan dr ummi lagi

  15. Feed by Ummi Najla

    Ya Allah mas, terus menitik air mata saya baca comment mas. Saya baca kuat depan suami. Suami berkata, "Masya-Allah!"

    Sejak saya ada blog ini, barulah saya sedar, di luar sana ada lebih ramai ibu-ibu yang mengalami peristiwa sehampir saya. Apatah lagi mas, Ya Allah, 3 orang bidadari sekaligus. Tabahnya hati mas.

    Terima kasih mas atas doa yang diberikan. Sungguh, saya rasa sebak dan terharu!

    Salam perkenalan mas…

  16. Feed by Ummi Najla

    Kak Mas, sorry saya terbahasakan mas pula. Baru jenguk blog akak tadi. Malu2… Sorry ye kak 🙂

  17. mas

    a…ah…dah tua saya ni he he he….sy bukan kehilangan 3 org sekali gus…tp selang setahun sy kehilangan sorang berturut-turut tahun lah….dah lama pun berlalu tp semuanya tetap meninggalkan kesan yg amat mendalam, sakit yg masih terasa serta air mata yg akan menitis bila mengimbas kembali peristiwa2 itu….semuanya tetap segar dlm ingatan ini….tak mampu sy lupakan namun sy juga teruja dengan ketabahan ummi…hari demi hari, kian bnyk cerita ummi yg sy baca, kebetulan sy baru saja jumpa blog ni 2 hari yg lepas….insyallah sy akan terus membaca blog ummi….salam perkenalan….semoga jumpa lagi..

  18. Feed by Ummi Najla

    Saya tak dapat bayangkan situasi akak kalau saya berada di tempat akak. Nyatalah akak memang seorang yang kuat. Dan alhamdulillah Allah telah kurniakan anak-anak yang lain buat akak. Kagum dengan ketabahan akak. Tq so much kak mas sebab sudi berkongsi.

  19. mas

    Dah banyak n3 nadia yg akak baca dah…walau belum semua…tp apa yg dpt akak kutip sungguh menyentuh jiwa akak sebagai seorang ibu…moga nadia tabah…anak2 kakak yg ada sekarang ni (3 semuanya) 2 daripadanya lahir sbagai bayi pramatang….yg paling teruk yg no 2 tu lah….the only lelaki…lama dia duk dlm incubator…bila dah keluar, dpt jondis pulak….tinggi bacaan darah dia…smpai kena duduk bukan sj atas ada lampu…..malah…kat bwh pun ada lampu….dlm keadaan tak berbaju gitu….sayu hati mengenangkannya….sehari semalam dia dlm keadaan yg mcm tu….akak ingat…selama 2 bulan akak duk hospital masa melahirkan dia…tp alhamdulillah, sihat lah sekarang….yg 3 org bidadari syurga tu…semua atas anak yg no 2 tu lah…kalau nadia tengok gambar kat blog akak…anak no 1 dan no 2, kan jauh jarak dia….tu suma sedang menunggu akak disana nanti…..banyak nak kongsikan lagi…nanti kita bertukar2 cerita lagi k…o nadia ni cikgu ekkkk…..sama….tengah banyak keja sekarang ni….stresssss…..k, jumpa lagi..c u later2

  20. Unknown

    menangis saya baca kisah akk ni :'(

  21. Feed by Ummi Najla

    Tq hidayah sudi baca. Akk pun masih menangis lagi kalau baca kisah ni :")

  22. Feed by Ummi Najla

    Kuatnya ujian akak. Syukur kak mas memang kyat orangnya, sebab tu Allah pilih untuk hadapi ujian ni, kan? Lepas berkenalan dengan kak mas, saya rasa lebih positif. Jika kak mas boleh hadapi, takkan saya tidak kan?

    Kak mas cikgu juga kan? Saya cikgu baru belajar lagi. Kak mas, saya suka sangat kalau dapat berkongsi cerita dengan kak mas. Terima kasih kak mas sudi berkongsi cerita dan menasihati saya. Doakan saya dapat pengganti seperti anak2 akak skrg ye 🙂

  23. mas

    http://razinnizar.blogspot.com/
    nadia cuba baca kisah ni….sedih jugak…. ya lah sudi jugak nak bertukar2 cerita dng nadia….nak bagi no hp…tp bkn lah disini tempatnya….apa pun harap kita blh berkongsi pengalaman jugak nanti

  24. Feed by Ummi Najla

    Allah kak… Saya menangis baca kisah razin. Allah.. Sebak sangat…

  25. mrshaqkirin

    : Menangis lagi saya membaca rahsia hati nadia nie… ;')
    Semoga Nadia berbahagia bersama 'Ayah' till Jannah… Aminnnn~

  26. Nur Rayhan Yusoff

    tq ummi sebab sudi berkongsi kisah yang membuatkan saya menangis…sememangnya ummi sangat tabah…Hanya Allah yang tau apa yang terbaik utk kita …

  27. Anonymous

    Salam perkenalan ummi najla..semoga tabah menghadapi dugaan ini ye.

  28. Unknown

    Assalam.Air mata saya tidak berhenti mengalir saat membaca coretan puan. Terbayang2 bagaimana puan mengharungi saat2 kehilangan puteri tersayang. Moga puan terus tabah dan bergembiralah kerana ada bidadari kecil yang menunggu puan dan suami di syurga nanti.

  29. hidayahmohamed

    Allahuakbar…. perancangan allah yang amat tidak dapat kita duga…. seperti nadia saya juga diuji dengan kehilangan anak… yang pertama pd tahun 2013, baru saja merasa nikmat gerakan baby pada usia kandungan 19 minggu.. dan sebulan yg lalu saya terpaksa melahirkan imtiaz rehan pada kandungan baru 25 minggu… alhamdulillah rehan lahir sempurna..820gm, tapi sebagai premature baby.. pelbagai komplikasi terpaksa dia hadapi, paru paru tak matang, pendarahan otak, anemia… dan yg paling menakutkn jangkitan kuman dalam darahnya.. namun saya bersyukur rehan dapat survived untuk sy dan suami.. sy berpeluang menyentuh dan melihat anak kami walaupun untuk 26 hari sahaja… rehan pulang kepadaNya kerana jangkitan kuman dalam darah.. kuman jahat yg sangat kuat dan melemahkn segala organnya.. pelbagai antibiotik yg di beri pada rehan tidak dpt melawan kuman berkenaan… hinggalah 22/9/2014 penafasan rehan semakin teruk.. melihat nurse terus cuba pump oksigen ketubuhnya sy sedar.. sy sedang melawan takdir, memaksa rehan hidup untuk sy.. sy hanya mampu berbisik pada rehan " syg, kalau syg penat.. mamy faham, mamy redha syg pergi.. mamy dah bersedia" dia seolah2 faham… sy x akn dpat lupa wajah tenang pemergiannya.. mungkin dunia ni bukan tempatnya, tempat yg istimewa allah sediakn untuk anak kita…

  30. Feed by Ummi Najla

    Hidayah, saya sebak sangat baca kisah awak. Lebih kurang dengan apa yg saya pernah lalui. Kalau awak perlukan sokongan sekarang ni, boleh beri no telefon awak di email saya nurunnadiamasrom@gmail.com
    Saya rasa dengan memberi sokongan awak in shaa Allah akan jadi lebih kuat. Kawan2 saya juga ramai boleh memberi sokongan pada awak. Do email me..

  31. Unknown

    ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻜﻢ ummi najla.. Tengah blog walking mencari kekuatan dan come across blog puan.. Menitis air mata bila baca entry ni. Saya pun baru melahirkan seorang bidadari syurga 19.11.2014 yg lps.. Tapi sy tak berpeluang lgsung utk mendengar tangisannya.. Apatah lg nk menjaganya wpun sehari., sebab dia dh meninggal dlm kandungan setelah 26 minggu dia bersama saya..

  32. Shafila Ismail

    Salam. Sebak sy membaca entry puan. Ketika sy memcari info2 ang bayi pramatang sy terjupa kisah puan. Arini sy dah pun 27ari berpantang tanpa puteri sy di sisi. Dia menjadi bidadari syurga seusia 4 hari. Sy melahirkan dia seusia dia 32w melalui emergency czer. Sebelum ni tahun 2014 sy jugak kehilangan seorg bidadari syurga seusia 10hari. Now sy dh hilang 2 org bidadari syurga. Pemergian kali kedua ni betul2 buat sy xbole terima kenyataan. Sepertimana awk tulis,dia kuat bila sy pegang jari2 dia. Paling sy ralat sebab dia langsung xmerasa susu badan sy sebab terpaksa berpuasa. Now sy redha dengan ketentuannya. Walaupun ati ni berat utk menerma kenyataan tp nasib sy sy masih punya ada suami,ank sulung dan family.

  33. wani

    Assalamualaikum puan dan readers sekalian..
    Saya pun kehilangan baby pramatang alhri pada 31 mggu, kerana ada contraction selepas saya demam2 hari, saya kekurangan nutrien potassium selepas lebih kurang 2 minggu sakit kaki yang berterusan. baby saya meninggal selepas 4 hari dengan berat 1.6kg.. Ya Allah, peritnya melalui saat2 itu, syukur Allah permudahkan walaupun setiap kali solat atau di mlm hari, air mata tumpah juga..ni anak yng ke 4, czer kali ke 4 dan telah pun kena ikat tiub..ada org yg lebih hebat dugaannya, saya doakan semua ibu2 tabah dengan ujian yang serupa..dan yang sedang berusaha utk cahayamata, semoga Allah makbulkan doa dan permudahkan semuanya..

  34. Unknown

    Assalamualikum… seperti juga nadia.. sya juga punyai seorang bidadari syurga Tuan Nur Ain Zulaikha.. genap umurnya 9 bulan allah ambil balik pinjamannya pada saya n suami… rasa belum puas membelai memberikan sepenuh kasih n sayang tapi siapa laa kita menidakkan takdir yg maha esa… pengakhiran nadia n ain seaakan sama… bermula dari jangkitan kuman.. kemarin genap 6 bulan bby ain pergi… semakin menbal rindu mama padamu sayang… tapi mama redha akan kehendak yang maha esa.. kerna itu yang terbaik.. insyallah kita akan berjumpa lg disana.. janji allah swt itu pasti.. andai tiba waktunya nanti akan mama peluk ain erat2 … mama tahu kamu bhagia disana sayang disampai anak2 syurga yang lain… ain zulaikha 13.08.2016-13.05.2017

Comments are closed.