You are currently viewing Punca breast bengkak

Punca breast bengkak

Punca breast bengkak

“Breast engorgement”

Atau istilah lain yang biasa disebut sebagai bengkak susu. Kak Nad share secara ringkas beberapa faktor yang menyebabkan breast engorgement:

Ini Penyebab yang Membuat Payudara Wanita Kerap Terasa Sakit - Citizen6  Liputan6.com
  • Lambat menyusukan anak selepas kelahiran.
  • Susu tidak dikeluarkan dengan baik disebabkan bayi keliru puting, posisi pelekapan yang lemah, inverted nipple, masalah tongue tie.
  • Baby teething.
  • Teknik urutan yang salah menyebabkan salur di dalam payudara tersumbat/tercedera kerana tekanan jari yang kuat.
  • Memakai bra terlalu ketat.
  • Mengambil makanan tinggi lemak tepu.
  • Pemberian susu ibu secara berjadual tanpa mengikut demand anak.
  • Ibu dah beri anak susu formula menyebabkan bayi kenyang lebih lama dan kurang permintaan pada susu ibu.
  • Exclusive pumping: susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh breastpump melainkan melalui hisapan bayi atau pun dengan menggunakan teknik marmet selepas sesi perahan menggunakan pam.

Bila susu tidak dikeluarkan dengan baik akan menyebabkan salur duktus tersumbat dan menyebabkan bengkak susu yang biasa. Sekiranya tidak ditangani, akan menyebab mastitis (tahap bengkak susu yang lebih teruk tetapi belum mendapat jangkitan).

Dan peringkat seterusnya ialah abscess di mana ibu mengalami abnormal breast engorgement yang menyebabkan jangkitan di payudara.

Semoga dengan penjelasan diatas dapat menyedarkan ibu-ibu bahawa persiapan dari segi ilmu penyusuan ibu perlu ada untuk setiap ibu .

Perkongsian ini daripada hasil penulisan Puan Nad Masrom