You are currently viewing Punca bayi tidak dapat nutrisi yang cukup dari susu formula?

Punca bayi tidak dapat nutrisi yang cukup dari susu formula?

PUNCA SUSU KERING DAN IBU TIDAK YAKIN BOLEH MENGHASILKAN SUSU YANG CUKUP?

Saya dapat video ni dari sahabat saya yang menzahirkan kebimbangannya tentang masalah yang dikhuatiri berlaku kepada bayi yang menyusu formula.

Klik link ini untuk ketahui apa punca jika kita memberikan bayi susu pekat manis serta susu formula

https://www.facebook.com/100005863929639/posts/1066315000240621/?d=n

Dalam sesi kaunseling, salah satu aspek yang kami tekankan kepada ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu dan beri bayi mereka susu rumusan adalah TEKNIK BANCUHAN yang betul.

Banyak manakah susu formula yang diperlukan oleh bayi saya? - BabyCenter

Kami juga menekankan cara pemberian susu gantian selain dari cara penyediaan dan penyimpanan yang bersih dan selamat mengikut AFASS (Acceptable, Feasible, Affordable and Safe).

Apa yang ditakuti dalam video ini sebenarnya telah banyak berlaku. Ibu mula mencairkan bancuhan susu formula kerana beberapa faktor. Antara faktor yang paling ketara adalah untuk menjimatkan kos.

Dan perkara yang paling menyedihkan berlaku kepada sebahagian ibu-ibu miskin yang tidak mampu untuk meneruskan pembelian susu formula ialah mereka beralih kepada pemberian SUSU PEKAT MANIS dan TEH O kepada bayi mereka.

Cirit Birit & Bayi - Inspirasi Syahadah

Janggal untuk kita yang berkemampuan dengar berita ini tapi itulah hakikatnya bila ibu-ibu ini seolah ‘tiada pilihan lagi’ dan terpaksa bergantung kepada minuman pengganti selain dari susu ibu.

UNICEF melaporkan 1/5 daripada kanak-kanak di Malaysia terbantut pembesarannya kerana kekurangan zat akibat terperangkap dalam kemiskinan. Kesannya anak-anak ini akan mengalami kesukaran untuk belajar dan mengalami keciciran.

Jadi, sama-samalah kita cakna tentang masalah ini dan membantu golongan ibu-ibu miskin ini untuk memastikan mereka mampu berikan nutrisi terbaik buat bayi mereka selain pemberian susu pekat manis.

Arba Foundation sedang giat mencari 500 orang ibu miskin yang bakal melahirkan bayi mereka sekitar Julai 2019.

Mungkin ada kalangan yang membaca ini memahami kesempitan yang ibu-ibu ini alami dan ingin membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan mereka.

Bantu SHARE kan post ini supaya ada ibu-ibu miskin yang dapat dibantu nanti.Maklumat lanjut tentang Projek ‘Susu Ibu Untuk Bayi Miskin’ boleh lihat di link berikut:

https://www.arbafoundation.com/breastfeeding

Nad Masrom, Kaunselor Laktasi Anda #nadbreastfeedinginfo