Puasa dan menyusu. Cabaran MINDA

Puasa dan menyusu. Cabaran MINDA

Ni hasil perahan lewat Selasa petang dan saya tengah berpuasa. Terasa mencabar puasa minggu ni dengan cuaca panas lit lit.Tengahari tu rasa macam nak mengalah juga.

Saya basuh tangan, basuh muka berkali-kali. Mujurlah bilik beraircond, so kurang sikit rasa dahaganya.Bila pam tu lagi rasa mencabarnya. Rasa dahaga semua ada. Memang jujur rasa macam nak buka puasa!

Bayi Jatuh Terlentang Dari Katil, Baru Berusia 2 Hari, Punca Ibu Penat |  theAsianparent Malaysia

Tapi saya cuba muhasabah balik. Belum nak mati lagi kan aku ni? Saya cuba pastikan badan cukup air malam sebelum. Saya minum air sekerapnya, sikit-sikit tapi kerap. Sahur pun saya makan berat + kurma.

Tapi apa pun, akhirnya kita perlu berlawan dengan mindset kita sendiri.Mindset kita yang tentukan susu kita cukup atau tidak. Kita mampu atau tidak. Bila saya asyik cakap “tak laratnya…” saya memang jadi tak larat.

Tapi bila satu ketika tu saya bermonolog “Kau ada rasa macam nak mati ke sampai nak mengalah ni?”, then saya jadi kuat semula.Betullah orang kata, cabaran paling besar kita nak lawan ialah DIRI KITA, MINDA KITA.

Kita je yang boleh tolong diri sendiri. Kita je yang boleh lawan dan bunuh ‘biawak’ dalam minda kita. Tak ada orang lain, melainkan kita sendiri.

Kepada semua ibu menyusu, selamat berpuasa bagi yang masih mengganti puasa dan yang bakal menghadapi Ramadhan nanti,

semoga kita dapat melaluinya dengan baik.

Nad Masrom, Cuba lawan. #nadbreastfeedinginfo

Leave a Reply