Sebelum itu, saya perkenalkan diri saya, Nurun Nadia binti Masrom. Saya lebih dikenali dengan panggilan Nad Masrom. Saya merupakan penulis Ebook 30 Persoalan Tentang Penyusuan Susu Ibu, Tips Pam-pam Penuh, Panduan Penyusuan Susu Ibu Bekerjaya, Mudahnya Uruskan Susu Ibu, dan Tips Suami Sokong Susu Ibu.
Saya merupakan Kaunselor Laktasi Bertauliah dan Fasilitator Seni Terapi Penyusuan Susu Ibu. Saya juga adalah pengasas sebuat pusat penyusuan di Johor, Feed by Ummi Najla.
Saya telah membantu ramai ibu untuk menyusukan bayi dengan mudah dan relaks serta teknik yang betul melalui personal coaching, online coaching, home visit dan group coaching yang sudah dilaksanakan lebih 100 sesi sejak tahun 2016.
Selain itu saya sering diundang sebagai speaker di beberapa seminar penyusuan oleh badan-badan korporat dan NGO seperti YOUHA Malaysia, KPJ Pasir Gudang, Kolej Marsah, Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Wanita (LPPKN).
Saya juga sering menganjurkan bengkel dan seminar penyusuan seperti The Art of Breastfeeding, Mindful Breastfeeding, Empowering Breastfeeding dan Breast Massage Workshop dengan kehadiran jumlah peserta lebih 1000 orang.
Saya juga telah dipilih sebagai panel laktasi ‘Moms to Be’ oleh majalah keibubapaan nombor satu di Malaysia iaitu Pa&Ma. Pengalaman saya dalam membantu ibu-ibu untuk menyusukan bayi mereka telah mendorong saya untuk menghasilkan ebook ini bagi membimbing ibu-ibu untuk menyusukan bayi mereka selama 2 tahun.