Consultation: LC Elpeni Binti Ramli

RM150.00

Puan Elpeni Binti Ramli telah menamatkan latihan kejururawatannya di KPJ International College of Nursing and Health Sciences pada tahun 2010. Beliau mempunyai minat khusus dalam penyusuan susu ibu dan kini berkhidmat sebagai Lactation Educator di Jabatan O&G di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur sejak 2015. Beliau adalah Kaunselor Laktasi yang berdaftar di bawah Pusat Laktasi Kebangsaan Malaysia dan Pembimbing Penyusuan yang dilatih oleh Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Association (MBfPCA). Beliau juga telah memperoleh sijil Terapi Urutan Laktasi pada 2016. Beliau aktif mengendalikan program persedian untuk ibu bapa baru. Selain itu, beliau juga menjalankan latihan penyusuan susu ibu untuk kakitangan hospital dan syarikat korporat. Puan Elpeni juga turut berkongsi pengalaman dan ilmu beliau di majalah Pa&Ma, Parenthood dan Motherhood.my. Pengalaman beliau dalam menyusukan 3 orang anaknya secara tidak langsung sentiasa membantu beliau menguruskan dan mengendalikan ibu yang datang untuk mendapatkan sokongan penyusuan daripada beliau. Beliau juga terlibat secara aktif dengan program penyusuan susu ibu dalam komuniti. Puan Elpeni boleh dihubungi melalui media sosialnya Tiktok: Elpeni Ramli dan IG: elpeni.ramli

Add to Wishlist
Add to Wishlist

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Consultation: LC Elpeni Binti Ramli”

Your email address will not be published. Required fields are marked *