Positive!

Memori indah 27 Januari 2011 bila sahaja aku dan Edy mendapat berita gembira dengan UPT positive Najla memang tidak akan dilupakan. Masih aku simpan elok UPT itu. Ah, seronoknya perasaan melihat double line yang banyak merubah hidup kami. Indahnya saat itu. Aku amat berharap semoga aku cepat mengandung semula dan memulakan hidup sebagai seorang ibu kepada anak-anak kami nanti. Biarlah masa yang menentukannya. Aku pasti Allah SWT mendengar doa kami. Cuma kami masih menunggu saat-saat terindah itu tiba :).
Tengah berpenat-penat hari ini sambil melayan gambar-gambar sewaktu aku mengandungkan Najla dulu, aku terasa nak share moment indah itu di sini. Indahnya saat-saat ini 🙂
 

 

Cukuplah gambar ini sahaja. Banyak cerita yang kami nak sampaikan pada Najla sebenarnya bila dia besar nanti melalui gambar-gambar ini. Namun, Allah lebih menyayanginya dan sudah tentu Najla telah mendapat tempat terbaik di sana. Syukur kerana aku berpeluang untuk melahirkan seorang ahli syurga. Memang indah bila terkenang jerih-perih sewaktu mangandungkan dan melahirkan Najla. Semua tu berakhir dengan satu kegembiraan sehingga kini.
“Ibu and ayah love you so much sayang :)”
Semoga Allah SWT kabulkan usaha dan doa kami suami isteri untuk menjadi ibu dan ayah buat adik-adik Najla secepat mungkin.
“Ya Allah, kabulkanlah doa kami. Semailah zuriat dalam rahimku ini. Janganlah Kau biarkan Kami hidup sendirian tanpa zuriat. Sesungguhnya Kau sebaik-baik mewarisi”.
Amin…

This Post Has 2 Comments

  1. CikCoach

    Assalammualaikum ummi najla,

    seronoknya bila dah mengandung semula. saya tumpang gembira 🙂

    tahniah. take care 🙂

  2. Feed by Ummi Najla

    Cik coach. Entry ni cuma memori yg lepas. Mengandung semula tengah on the way ni (dalam proses). InsyaAllah. Sama2 kita mengandung ye :).
    Thanks anyway. Harap makbullah doa cik coach untuk saya. Aminnnnn….

Comments are closed.