You are currently viewing Perlu ke rangsang susu untuk keluar sewaktu mengandung?

Perlu ke rangsang susu untuk keluar sewaktu mengandung?

  • Post author:
  • Post category:Wanita
Susu ibu hamil tak perlu diminum bila konsumsi 7 makanan ini |  theAsianparent Indonesia

Berdasarkan pengalaman saya bersalin sebelum ni, saya ni bukan jenis yang terus keluar susu. Saya akan keluar susu dalam hari ke-4, itu pun selepas urut.

Jadi, boleh tak saya nak rangsang susu untuk keluar dengan menggunakan breastpump sewaktu mengandung supaya bila baby lahir nanti terus ada susu?

Jawapan:

Ini bukan kali pertama saya menerima soalan seperti ini. Ada juga ibu-ibu yang bertanya untuk mengambil milk booster supaya susu dapat dihasilkan sejak mengandung lagi dan terus meriah selepas melahirkan.

Saya sebut semua ni sebagai miskonsepsi kepada ibu-ibu yang kurang jelas tentang bila dan bagaimana susu dihasilkan dalam badan.

Menjawab soalan ibu di atas sama ada boleh atau tidak beliau menggunakan breastpump untuk stimulate penghasilan susu, jawapan saya adalah TIDAK BOLEH dan TIDAK PERLU.

1. TIDAK BOLEH kerana rangsangan di aerola sewaktu hamil boleh merangsang tubuh badan untuk menghasilkan hormon oksitosin yang boleh menyebabkan contraction yang mana jika kerap dilakukan akan menyebabkan kelahiran pramatang.

2. TIDAK PERLU kerana susu telah dihasilkan sejak kandungan berusia 7 atau 8 minggu. Fasa ini disebut sebagai Memogenesis.

Kemudian apabila kandungi memasuki trimester kedua iaitu sekitar 16-24 minggu, proses penghasilan kolostrum telah berlaku dan fasa ini disebut sebagai Laktogenesis

1. Penghasilan susu telah berlaku seawal ini sebagai persediaan sekiranya ada dalam kalangan ibu yang melahirkan anak pramatang (seperti saya dahulu) dan selepas kelahiran pramatang, ibu boleh menyusukan bayi seperti biasa.

Kolostrum amat diperlukan bayi kerana ia kaya dengan antibodi yang diperlukan oleh tubuh badan. Keadaan fizikal kolostrum adalah pekat dan sedikit berkadaran dengan saiz perut bayi.

Susu matang belum terhasil pada awal kelahiran kerana yang ada hanyalah kolostrum. Kadar pengeluaran susu akan berlaku bergantung kepada kadar hormon prolaktin seseorang ibu. Ada ibu yang telah keluar sebelum kelahiran dan ada ibu yang mula keluar susu selepas 2-3 hari melahirkan.

Jadi, untuk meningkatkan kadar hormon ini, rangsangan seawal kelahiran (di labour room) adalah perlu supaya proses pengeluaran susu lebih cepat berlaku. Urutan di bahagian belakang badan ibu juga boleh dilakukan untuk merangsang saraf-saraf dan kelenjar susu agar lebih aktif.

Lebih kerap ibu menyusukan bayi, maka lebih cepat kolostrum akan mula keluar. Jadi ibu sememangnya tidak perlu untuk merangsang penghasilan susu sewaktu hamil kerana susu telah terhasil sejak kandungan 4 bulan.

Apa yang ibu perlu lakukan adalah kerapkan penyusuan dengan bayi dan dapatklan bayi secepat mungkin untuk menyusukan selepas kelahiran.

Harap soalan dan jawapan ini dapat membantu ibu-ibu yang menghadapi permasalahan yang sama.

Perkongsian ini daripada Puan Nad Masrom iaitu pengasas Feed by Ummi Najla