You are currently viewing PAM SUSU HANDSFREE, PERLU ATAU TAK?

PAM SUSU HANDSFREE, PERLU ATAU TAK?

Waktu kini pam susu bagi ibu bekerja sudah menjadi satu keperluan. Bukan saja membantu ibu memerah susu semasa bekerja malahan ia juga memudahkan ibu untuk menepati waktu memerah susu walaupun dihimpit dengan kesibukan bekerja.

Bagi memenuhi keperluan ibu-ibu,maka terciptalah pelbagai pam susu dan salah satunya ialah handsfree breastpump(pam susu bebas tangan­)

Apa itu handsfree breastpump?
Ia adalah sejenis pam susu yang membolehkan ibu untuk memerah susu tanpa perlu memegang pam susu tersebut, sesuai dengan namanya iaitu pam susu bebas tangan(handsfree breastpump). Ia membolehkan ibu melakukan pelbagai aktiviti lain seperti menyelesaikan tugasan di komputer riba, makan, malahan menyelesaikan tugasan kerja yang sibuk walaupun sedang memerah susu.

Siapa yang memerlukan handsfree breastpump?

  • Ibu bekerja yang perlu banyak bergerak atau tidak mempunyai satu tempat kerja yang tetap.
  • Ibu yang bekerja di kaunter dan perlu sentiasa berurusan dengan pelanggan.
  • Ibu yang kerap berjumpa orang ramai.
  • Ibu bekerja yang perlu melawat tapak kerja.
  • Ibu seorang pelajar yang padat dengan kuliah.
  • Ibu surirumah yang memerah susu sepenuhnya(EPMOM) dan perlu menguruskan anak dan tugasan di rumah.
  • Ibu yang mahu jimat masa dan memilih untuk memerah sambil bekerja di kubikel.

Terdapat beberapa kriteria pada handsfree breastpump, seperti,

1.Motor pam terletak pada mangkuk penadah susu(cup).
2.Mangkuk penadah susu yang disambungkan dengan tiub dan mempunyai motor berasingan.
3.Pam susu bercorong yang memerlukan penggunaan baju dalam khas bagi menjadikan ia bebas tangan.

Contoh handsfree breastpump seperti dinyatakan.

Cara memakai handsfree breastpump juga agak mudah, hanya perlu selitkan ke dalam baju dalam. Kemudian anda sudah boleh menyambung aktiviti anda sambil memerah susu. Susu yang diperah akan ditadah masuk ke dalam botol atau mangkuk penadah.

Perlukah saya beli handsfree breastpump?
Jika anda tergolong dalam kategori yang disenaraikan seperti di atas, penggunanaan handsfree breastpump sudah tentu amat membantu untuk anda memerah di tempat kerja. Malahan jika penggunaannya dapat dimanfaatkan secara optimum pastinya memberikan pulangan yang sangat berbaloi untuk perjalanan penyusuan anda. Yang penting anda juga harus meyakinkan diri anda bahawa anda masih boleh memerah susu walau apa pun situasinya.

Sebagai sumber inspirasi buat anda,

  • Doktor wanita menjalankan pembedahan Caesarean bagi menyelamatkan ibu dan bayi,dalam masa yang sama memerah menggunakan handsfree breastpump bagi membekalkan susu buat bayinya.
  • Pemotong ayam wanita berhati-hati menjaga kebersihan handsfree breastpump  yang dipakainya semasa memotong ayam supaya susu yang diperahnya dalam keadaan bersih untuk bayi.
  • Guru yang memerah menggunakan handsfree breastpump sambil mendidik anak murid di dalam bilik darjah.
  • Wanita yang memerah dikalangan rakan sekerja lelaki semasa mesyuarat.

Semoga ia memberi semangat buat anda untuk terus menyusukan bayi.