Sesampai je di rumah tadi, dari luar pagar aku dah nampak depan pintu rumah ada satu sampul A4 Pos Ekspress. Tak tahulah siapa yang letak di situ. Mungkin adik aku tergesa nak keluar sampai tak sempat nak letak dalam rumah. Aku senyum sampai ke telinga. Aku dah agak apa isi dalam sampul tu. Memang sesuatu yang aku nantikan sangat-sangat.
Nilah OPK yang aku selalu sebut tu 🙂
Aku order 24 pieces. Haha. Melampau kan. Sebab murah. Semuanya baru RM47.50 including postage. Kalau beli kat Guardian dengan harga tu mahunya cuma dapat 5 OPK je. Berbaloi la kan. Hari ni baru CD4. Dah tak ada darah langsung. Spotting pun tak ada. Tak tahulah kalau kejap lagi ada balik. Tak sabar-sabar nak guna OPK ni sebenarnya walaupun actually ini bukanlah first time aku. Mungin sebelum ni aku tak betul-betul faham konsep penggunaan OPK dan BBT Chart. Tapi hopefully bulan ni aku boleh apply balik kefahaman aku yang sedikit cuma ni sebaiknya. Insya-Allah. Aku just perlu ingat, bila OPK positive, so ovulation akan berlaku within 24-48 hours. Sebelum ni aku ingat, positif je OPK, so dah ovulate. Tu yang BD time tu sahaja. Lepas tu tak BD dah. Mungkin juga belum rezeki. Pasti ada hikmah-Nya 🙂
Then, BBT chart pula boleh jadi penunjuk hari apa aku ovulate based on increment of basal body temperature. So, boleh agaklah guna 2 method ni untuk detect hari apa yang sesuai untuk BD. Maklumlah lately ni, kami busy memanjang. So, kena plan betul-betul masa untuk BD yang tak distresskan dengan workload dan hal-hal lain. Insya-Allah.
Ok semua. Doakan semoga usaha kami berjaya bulan ini untuk peroleh zuriat terindah itu. Amin Ya Rabb :).
Glossary
BD : Baby Dancing
OPK : Ovulation Predictor’s Kit
BBT : Basal Body Temperature
CD : Cycle Day
Ida wish good luck yea..Insyaallah ada rezki di bulan nie :)….murah gak opk beli online kan…
Amin amin amin. Moga-moga makbul Doa ida. Haah, murah beli online. Yang jual ni may be dia beli borong kot 😉
K pun ada order dari hamil comel…. servisnya sangat cepat kan, arini order&wat payment, esok lusa dah sampai… 😉 K baru ni order UPT+OPK skali.. sonok kan dpt beli murah2… hehe… ape2 pun, K doakan good luck untuk Ida ye.. mudah2an berhasil pasni… aminnn…
Ye K. Murah dan penghantaran cepat. Moga-moga usaha kita bulan ni diperkenankan-Nya. Amin 🙂
sy pun order dr hamil comel.. beli upt + opk, thermometer n vitex…
Wah, ramai rupanya antara kita yang sudah order dari hamilcomel. Tak rugi join RH. Banyak perkongsian ilmu :). Mudah2an usaha kita semua berjaya. Amin 🙂
gudluck ye…:)
mudah2an ada rezeki…aminnn
Aminnn. Tq so much mag 🙂
Salam, Najla beli kat mana???
Anyway saya JD dari RH
Sy dah follow belog awak 🙂
Nieta@JD
http://nietashairi.blogspot.com
Nieta, saya beli dari hamilcomel.blogspot.com.
Murah. Thanks follow me :). Saya terjah blig awak ye :).
Kak yana doakan usaha nad berhasil.Semoga cpt2 dpt joint kak yana 🙂
Kak yana doakan usaha nad berhasil.Semoga cpt2 dpt joint kak yana 🙂
Amin. Amin. Amin ya rabb k.yana. Lama x dengar khabar k.yana. Tq so much k.yana 🙂
saya baru jer nk ber'OPK..hope ader rezeki awak dan kita semua kan AMIN
InsyaAllah Salmi. Mudah-mudahan Allah SWT makbulkan doa dan usaha kita. Amin…
RM1/pcs strip ujian ovulation OPK (kesuburan)/pregnancy UPT (kehamilan).
blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com
sms: 0122429082 (puan nor)
email: lovidoobidoo@gmail.com
Wah, murahnya.. Tq ye pn nor..