Lepas Najla meninggal dunia 6 bulan lepas, ketidak keruan aku buatkan aku jadi bertambah banyak makan (bila aku susah hati, hormon nak makan tu selalu bertambah), terus tak ada moral nak jaga badan. Aku pun pelik dengan diri sendiri. Kalau orang lainlah biasanya jadi hilang selera makan sampai susut berkilo-kilo. Tapi aku ni terbalik sikit. Seolah dengan makan banyak tu aku jadi lebih happy (kononnya lah). Then kesannya, berat badan aku bertambah 10 kg! Orang kata, perempuan yang dah pernah bersalin, kalau dah naik badan tu, memang susahlah nak turun. Aku tak percaya sangat dulu. Sebab aku ni jenis cepat naik and senang juga nak turun berat badan. Lagi-lagilah time sekolah, kena bergerak pantas kejar kelas, buat kerja itu-ini, balik umah urus rumah pulak, memang cepatlah turun. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Betul apa yang orang kata, orang yang dah pernah ber’anak ini memang susah nak turun berat badan. And segala aktiviti biasa aku dulu yang kononnya boleh kembalikan berat badan yang ideal telah gagal sama sekali. Terasa rendah diri juga bila berkeadaan sebegini. Nak berjalan sekarang pun dah mudah rasa mengah apatah lagilah kalau nak berlari, memang confirm pancit.
Then, aku ni merayu-rayulah kat suami aku supaya dibelikannya aku basikal. Basikal second pun tak apa. Mula-mula, suami tak berapa nak respon. Aku mengecek pulak basikal dengan adik ipar aku. Adalah basikal terpakai kat kampung tu. So, adik ipar aku ni pun bermurah hatilah spray body basikal tu ikut tema kewanitaan aku ni, pink putih. Unfortunately, basikal tu masih tak sempurna sebab beberapa bahagian tak ada like handle, tempat duduk, rantai dan tayar. Mak mertua aku kata, kalau dibelinya semua barang-barang tu samalah harganya dengan aku beli basikal yang dah complete kat kedai basikal. So, bertangguhlah aku nak dapat basikal masa tu.
18 Februari 2012 – Menstruasi.
Aku bilang pada suami yang aku agak sedih. Tapi hakikatnya aku dah redha sedari awal. Tentulah kami berdua sangat berharap usaha nak dapat adik Najla berhasil tapi rezeki itu belum kunjung tiba. Aku yakin ada hikmah-Nya yang tersembunyi. Jadi, kesempatan itu aku gunakan untuk pujuk suami belikan juga basikal. Kononnya bagi aku happy sikit. Bila balik je dari sekolah, tup-tup dah ada sebuah basikal park depan rumah. Suami pula tak ada masa tu. Rasa macam pelik juga. Tak tertahan hati ni terus call suami tanya ada tak dia belikan basikal untuk aku. “Ye, ayah baru belikan basikal tua untuk ibu”. Aku dengan berbaju kurung terus excited cuba basikal tua itu.
Basikal tuaku |
Tapi bila berbasikal sorang-sorang ni dalam keadaan diri yang dah berusia (sebab dekat taman aku yang naik basikal semua budak kecil je), terasa malu-malu kucing juga. Padahal tak de sapa pun yang teringin nak tengok aku. Then aku pujuk lagi suami. Bukan untuk beli basikal baru, tapi minta suami sempurnakan basikal adik ipar aku tu and bawak balik Kulai supaya dia boleh temankan aku berbasikal. Suami setuju and dibelinya spare part yang tak delah mahal sangat dan sempurnalah basikal itu tanpa terbazir. Jadi, bolehlah kami berbasikal berdua.
Then, berbasikallah kami berdua sampai ke rumah kakak aku melintasi lampu isyarat dan jalan-jalan besar. Melayang juga bila kereta lalu sebelah kami. Kecut juga perut. Suami yang memang dah biasa dengan keadaan macam tu sempat lagi ambil gambar aku yang tengah cuak tunggang basikal tapi aku memang tak beranilah nak ambil gambar suami dalam keadaan berbasikal macam tu. Takut jatuh sebab rasa tak balance bawa sebelah tangan. Bila dapat spend masa berdua macam ni, memang terasa sangat gembira. Cannot describe the happiness at that moment. Wordless 🙂
Thank you kepada zauji (suamiku), Mawardi Maskam kerana masa-masa kegembiraan yang telah kita lalui bersama. Terima kasih juga kerana tidak pernah berhenti untuk gembirakan diri ini. Aku sentiasa gembira disisimu.
Semoga usaha kami untuk beroleh zuriat dimakbulkan Allah SWT. Amin :)

Awesome information..
Keep writing and giving us an amazing information like this..
BW gan kunjungi nyapnyap.com
Awesome information..
Keep writing and giving us an amazing information like this..