Mertua vs menantu

“Mertua aku selalu lebihkan anak-anak dia berbanding menantu sendiri”, luah seorang teman.
Aku tak tahu nak comment apa bila masuk part ni. Nak bagi nasihat pun, rasa macam tak cukup ilmu lagi. Tapi aku bersyukur kerana rasanya aku punyai mertua yang baik. Kadang-kadang memang ada terfikir perkara yang sama. Tapi aku rasionalkan semula fikiran dengan dua perkara.
Pertama, adakah aku telah menjadi menantu yang sangat baik pada mereka? Kalau aku ni sangat-sangat baik macam watak Dhia dalam Tentang Dhia tu, then layaklah aku nak persoalkan perkara macam ini. As long as aku ni masih lagi menantu yang suam-suam kuku, aku tak ambil pusing tentang perhatian yang aku patut terima sebab aku pun tak beri comitment 100% sebagai seorang menantu yang baik.
Kedua, naluri seorang ibu utamanya mestilah akan utamakan anak-anak sendiri berbanding menantu. If anak-anak aku dah besar nanti, mestilah aku pun jadi lebih prihatin lagi-lagi pada anak perempuan yang dah ikut suami masing-masing. Terkadang memang rasa nak raih perhatian tu lebih-lebih lagi bila mak abah sendiri dah nak masuk 8 tahun meninggal dunia. Tapi, aku positifkan semula fikiran. Cukuplah aku tak menyusahkan mertua aku dengan mengadu masalah itu ini, cuba minta itu ini dan sebagainya. Cukuplah aku bersyukur dengan apa yang ada. Gembirakan mereka semampunya. Dan pasti menantu aku nanti akan gembirakan aku dan tak menyusahkan kami suami isteri bila menginjak usia senja nanti.
Dan sebenarnya aku boleh katakan kedua mertua aku adalah mertua yang terbaik di dunia. Mereka bukan sahaja menjadi ibu dan ayah yang baru pada aku tapi juga pada adik-beradik aku yang lain. Bahkan, setiap kali aidilfitri, atau ada kenduri kendara, adik-beradik aku lah yang memenuhkan rumah mertua aku. Memang seronok dan macam dah jadi satu kebiasaan pula. Kasih sayang dapat dikongsi seisi keluarga. Hidup kami semakin meriah. Dalam hal ni, aku tidak sendirian meraih kasih sayang ibu dan ayah malah kakak, abang, dan adik lelaki aku juga turut merasa sama. Indah bukan?
Kalau nak fikir tentang kesamarataan kasih sayang antara mertua, anak dan menantu, sampai bila pun memang tak pernah selesai. Selagi kita tetap fikir negatif, hasilnya tetap sama. Nilah orang kata ‘power of mind’. Kalau buruk kita fikir buruklah jadinya. Akibatnya, perhubungan memang terasa hambar bila prasangka buruk sentiasa berlaku dikalangan menantu dan mertua apatah lagi bila ada yang cuba masuk jarum menyemarakkan hubungan yang sediakala dingin. Buat apa nak pening-peningkan kepala fikir soal ni? Selagi maruah masih belum tercalar, kebahagiaan suami isteri belum tergugat, keluarga masih ada di sisi, berhentilah persoalkan semua ni. Bukan apa, masalah sedia ada keliling pinggang pun tak pernah habis. Jadi, tak payahlah menambah sesak kepala dengan mencari masalah dengan mertua pula.
.
Jika rasa mertua memang tak pernah ngam dengan kita, berkadarlah dalam berhubungan tu. Maksudnya, tak payahlah over sangat kita buat baik semata-mata mengharap akan dibalas baik juga. Jika sebaliknya yang jadi, kan sendiri yang merana dan puaslah makan hati berulam jantung nanti.
Bersederhanalah dalam semua perkara. Cuba perbaiki sikap diri sendiri dahulu sebelum menuding jari ke orang lain. Belajarlah apa-apa yang patut dan jangan ulangi kesilapan yang sama yang memang sah-sah akan membuat mertua berasa jengkel dengan kita. Paling penting, doa. Berdoalah selepas berhabis usaha agar perhubungan mertua menantu ini sentiasa baik, tenang, dan berada dalam lindungan Allah SWT. Insya-Allah 🙂