Assalammualaikum w.b.t
Ini topik Forum Perdana Hal Ehwal Islam semalam. Bagaimana untuk merakyatkan perkhidmatan awam di Malaysia dan rata-rata penonton waktu tu ialah penjawat awam. Saya sangat tertarik dengan ulasan Ustaz Don tentang bagaimana untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dikalangan penjawat awam. Salah satunya adalah meningkatkan kesedaran ketuhanan di pejabat. Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan ialah merehatkan diri dengan solat sama ada wajib atau pun sunat. Dan salah satu solat sunat yang boleh diamalkan ialah solat dhuha.
Dua tahun lepas, iaitu pada pengakhiran tahun 2011, saya ada membeli buku tulisan Ustaz Pahrol Juoi yang bertajuk Beduk Diketuk. Tulisan yang penuh sinikal tapi sangat mendalam maksudnya.
Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan Edy, Palm Villa Golf Resort 24.02.2013 |
Salah satu topik yang diulas bertajuk ‘Ingat Mati Tingkatkan Produktiviti’. Cerita yang dikongsikan adalah perdebatan dengan seorang pegawai tinggi sebuah organisasi tentang produktiviti syarikat. Saya ambil beberapa petikan dalam buku tersebut,
“Saya risau kalau semua orang ingat mati, produktiviti syarikat akan menurun,” kata pegawai tinggi sebuah organisasi.
“Apabila ingat mati, masing-masing fikir diri sendiri sahaja. Mereka akan asyik solat, zikir dan wirid sahaja. Mereka akan tinggalkan kerja. Saya tak setuju langsung tentang ceramah tentang mati ini dibuat dalam organisasi ini. Sorry, saya tak setuju!” katanya berterus terang.
“Saya rasa tidak begitu. Apabila semua pekerja ingat mati, makin meningkatlah kualiti dan produktiviti syarikat ini,” kata saya.
“Maaflah awak masih berfalsafah. Kita mesti realistik. Syarikat ini sedang mengalami masalah. Produktiviti dan kualiti menurun secara drastik.”
“Mengapa? Apa sebabnya?” tanya saya.
“Culas, curi tulang, pembaziran, rasuah…”
“Tuan, itu semua sikap orang yang lupakan mati,” jolok saya pula.
“Saya takut orang yang ingat mati asyik solat sahaja!”
“Asyik solat? Apa salahnya dengan solat?”
“Kalau asyik solat sahaja mana sempat buat kerja?”
“…. Solat itu mencegah daripada fahsya’ dan mungkar. Termasuklah mungkar dalam pekerjaan seperti culas, membazir, rasuah, curi tulang, dan lain-lain.”
“Saya pernah jumpa orang yang banyak solat tapi rasuah, curi tulang…:”
“Tentu ada salah di mana-mana dengan soaltnya. Kalau solat tak mencegah kemungkaran, solat itu bukan solat. Ini disebut dalam hadis.”
“Maksud awak?”
“Mungkin solat kerana riyak. Mungkin jahil dengan ilmu solat. Atau tidak mujahadah hingga solatnya dikategorikan sebagai solat orang yang lalai. Khusyuk jauh sekali!”
“Jalan penyelesaian?”
“Perlu diberi ilmu, dididik dan dilatih dengan program solat yang sebenar!”
“Kalau begitu kita perlukan program latihan yang menyentuh soal mati ke, solat ke produktiviti? Saya makin keliru sekarang…” kata pegawai tinggi tersebut.
“Ketiga-tiganya sekali. Kita perlukan program latihan yang bersepadu. Hingga dengan itu pekerja yang ingat mati akan serius dengan solat dan seterusnya akan meningkatkan produktiviti dan kualiti pekerjaannya!” jawab saya.
(Pahrol Mohd Juoi (2011). Beduk Diketuk)
Saya cuba ringkaskan tulisan Ustaz Pahrol ini. Tapi kesimpulannya, untuk meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi adalah melalui program latihan kerohanian yang mendalam tentang kesedaran dalam mengingati mati. Betullah, bila kita ingat mati, kita takut untuk melakukan sesuatu yang salah. Undang-undang dunia tak berjaya buat manusia takut untuk melakukan dosa. Hanya hukuman Allah sahaja yang dapat menyedarkan manusia bergelar hamba Allah ini.
Teringat saya pada awal tahun ini, saya sebagai Naib Pengerusi kelab guru dan staf telah menerima cadangan beberapa orang guru Islam untuk menjadikan bilik pantry yang berada di sebelah bilik guru di tingkat tiga itu sebagai bilik solat. Mungkin kerana saya AJK tertinggi yang beragama Islam, jadi ramailah guru-guru yang menyuarakan pendapat tersebut dengan harapan adalah tindakan selanjutnya. Mula-mula saya terfikir juga, apalah nanti pendangan pengetua kami yang bukan Islam itu tentang pendapat untuk membina bilik solat yang baru. Dan sewaktu saya berdepan dengannya, salah satu hujah untuk saya menguatkan permintaan itu ialah kerana ingin meningkatkan produktiviti sekolah (guru Islam terutamanya yang menjadi majoriti) dan mengawal emosi guru Islam dengan lebih terurus dengan solat. Bukanlah sekolah kami tiada surau, tapi adalah lebih mudah jika ada bilik solat terhampir dengan bilik guru yang berada di tingkat tiga itu. Mendengar segala hujah saya, alhamdulillah permintaan kami itu ditunaikan. Dan bermulalah operasi untuk menjadikan bilik pantry sebagai ruang solat. Dan bukan sahaja guru-guru Islam yang menggunakannya, malah guru-guru bukan Islam juga berhak untuk keluar masuk menggunakan sinki, berehat, mengepam susu, dan makan di bulan puasa. Saya tak sangka, mereka sangat menghormati kami dan alhamdulillah bilik pantry+bilik solat itu dapat jadi tempat berguna untuk semua orang. Malah, guru-guru bukan Islam juga ada menyumbang peralatan untuk kegunaan bersama di bilik itu. Kesan sejak bilik solat itu diwujudkan sangat ketara. Alhamdulillah.
Seawal bilik pantry menjadi bilik solat. Sekarang dah lebih cantik sebab ada guru yang sedekahkan langsir. Alhamdulillah. |
Ruang solat yang minima tapi sangat bermakna. Peralatan dan keperluan solat adalah sumbangan daripada guru-guru. |
Ruang rehat untuk semua. |
Semoga menjadi perkongsian berguna.
Wallahua’lam.
Allahu akbar! Sgt terkesan dgn penukisan ummi. Bukan semua org berani nak menyuarakan dan berhujah dgn penuh himah seperti umie. Smg Allah kurniakan ganjaran buat usaha umie, memudahkn urusan ibadah org lain, inshaAllah Dia memudahkan urusan umie. Amin…
Nad… Usaha yg murni Nad.. Alhamdulillah.. Memang susah nak buat non muslin percaya dengan kreadibiliti org muslim. Mesti ramai yg cakap muslim workers ni suka curi tulang. Fa tak nafikan mmg betul. Tapi kita yg masih menjaga integriti ni haruslah pulihkan keyakinan mereka semula.
Mungkin pengetua lihat prestasi Nad bagus.. Tu yang brliau tak teragak2 untuk menunaikan permintaan tersebut. Selamat bekerja sambil beramal Nad!
Jazakallahu khair sweet tooth. InsyaAllah kita saling membantu mana yang termampu seadanya.. Syukran ya ukhti 🙂
Sebelum berjumpa (malah setiap kali hendak berjumpa), nad dan kawan2 biasanya akan berdoa dulu atau baca Ya Latif supaya Allah lembutkan hatinya.. Alhmdulillah, kuasa Allah Fa, Allah lembutkan hati mereka2 ini walaupun bukan Islam.
Bila baca comment Fa, baru teringat entry Fa integriti. Macam kbtulan pula entry nad dgn Fa kn.. 🙂
salam,
Alhamdulillah..bukan senang nak minta tempat solat yang selesa..kadang-kadang company yang ownernya beragama Islam pun berat nak sediakan..
btw kalau berminat dengan supplement from Shaklee, saya ada buat promo ESP Shaklee..do visit my blog ye
http://ainasuraya.blogspot.com/2013/09/promo-shaklee-esp.html
thanks!
Alhamdulilah ibu….semoga hidup kita sentiasa di lindungi Allah SWT. Terima kasih atas semuanya..semga setiap langkah kita di berkati.