Cara ini lebih mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Selain memberikan kemudahan kepada pengasuh bayi, kaedah ini juga akan memberikan banyak manfaat kepada bayi. Antaranya ialah :

- Cara ini menyenangkan bayi kerana tiada sebarang alat dimasukkan kedalam mulutnya.
- Cara ini membenarkan bayi menggunakan lidahnya dan belajar merasa apa yang diminumnya.
- Cara ini meransang sistem pencernaan bayi.
- Cara ini menggalakkan koordinasi antara bernafas, menghisap dan menelan.
- Bayi perlu dipegang dengan rapat dan pertembungan mata akan berlaku. Hal ini akan menggalakkan interaksi antara bayi dengan persekitarannya.
- Kaedah ini akan membenarkan bayi mengawal jumlah dan kadar penyusuan.
- Cawan lebih mudah dibersihkan berbanding botol dan puting kerana mempunyai bukaan yang luas.
- Memadai mencucinya dengan menggunakan sabun dan air. Ibu perlu memilih cawan yang mempunyai permukaan yang licin. Cawan yang bergerigi akan menggalakkan pengumpulan kuman.