You are currently viewing Masalah Puting Merekah

Masalah Puting Merekah

Tip kesan kanser payudara - Famili | mStar

Tanggapan bahawa puting ibu sepatutnya bertindak balas secara semula jadi terhadap proses penghisapan bayi tidak boleh diambil mudah.

Ramai ibu yang mengalami kesakitan pada puting terutamanya masalah puting merekah. Kedudukan bayi semasa menyusu juga menjadi satu faktor menyebabkan berlakunya rekahan tersebut.

Teknik mengampu payudara yang salah semasa penyusuan juga boleh menyebabkan puting ibu tertekan pada lelangit bayi dan terjadinya luka dan rekahan..Pastikan teknik lekapan perlu diperbaiki dan kedudukan bayi semasa menyusu dengan cara yang betul.

jika ibu merasa sakit pada tempat rekahan tersebut,ibu bolehlah memerah susu secara manual pada bahagian yang tidak mengalami rekahan..Semasa bayi tak menyusu, ibu boleh sapukan susu ibu yang telah diperah ke tempat rekahan dan biarkannya kering.

Air susu ibu membantu melembapkan dan mengurangkan rasa sakit pada rekahan tersebut..Kebersihan pada putting dan keseluruhan payudara juga perlu dititikberatkan.

Elakkan daripada membersihkan puting dengan sabun kerana ia akan menghilangkan minyak semulajadi yang terdapat disitu.

Jika rekahan agak teruk, ibu perlu berjumpa doctor untuk mendapatkan ubat sapu yang sesuai .

Itu sahaja pada harini perkongsian daripada kami, jika puan mengalami masalah puting merekah boleh beli nursicare . Produk yang dijamin selamat, tanpa menggunakan sebarang bahan yang merbahaya seperti kimikal. jika berminat boleh cari di website kami feedbyumminajla.com

Sumber rujukan ini kami daripada buku 100 persoalan mengenai penyusuan susu ibu.