You are currently viewing Ketahui Tips Pilih Corong yang Betul

Ketahui Tips Pilih Corong yang Betul

Ada pelbagai jenis breastpump di pasaran. Semua nampak menarik. Bila baca testimoni susu meriah, terus kita rasa nak beli kan? Dari yang murah hingga ke mahal, semuanya ada good review masing-masing dari mommies yang dah pernah guna.

Kita pun terus beli. Maka berlaburkan duit ratusan hingga ke ribuan ringgit. Tapi tiba-tiba, feedback yang kita rasa tak best macam mommies lain cakap.

SAKIT! Aduhhh, itulah yang paling seriau sekali untuk mommies yang mengepam. Rasa trauma tengok pam pun ada.

Apakah puncanya?

Ada pelbagai jenis corong dan saiz corong sebenarnya yang wujud. Mungkin ramai mommies yang tak sedar akan ini. Dan sebenarnya, bukan semua jenis corong sesuai untuk saiz breast mommies.

Ada yang sesuai pakai corong kecil. Ada yang tak sesuai pakai corong kecil. Ada yang sesuai pakai corong pendek. Ada yang tak sesuai pakai corong pendek. Ada yang sesuai pakai corong silikon. Ada yang tak sesuai pakai corong silikon.

Macam mana mommies nak detect semua masalah ni?

Cuba mommies perhatikan perkara ini dahulu:

  • Mommies rasa sakit sewaktu mengepam.
  • Mommies dah pam setengah jam selama hampir sebulan tapi susu yang keluar tak sampai 2 oz.
  • Nipple melecet selepas sesi mengepam.
  • Breast rasa masih berat selepas mengepam.

Kalau mommies alami semua masalah ini, kemungkinan besar faktor yang menjadi punca masalah mommies ialah JENIS CORONG yang digunakan.

Ini adalah ukuran untuk dapatkan saiz corong yang sesuai.

Untuk ukur corong, mommies kena ukur diameter puting dahulu seperti gambar di atas. Cara-cara nak ukur puting saya terangkan dalam gambar seterusnya.

  1. Untuk diameter puting sehingga 17mm, saiz corong yang sesuai ialah 21mm.
  2. Untuk diameter puting sehingga 20mm, saiz corong yang sesuai ialah 24mm (Boleh juga guna saiz corong 25mm)
  3. Untuk diameter puting sehingga 23mm, saiz corong yang sesuai ialah 27mm.
  4. Untuk diameter puting sehingga 26mm, saiz corong yang sesuai ialah 30mm.
  5. Untuk diameter puting sehingga 32mm, saiz corong yang sesuai ialah 36mm.

Ini adalah cara untuk mengukur diameter puting. Ukur dari base nipple (macam dalam gambar) dalam ukuran milimiter (mm).

**Jangan letak pembaris atas permukaan puting @ puncak puting sebab nanti mommies akan dapat ukuran yang lebih kecil.

Letak pembaris pada base nipple yang bersambung dengan aerola (Boleh rujuk gambar).

Kalau mommies dah terbeli breastpump tanpa peluang mencubanya dahulu, dan mommies ada masalah seperti yang saya nyatakan sebelum ini, cuba mommies check corong mommies dengan merujuk kepada gambar di atas.

Hidupkan pam dan perhatikan puting mommies. Yang manakah jenis corong mommies sekarang? Jika too small atau too big, itulah punca kepada masalah mommies.

Sepatutnya nipple boleh bergerak bebas dalam corong dan tak bergesel dengan corong. Jadi kalau ukuran diameter puting 17mm, perlu ada gap lebih kurang 4mm.

“Saya dah ukur dan test, memang corong saya tak sesuai. So, dah tak boleh guna ke breastpump saya?”

Jangan dibuang pam yang tak bersalah tu mommies. Tukar sahaja corongnya. Ada teknik ‘hack’ yang boleh digunakan untuk matchkan corong lain dengan pam sedia ada mommies tu. Ni semua saya belajar berdasarkan pengalaman saya dengan pelbagai jenis pam yang saya dah guna.

Perkongsian ini telah di kongsi oleh Puan Nad Masrom

Untuk Ketahui Hacks untuk matchkan corong lain dengan pam yang sedia ada boleh tengok link di bawah