Kelahiran

“Martabat seorang wanita itu diangkat daripada seorang isteri kepada seorang ibu tika melahirkan anaknya”

Kelahiran. Suatu keadaan yang mana hanya dapat dirasai keindahan saat sakit itu oleh seorang ibu yang sedang mengandungkan anaknya.

Kelahiran. Seorang ibu berhempas pulas, dengan sedaya yang ada untuk melahirkan anak yang ingin didengar suara tangisannya.

Kelahiran. Suatu keadaan yang telah mengangkat martabat seorang wanita daripada seorang isteri kepada seorang ibu.

Kelahiran. Seorang suami yang berdebar menanti anak pertama, melihat anaknya selamat dilahirkan, saat mengazankan, mengiqamatkan, saat air mata mengalir tanpa boleh dikawal, rupanya telah bergelar seorang ayah.

Kelahiran. Sesuatu yang disambut sebagai berita gembira oleh sesiapa pun yang mengetahuinya.

Indahnya saat kelahiran itu.

Aku tak akan pernah lupakan saat-saat melahirkan Najla. Walaupun Najla tiada kini, tangisan pertama Najla tak akan aku lupakan sampai bila-bila. Tak akan aku lupakan bagaimana aku dapat menatap Najla saat itu. Hanya syukur yang terucap.

Syukur Alhamdulillah kerana aku telah melaluinya. 🙂