“KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU TERHADAP PERTUMBUHAN GIGI ANAK”.
Melihat pertumbuhan gigi Khadijah dan bentuk gusinya yang ‘membulat’ buat Kak Nad tersenyum. Alhamdulillah, semua ini membuktikan kajian saintifik tentang kesan penyusuan susu ibu terhadap pertumbuhan gigi anak..Siapa yang tak idamkan senyuman menawan kan?
Jadi, selain menjaga kebersihan mulut dan gigi anak, ibu bapa sangat bertanggungjawab dalam proses awal ‘pembentukan’ ini melalui penyusuan susu ibu.
Menurut Dr Zaharah dan Dr Tengku Alina, bayi yang diberikan susu ibu secara terus daripada payudara, akan mengalami perkembangan kaviti oral dan saluran pernafasan yang positif termasuklah perkembangan tulang rahang yang OPTIMUM, otot-otot rahang yang lebih kuat, dan ruang dalam hidung yang lebih luas.
Lelangit yang terbentuk dengan baik akan memastikan gigi tumbuh dengan teratur. Bukan itu sahaja, penyusuan susu ibu selain menggalakkan perkembangan oral dan bahagian muka yang baik, ia juga membantu perkembangan percakapan bayi.
Ini terbukti melalui beberapa kajian kerana penyusuan ibu itu sendiri menyelaraskan pergerakan mulut, bibir, lidah dan otot pada rahang yang sangat mempengaruhi percakapan bayi itu sendiri..Menarikkan?
Sesungguhnya apa yang disarankan oleh Islam itu sendiri sangat banyak hikmahNya yang telah terbukti dengan kajian-kajian saintifik..Penyusuan susu ibu mempunyai HIKMAH yang sangat besar yang bukan sahaja memberi FAEDAH yang baik terhadap kesihatan anak, tapi juga menjalin IKATAN KASIH SAYANG yang utuh antara ibu dan anak yang disusui.
Salam Penyusuan Susu Ibu dari,Nad Masrom
Your Breastfeeding Lactation Counselor