Karipap Roti Sardin

Ish, macam pelik je nama resepi ni. Pelik-pelik tapi sedap tau Karipap Roti Sardin ni. Simple. Boleh buat dengan anak-anak di rumah. Aku belajar 2 tahun lepas dari satu ruangan resepi dalam akhbar Harian Metro. Tapi nama resepi ni yang asal aku tak ingat. So, hentam sahajalah.
Saiz hidangan : 6 orang
Bahan-bahan:
1 bungkus kecil Roti Gardenia
1 tin besar Sardin
Bawang merah & bawang putih (dipotong dadu)
3 hiris halia
Garam
Sesudu tepung gandum yang dibancuh dengan sesudu air.
Cara-cara:
A. Inti karipap roti
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Jika ingin pedas, tambahkan cili padi. Letakkan secubit garam untuk menambah perisa.
2. Masukkan 1 tin besar ikan sardin (hanya masukkan ikan sahaja, sos dibuang).
3. Hancurkan ikan sardin bersama bahan yang ditumis. Gaul hingga sebati.
4. Selepas inti siap, buang 3 hiris halia dari bahan masakan (untuk elakkan rasa pelik sewaktu inti dimakan nanti).

Inti sardin yang telah siap.

B. Kulit Karipap roti
1. Roti digelek dan bahagian tepi roti dipotong seperti di bawah.
2. Isikan 1 sudu inti sardin ke dalam roti. Gulung dan lekatkan bahagian hujung roti yang digulung menggunakan tepung yang dibancuh dengan air tadi.
3. Dua bahagian tepi roti yang terbuka hanya dikatup dengan menggunakan garfu sahaja (tak lekat guna bancuhan air tepung pun tak apa).

 

4. Pastikan minyak betul-betul telah panas sebelum menggoreng. Masukkan karipap roti ke dalam minyak, setelah kulit roti berubah warna kuning keemasan, terus angkat (tak perlu goreng lama seperti karipap biasa kerana kulit roti tipis dan sudah sedia dimasak).

 

Siap untuk digoreng.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaa. Siap untuk dihidangkan 🙂

p/s : Yang tak berapa kuning keemasan tu maksudnya dah tergoreng lama. Hihi.

Senang je kan?

This Post Has 4 Comments

  1. Nora Shahaira

    ha ah la…nampak mcm mahal tapi buat dia senang je ek…kita pelbagai inti dia pun best juga kan..

  2. Feed by Ummi Najla

    Ye Nora. Senang je. Boleh juga inti ganti dengan kentang or keledek. Kalau orang lain makan, biasanya diorang tak percaya ini diperbuat dari roti. Rasa lembut dan sedap je 🙂

  3. zuliana abd rahman

    Salam Najla, akak berkunjung balas ke sini.Terima kasih kerana sudi singgah 'Siti Hawa Bidadari Syurga'.

    Nampak sedap karipap roti sardin ni.Insyaallah next time akak cuba.

Comments are closed.