Jemputan Allah Yang Tidak Diduga (Umrah Part 1)

Assalammualaikum w.b.t
As I said before, Insya-Allah aku akan ceritakan di sini tentang pengalaman paling manis aku di dua tanah suci, Madinah al-Munawarrah dan Makkah al-Mukarramah sepanjang aku bepergian sebulan lalu. Kenangan yang sangat manis, yang sentiasa dirindui dan telah banyak memberi aku cahaya dan harapan baru dalam hidup ini :).
Kronologi
9 April 2012 : Aku SMS rakan sekerja sekolah lama, Kak Una tetang pakej umrah yang pernah dia pergi tahun lalu. Tiba-tiba tah apa angin aku terasa ingin pergi umrah. Plan nak pergi dengan Edy. Tapi pertanyaan tu tidak menjadi perbincangan serius buat aku dan Edy bila Edy punya masalah untuk tinggalkan pekerja-pekerja sepanjang tempoh 2 minggu nanti kerana tiada orang yang akan menggantinya.
10 April 2012: Pertanyaan semalam itu telah buat Kak Una berfikir-fikir seharian. Then tanpa aku duga, aku terima SMS dari Kak Una, “Assalam..nad jadi tak g umrah?heee..kalu nad nak g..k.una nak ikut…”. Aku baru je decide tak pergi bila Edy tak dapat pergi. Terus aku tanya Edy, boleh ke aku pergi dengan Kak Una? Tanpa aku duga, Edy izinkan dan kalau boleh dia memang nak salah seorang dari kami pergi ke rumah Allah itu dalam masa terdekat ini. Tanpa ada sebarang simpanan, aku terus kata setuju. Aku tak pasti macam mana cepatnya keputusan itu dibuat walhal aku tak ada duit nak pergi pun. Tapi sudah dibilang ini jemputan Allah, pasti setiap jalan dipermudahkan-Nya. Alhamdulillah, aku mendapat tunggakan gaji tidak lama selepas itu. Tak putus-putus aku dan Edy berdoa agar setiap urusan untuk aku ke sana dipermudahkan-Nya jika itu yang terbaik buat aku.
19 Mei 2012: Secara rasminya aku maklumkan kepada ibu bapa mertuaku tentang pemergian aku nanti. Mak mertua aku tergamam. Terkejut barangkali. Sampai tak tido malam asyik fikirkan tentang aku. Rasa sedih mula timbul bila mak mertua aku bilang aku sudah terima jemputan dari Allah SWT.
23 Mei 2012: Aku SMS semua family members maklumkan aku akan menunaikan umrah on 26th. Sebenarnya ikut hati, aku nak text bila aku dah nak fly tapi Edy nasihatkan better aku maklumkan awal. Aku memang jenis berahsia. Banyak hal aku berahsia dari family dan kawan-kawan. Satu-satunya insan yang tahu tentang aku ialah Edy. He knows everything about me :). Oh, bercerita tentang text aku pada family aku tu, kakak-kakak aku lah orang yang paling sedih sekali bila tahu aku dah nak pergi. Aku asyik tertanya-tanya je, “Kenapa perlu sedih? Aku cuma pergi umrah, 2 minggu je.” Soalan tu bertalu-talu datang. Tapi aku masih lagi tak faham. Kepala pula asyik sibuk fikirkan tentang kertas-kertas peperiksaan yang perlu disiapkan menanda sebelum aku berangkat.
26 Mei 2012: Aku masih lagi sibuk menanda saki-baki kertas soalan. Dari semalamnya rumah aku sudah mulai sibuk dengan kedatangan ahli keluarga. Hari ni pula family mertua aku datang berkunjung. Luggage bag masih tak berkemas lagi. Mak mertua aku sudah mula risau tengok aku yang masih belum mengemas. Sambil menanda, kadang-kadang aku berhenti rehat untuk makan dan mengemas.
Aku siap menanda lebih kurang pukul 3 petang. Barulah sesi memunggah segala barang dan pakaian ke dalam beg bermula. Aku seperti tidak merancang pakaian atau barang apa yang perlu dibawa. Sudahnya, segala barang aku sumbat. Bila ditimbang guna penimbang berat badan di rumah, belum apa-apa sudah 24 kg! Aku tak tahu nak keluarkan barang apa. Aku semacam blur. Siap mengemas lebih kurang 5 petang. Sempat lagi aku ke bank keluarkan duit dan terus buat tukaran di Money Changer. Aku tak tukar banyak. Cuma RM500 je. So dapatlah lebih kurang SR (Saudi Riyal) 595. Duit Malaysia yang selebihnya ditambah dengan duit yang family aku bagi aku buat standby sahaja. Kemudian aku ke kedai handphone, beli handphone jenama Samsung yang berharga RM60. Aku bimbang Iphone aku tak boleh guna di sana tambahan pula ruang simcard Iphone tak sama dengan handphone lain. Sekurang-kurangnya aku boleh beli simcard Arab Saudi dan pasangkan ia di telefon bimbit baru.
Around 7.45 pm aku, Edy, adik ipar aku dan anak dia sudah terpacak depan pejabat Nordin Travel. Oleh kerana aku akan naik flight Emirates dari airport Changi, so tempat berkumpul semua jemaah umrah ialah di hadapan pejabat agen tersebut. Sementara tunggu bas datang, kami sempat spend masa minum-minum di kedai makan sebelah. Tapi masa ni, aku dah tak lalu makan. Macam-macam perasaan. Takut pun ada. Aku cuma larat minum air je. Kebetulan pula bas lambat hari tu. Semua jemaah seramai 37 orang sudah mula merungut. Bukan apa, takut terlambat di imigresen dan terlepas flight. Aku semacam tak ada perasaan takut terlepas flight masa tu. Yang ada cuma perasaan cemas bercampur baur dengan perasaan sedih nak tinggalkan Edy. Aku memang minta Edy jangan rindukan aku nanti sebab chemistry kami tersangatlah kuat. Sejak menikah, aku dan Edy tak pernah berpisah sejauh dan selama ini. Aku minta Edy redha seredha-redhanya bila aku sudah di sana supaya urusan ibadat aku dipermudahkan. Lebih kurang 1 jam menunggu, akhirnya bas pun tiba. Bila sahaja adik ipar aku menangis sambil peluk aku, terus berjurailah air mata aku. Ditambah lagi bila melihat Edy. Aku tahu Edy sedaya yang ada menahan air mata. Puas aku peuk dan cium Edy. Aku terus melangkah naik ke bas. Kalau boleh aku tak nak toleh lagi sebab aku bimbang hati aku akan terasa berat nak tinggalkan Edy dan keluarga aku. Tapi aku kuatkan juga tatap wajah diorang dari atas bas. Lambaian tidak berhenti dan air mata terus berjujuran bila bas mula bergerak. Sebak! Kemudian mutawif kami, Haji Ibrahim memulakan bacaan doa perjalanan. Bas terus bergerak menuju ke Woodlands. Selesai sahaja urusan di imigresen, kami terus ke airport Changi. Tak silap aku masa tu hampir jam 12 malam.

27 Mei 2012: Lebih kurang pukul 1 pagi, kami masuk flight. Terasa kagum dengan kecanggihan flight Emirates. Atau dengan erti kata lainnya, aku berasa sangat jakun. Hihi.Tepat pukul 2 pagi, kami berlepas dari Singapura.

Lebih kurang 6 jam tempoh perjalanan, aku menghabiskan masa dengan ketiduran. Kami kemudiannya transit di Dubai. Aku jadi pening sebab bila tiba di Dubai, waktu di sana pukul 3 pagi. Perbezaan masa Malaysia dan Dubai yang lewat lebih kurang 4-5 jam menjadikan kami bertolak lewat pagi dan tiba juga lewat pagi di sana. Unik kan. Kami transit lebih kurang 3 jam. Sebahagian jemaah menunaikan solat subuh di airport Dubai sementara tunggu flight seterusnya. Aku pula tengah mense waktu tu. Jadi aku dan Kak Una yang kebetulan cuti sama berehat-rehat sahaja sekitar airport. Seperti yang dijangka, Iphone aku tak boleh nak diguna. Aku cuba berkali-kali untuk buat call roaming tapi tetap tak berhasil. Syukur ada free wifi. Jadi aku ambil kesempatan itu untuk update status terbaru di Ratu Hati dan email Edy. Terasa rugi juga waktu tu tak guna whatsapp sebab aku tak pernah guna pun. Ingatan aku pada Edy sudah datang bertalu-talu. Ah, rindunya!
 
Pukul 6 pagi, kami berangkat dari Dubai ke Jeddah. Masa perjalanan lebih kurang 2 jam. Sesampai sahaja di airport Jeddah, ada dua bas sudah menanti. Jemaah umrah menaiki satu bas, dan penumpang lain termasuk yang bukan Islam menaiki satu lagi bas. Bas kami menuju ke lapangan terbang haji. Di sini, kami memunggah beg bagasi, melepasi kaunter imigresen yang mana pegawai-pegawai arabnya  sangatlah strict, dan akhir sekali menunggu bas untuk ke Madinah. Di sini juga aku beli kad prepaid dari salah seorang cleaner dengan harga SR50. Aku memang dah desperate sangat nak call Edy. Silapnya aku tak menawar langsung. Sebab aku masih tak biasa lagi. Ada jemaah lain yang bayar dengan wang Malaysia, RM40. Memang lebih murah sebenarnya bila guna duit kita. Tapi aku tak berasa ralat sangat sebab kuantiti prepaidnya memang SR50. Aku terus call Edy. Teruja sangat Edy bila tahu nombor yang memanggil itu ialah aku. Aku terus SMS dengan Edy selepas itu. Terubat rasa rindu yang sehari itu :).

Di airport haji Jeddah, ada satu perkara yang perlu aku sharekan bersama. Kami telah dinasihatkan oleh mutawif aku, jangan terima sebarang pertolong dari orang Arab di sana kerana pertolongan mereka semua ada ‘makna’. Contohnya, bila sahaja sudah memunggah beg, kita perlukan troli untuk bawa beg-beg tu ke bas. Pasti ada sahaja orang Arab yang berpura-pura baik dan ingin menolong untuk membawa beg-beg itu. Sudahnya sesiapa yang terima pelawaan itu, akan dipaksa bayar jika inginkan beg-beg tu semula. Aku ternampak juga jemaah Malaysia dari agen Tabung Haji yang tertipu dengan penolak troli itu. Pakcik dan makcik yang tertipu tu dipaksa bayar SR30 jika inginkan beg-beg mereka. Kejam kan? Aku yang memang aware dengan semua tu cukup berhati-hati sedari awal. Biarlah susah sikit janji duit tak melayang.
Bila sahaja bas kami tiba, kami terus memasukkan beg-beg ke dalam ruang simpanan beg. Jemaah cuba membantu antara satu sama lain. Perjalanan ke Madinah diteruskan. Tempoh perjalanan mengambil masa 6 jam. Makanan dalam packet diedarkan. Rata-rata jemaah terus melelapkan mata kerana masih lagi jet lag.
Ok, sampai sini dahulu. Insya-Allah aku akan sambung cerita dan pengalaman paling manis  di Kota Madinah dalam entry seterusnya. Nak rest dulu cari idea nak tulis apa ye.
Assalammualaikum w.b.t 🙂

This Post Has 2 Comments

  1. Unknown

    Salah lak. Hujun thn .. Hihi

Comments are closed.