“Bila hati selalu merasa tidak tenang, itu tanda hati masih penuh dengan dosa….”
Tanpa saya sedar, akhirnya tah untuk ke berapa kali, air mata ini menitik jua. Iman saya masih tipis dan makin tipis.
Hanya kerana satu hari itu yang telah banyak menjauhkan saya dari rahmat-Nya, saya masih bersyukur Allah masih memberikan kesempatan ini jua untuk saya menyesali setiap dosa yang saya lakukan.
Sememangnya saya sudah kering idea untuk menulis walau sepatah kata dalam blog ini. Nyatalah tinta yang terhasil dalam setiap entry adalah satu kemudahan atau kata lainnya petunjuk dan hidayah yang Allah berikan untuk saya kongsikan. Namun hati yang penuh dosa, bisakah menulis entry yang menyejuk hati? Saya tidak pernah menulis sesuatu entry yang tidak lahir dari hati saya. Tah kenapa, malam ini, terasa penuh syahdu, akhirnya saya kuatkan hati untuk menaip entry ini yang saya sendiri tidak tahu kronologi ceritanya nanti. Dan mungkin, mungkin…. inilah cara saya meluahkan segala kekesalan atas segala dosa yang telah saya lakukan pada-Nya. Hanya DiaYang Maha Mengetahui…
..
….
……
2 minggu ni jiwa saya agak celaru sedikit. Iman agak teruji. Perubahan sikap dan emosi dapat dirasai.. Mungkin masih tersisa kesan chlomid pada hormone dalam badan ini. Saya terpaksa memberhentikan dahulu pengambilan chlomid untuk kebaikan emosi saya yang menjadi sedikit tidak terkawal sebelum ini. Dan saya tahu kesannya akan tetap dirasai walaupun sudah memberhentikan pengambilannya hingga selepas 2-3 cycles nanti.
“Iman itu sama seperti pakaian yang kita pakai setiap hari. Ia mudah lusuh dan perlu dicuci. Jika iman tidak diperbaharui seperti pakaian yang dipakai hari-hari, begitulah iman kita yang terpapar dalam diri…Lusuh dan tidak berseri.”
Saya sudah lama meninggalkan buku-buku motivasi/rohani yang acapkali dibeli. Tah bila kali terakhir saya baca pun saya tidak pasti. Mungkin inilah tanda kelusuhan iman dalam diri. Rupanya bukan mudah untuk saya istiqamah dengan hijrah ini. Semoga segala kenangan di Madinah dan Makkah yang adakalanya datang bertalu-talu dalam mimpi menjadi penguat untuk saya istiqamah dan terus berada di jalan-Nya ini. Semoga Allah menjauhkan saya dari segala anasir yang bakal melalaikan diri saya nanti.
“Apabila kita melakukan sesuatu yang kita tidak suka tetapi disukai Allah dan Rasul-Nya, itu adalah jihad. Jihad yang akan membawa kepada istiqamah…”
Anak buah kesayangan saya, si kupu-kupu syurga, Siti Saffiya Azzahra baru sahaja keluar wad siang tadi kerana dehidrasi. Sewaktu di wad, saya ada menjaganya. Tah tiba-tiba Saffiya yang selalunya tidak mahu dengan saya tatap wajah saya begitu lama… Akhirnya, saya gagal mengawal emosi sendiri. Air mata tumpah juga. Saffiya memegang bibir saya sewaktu saya cuba bercakap-cakap dengannya. Mungkin saya paranoid. Saya terlalu sayangkan Saffiya kerana Saffiya sebaya arwah Najla.
Dan banyak lagi ujian lain yang datang dalam 2 minggu ini. Saya yakin dan percaya itu adalah kafarah atas segala dosa-dosa saya.
Minta maaf atas segala komen dan email yang tidak berbalas. Saya malu dan rasa tidak layak untuk membalas. Maafkan saya. Maafkan saya juga atas entry ini. Saya masih sedang bermuhasabah dan maafkan saya jika saya perlukan ruang masa sendiri. Insya-Allah akan ada entry terbaru, dari hati yang tulus suci. Amin.
Masih tertanya-tanya Nad, apa sebenarnya yang berlaku. Harap Nad dapat bertenang dan bersabar atas apa yang dirasai.
Fa mungkin tak memahami situasi sebenar, hanya Dia lebih Mengetahui. Apa jua yang Nad rasakan sekarang, bertawakkallah kepadaNya setelah sehabis daya berusaha.
Need any shoulder to cry? I will always be there for u. 🙂
Sebenarnya baru semalam teringatkan Fa. Nad terbayang-bayang juga nad sedang bercerita ngn Fa. Terima kasih byk2 Fa sbb concern dgn perihal nad. Alhamdulillah setakat ni, sudah semakin pulih. Again, tq so much dear 🙂