You are currently viewing “Hikmah Titisan Emas Ciptaan-Nya”

“Hikmah Titisan Emas Ciptaan-Nya”

Baby dalam gambar ni adik kepada adik ipar Kak Nad. Maksudnya, mak adik ipar Kak Nad bersalin baby bongsu ni. Selepas bersalin, ibu baby ada komplikasi dan dikejarkan ke hospital JB.

Terpisahlah sementara si baby dari ibu. Adik ipar Kak Nad yang menjaganya. Dan seperti baby lain, baby ini juga mengalami jaundice dan duduklah di bawah lampu biru di hospital.

No photo description available.

Mengenangkan ibu si baby masih di hospital JB, kami berbincang untuk bantu bekalkan EBM untuk baby. Kak Nad beritahu adik ipar cara handle EBM dan ingatkan dia kepentingan hindmilk untuk baby jaundice.

Mujur adik ipar juga menyusu badan anaknya yang berusia 3 bulan, jadi selepas dapatkan keizinan doktor dan nurse, menyusuilah si baby dengan susu dari kakaknya.

Nurse yang baik hati juga bantu pindahkan baby ke bilik single. Mudahlah adik ipar nak menyusukan baby dengan tenang..Sebelum tu baby diberikan susu formula. Baby tak nak bangun menyusu sangat dan asyik tidur.

Kuning mula naik. Selepas menyusu badan, baby kerap sangat bangun menyusu kerana komposisi susu ibu yang mudah cerna berbanding FM menjadikan baby kerap mahu menyusu.

May be an image of 1 person

Lagi kerap baby menyusu dan mendapat FAT dari hindmilk, lagi kerap bilirubin dapat disingkirkan.

https://www.facebook.com/feedbyumminajla/posts/1929633860588576:0.

Sebak hati Kak Nad melawat baby semalam sebab kenangkan baby jauh dari ibu. Tapi syukur alhamdulillah, selepas semalaman bersama kakaknya, kuning baby turun.

Dan alhamdulillah baby dah boleh discharge hari ni..”Nikmat Allah yang mana ingin kau dustakan..”