You are currently viewing Haruskah teruskan menyusu semasa bayi mengalami cirit-birit ?

Haruskah teruskan menyusu semasa bayi mengalami cirit-birit ?

Cirit-birit merupakan satu masalah yang kerapkali dialami oleh bayi. Perkara ini tidak boleh diambil remeh kerana lebih daripada 3 juta kematian diseluruh dunia terutamanya di negara-negara miskin disebabkan oleh masalah cirit-birit.

Sekiranya penyakit cirit-birit ini dialami oleh bayi dikuatiri akan dijangkiti oleh pelbagai virus atau bakteria. Paling ditakuti akan berlakunya dihidrasi akibat cirit-birit yang teruk disertai dengan muntah-muntah sehingga cecair yang diambil oleh bayi kurang berbanding dengan yang akan dikeluar melalui najis dan muntah.

Kapan Saat Terbaik Beralih dari Popok Bayi Ke Popok Celana? | Orami

Bayi yang mengalami masalah cirit-birit yang teruk akan berisiko mengalami keabnormalan elektrolit dalam tubuh mereka. Kejadian cirit-birit yang berulang-ulang ketika bayi akan menyebabkan risiko kekurangan zat makanan yang kronik dan seterusnya akan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit yang lain.

Penyusuan susu ibu perlu diteruskan semasa bayi mengalami cirit-birit. Bagi bayi yang mengalami cirit-birit yang ringan tanpa tanda dehidrasi, tidak perlu dirawat di hospital dan hanya perlu pastikan menyusukan bayi sekerap yang mungkin bagi mengantikan cecair yang telah keluar melalui najis.

Jika kes ini berlarutan , rawatab lain diperlukan seperti terapi rehidrasi oral atau penggantian cecair intravena. Walau bagaimanapun, penyusuan susu ibu masih perlu diteruskan. Susu ibu juga telah membuktikan sebagai sesuatu cecair yang bantu untuk dihadam dan sesuai sebagai pembekal nutrien semasa bayi menghadap masalah cirit-birit.