Hari ni sangat best. Sebab? Tak payah pergi kerja. Haha! Rasa bahagia bila boleh baring-baring, bersenang-lenang pada hari Selasa ini :).
Semalam aku dah ke Klinik Gigi mencabut dua batang gigi geraham bongsu aku. Masya-Allah sakitnya. Tapi kerana gigi-gigi bongsu ni bakal merosakkan gigi-gigi yang lain dan juga asyik menghentam lidah dan dinding pipi aku, jadi kena jugalah buang walaupun aku tahu gigi-gigi itu masih kuat lagi. MC? Tak ambil pun sebab aku rasa aku sudah semakin ok. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu diselesaikan di sekolah. Kebelakangan ini kerap sangat aku keluar dari sekolah atas urusan berkursus dan sebagainya. Dan banyak jugalah syllabus aku yang sudah tertunggak untuk murid-murid kesayangan aku itu. Jadi rasa tak sampai hati nak tinggalkan mereka terkontang-kanting di kelas nanti. Peperiksaan pula semakin hampir. Semoga Allah SWT akan permudahkan urusan aku dan berikan kesihatan yang baik sepanjang aku menggalas amanah yang diberi ini. Insya-Allah.
Semalam adalah first day menses aku. Kenapa ye bila keluar sahaja spotting semalam aku terus senyum? Rasanya aku sudah belajar untuk redha dengan setiap ketentuan-Nya. Siapalah yang tidak mahu anak kan? Tapi, mungkin masanya bukan bulan lepas. Mungkin bulan ini? Siapa tahu susunan dan ketentuan-Nya kan? Insya-Allah.
Aku juga sudah mengorder OPK strip yang murah dari blog ini. Sudah dipos kepada aku semalam dan barangkali esok akan sampai. Insya-Allah aku akan meneruskan usaha berBBT dan berOPK bersama rakan-rakan RH yang lain. Aku juga sudah membeli Habbatus Sauda atas saranan Kak Yana. Dan Edy pula baru sahaja mengorder susu kambing dari seorang pembekal susu tadi. Insya-Allah kami cuba istiqamah dengan segala usaha ini. Insya-Allah kami akan beroleh juga anugerah terindah itu dari-Nya nanti. Amin.
Hari ni aku banyak habiskan masa-masa berdua dengan Edy. Banyak kesyukuran yang kami raikan bersama. Alhamdulillah rezeki Edy dalam pekerjaannya semakin mencurah-curah. Aku bersyukur melihat usaha Edy berhempas-pulas selama ini berhasil akhirnya. Sebagai seorang isteri yang banyak kurangnya, aku akan setia untuk menjadi orang kuat di belakang Edy selamanya. Aku ingin menyokong setiap apa yang Edy usahakan sehingga berjaya. Insya-Allah dengan rezeki itu juga, mudah-mudahan kami dapat kongsikan bersama-sama insan lain juga. Semoga usaha kami sentiasa dipermudahkan-Nya.
Ok. Terpaksa stop dulu sebab kesan ubat antibiotic yang baru sahaja aku makan sudah mula terasa. Aku sudah mamai dan rasanya perlu baring untuk redakan bengkak gusi yang masih berbisa. Doakan kesembuhan segera aku ye semua.
Assalammualaikum w.b.t :).