You are currently viewing “Fasa-Fasa Penghasilan Susu”

“Fasa-Fasa Penghasilan Susu”

“FASA-FASA PENGHASILAN SUSU”.Alhamdulillah hari ni hari ke-9 Kak Nad berpantang .Sepanjang 9 hari berpantang, Kak Nad hanya fokus berehat dan susukan baby sekerap yang boleh ikut demand baby.

Bila breast rasa engorge, Kak Nad redakan dengan perahan tangan sahaja (marmet).So hari ni Kak Nad nak share tentang fasa-fasa penghasilan susu. Pada peringkat awal selepas kelahiran, susu yang terhasil ialah kolostrum. Berlaku lebih kurang pada hari 1-3.

Kuantiti kolostrum yang terhasil memang sedikit (sekitar 5ml – 10ml) berkadaran dengan saiz perut bayi yang masih kecil (lebih kurang sebesar saiz guli). .Warna kolostrum lebih kekuningan (ada juga yang berwarna jingga, jernih atau kehijauan) dan kolostrum lebih bersifat pekat dan likat.

Kemudian, susu perantara mula terhasil, lebih kurang pada hari ke-3 hingga hari ke-7 kelahiran. .Kuantiti susu perantara atau dikenali juga sebagai susu peralihan lebih banyak berbanding kolostrum (sekitar 22ml -27ml).

Warna susu perantara kekuningan tapi tidak selikat susu kolostrum..Dan lebih kurang selepas seminggu kelahiran (adakalanya selepas 10 hari atau 14 hari), barulah susu matang terhasil.Kuantiti susu matang berkadaran dengan saiz perut bayi yang semakin membesar (sekitar 80-90ml).

Warna susu matang biasanya putih dan mengandungi komposisi foremilk dan hindmilk. .Susu matang mengandungi kandungan lemak dan karbohidrat yang lebih tinggi berbanding kolostrum. Dan kuantiti susu matang akan terus meningkat seiring dengan demand & supply yang tinggi.

Jika mommies kurang menyusukan bayi dalam 4 minggu pertama selepas kelahiran atau telah berikan bayi formula milk, maka kuantiti susu matang yang terhasil juga akan menurun disebabkan oleh penurunan demand & supply.

So sekarang mommies dah faham kan kenapa pada peringkat awal kelahiran, susu mommies nampak sikit?.Sebab kuantiti susu yang terhasil adalah berkadaran dengan saiz perut bayi mommies.

Nak tahu tentang saiz perut bayi? Jom tengok video ni ??????https://www.facebook.com/feedbyumminajla/videos/2007289639489664/.

Ok setakat ini dahulu perkongsian Kak Nad tentang fasa-fasa penghasilan susu. Harap perkongsian Kak Nad ni dapat beri manfaat pada mommies ❤️

#LIKE post ni dan #SHARE supaya lebih ramai lagi kawan-kawan mommies yang akan dapat manfaat.

#TAG kawan-kawan menyusu mommies untuk belajar tentang fasa penghasilan susu ?.

Salam Penyusuan Susu Ibu dari, Nad Masrom Your Certified Lactation Counselor #nadbreastfeedinginfo